Nga Kor Ming Mesti Sedar Bahawa PAS Bukan Lagi “Kuda Tunggangan DAP”


Oleh rmf

Dasar mengikut telunjuk DAP telah tamat, Dasar mengikut arahan DAP juga telah tamat, itu lah langkah yang telah diambil oleh PAS dalam menolak setiap arahan yang dikeluarkan oleh DAP setelah bertahun tahun diperkudakan DAP.

Nga Kor Ming harus sedar bahawa, sikap kekejaman DAP dan mengamalkan  sistem dictator dan  pengamal perkauman telah berlalu , Orang Melayu khususnya telah membuka mata dengan apa yang dilakukan oleh DAP terhadap Melayu Pulau Pinang.

Sikap angkuh dan keengganan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk berunding dan membenarkan pertandingan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Parlimen Sungai Besar, Selangor merupakan tamparan hebat kepada kredibiliti DAP.

DAP satu ketika dahulu semasa PAS berada didalam pakatan amat sombong dan angkuh dalam menunjukkan kuasa tanpa ada sikap toleransi  gabungan. DAP hanya tahu melihat keuntungan  kepada DAP sahaja tanpa mahu menlihatdan mendengar pandangan yang lain.

PAS telah dicemuh, dihina dan dihalau oleh DAP seperti sampah bila kemenangan di Pualau Pinang dikecapi. Nga Kor ming harus sedar bahawa PAS meletakkan calon di kedua  kasawan PRK adalah satu tindakan yang tepat.

DAP tiada mempunyai kuasa untuk menghasut dan menghalang tindakan ini. Setidaknya jika PAS mennag sekali pun atau BN menang sekali pun silatulrahim atas dasar keimanan sesame Islam tetap juga wujud .

Tetapi jika DAP menang? Apakah DAP akan dapat memberikan apa yang diberikan oleh sesame Islam  berikan walaupun pada dasarnya bermusuh dalam politik. Jawapannya tidak. DAP tetap dengan fahaman diktatornya tanpa memberikan belas kasihan pada  kaum yang lain.

.Sebelum ini, Pakatan Harapan Perak memutuskan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dalam dua pilihanraya kecil itu, malah sanggup memberi laluan kepada PAS meletakkan calonnya di salah satu kerusi demi memastikan kemenangan untuk rakyat dapat dicapai pada hari keputusan PRK nanti.

Mungkin Nag Kor Ming sudah lupa bahawa PAS adalah sebuah parti yang telah dihalau dari pakatan, Tidak ada sebab PAS masih lagi mahu mendegar arahan  DAP yang mana  terlalu banyak muslihatnya untuk memecahkan Melayu.­

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, menjelaskan bahawa tindakan PAS itu seperti mahu menggagalkan usaha Pakatan Harapan untuk mengalahkan UMNO di kedua-dua kerusi terbabit.

Mungkin Nga Kor Ming agak bodoh, terus terang dikatakan bahawa UMNO tidak akan bertanding malah tidak pernah bertanding dalam mana mana Plilihanraya.  Kesemua pilihanraya diletakkan atas  sebuah gabungan yang dinamakan Barisan Nasional. UMNO hanya sebahagian dari parti gabungan tersebut.

PAS sedar jika  kalah sekali pun   perlawanan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan PAS akan menguntungkan BN, Adalah lebih baik jika ianya  memberikan kemenangan kepada DAP. Seharusnya Nga sedar dasar  tutup pintu atau tiada jalan perundingan itu juga diamalkan oleh DAP di Pualau Pinang.

Tidakkah Nga berasa malu , setelah DAP menghina dan mengkeji kepimpinan PAS , bila  tiba masa untuk “mempergunakan PAS” DAP seakan lupa bahawa sikap dictator yang menjadi amalan DAP terhadap bangsa lain terutama orang Melayu amat kejam.

Tidak  pelik apabila tujuannya berpolitik bukanlah untuk menang tetapi ingin menjadi  rakan kepada UMNO-BN yang mana sudah pasti  dalam keadaan susah dan sesanagnya  dapat dikecapi  walaupun berlainan ideology.

Perlu diingatkan kepada pemimpin komunis ini agar sedar bahawa ikatan perpaduan Islam itu adalah salah satu tuntutan yang penting dalam agama. Jadi tidak perlu Nga menjadi pelik , ini adalah kerana DAP bukan pengamal perpaduan dan mementingkan kemasyarakatan. DAP hanya untuk DAP. Bukan masyarakat.

Tindakan pimpinan PAS  enggan berunding dengan Pakatan Harapan dan berkeras mahu meletakkan calon di kedua-dua kerusi berkenaan bukan kerana yakin dapat menewaskan UMNO di kedua-dua kawasan. Tetapi untuk menunjukkan bahawa PAS bukan “kuda tunggangan” DAP lagi.

Disebabkan kedegilan PAS itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping,  mengesyorkan agar Pakatan Harapan meletakkan calon yang terbaik di kedua-dua kerusi supaya rakyat dapat memilih pihak yang paling layak bagi mewakili mereka di Parlimen pada 18 Jun nanti.

Sikap tutup pintu yang dipamerkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menunjukkan bahawa parti itu sememangnya telah menolak pakatan pembangkang serta lebih cenderung untuk mengembalikan  maruah yang telah tercalar dengan penghinaan  dilakukan oleh DAP.

Jadi, memandangkan PAS kini tidak lagi ingin bersama pakatan pembangkang, rakyat Malaysia tetap berhak mendapat satu barisan gabungan parti yang cukup meyakinkan  dalam memberikan  pembangunan untuk rakyat dan bukan sebuah gabungan yang mana mementingkan ahli parti dari rakyat seperti DAP.

Dua kerusi itu kosong setelah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, meninggal dunia dalam tragedi malang nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu yang turut melibatkan empat lagi individu.

Image | This entry was posted in Nga Kor Ming Mesti Sedar Bahawa PAS Bukan Lagi “Kuda Tunggangan DAP” and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s