RM11 Juta Sumbangan Kebajikan McDonald’s Kepada Rakyat Malaysia Dalam Berbagai Bantuan.


Oleh rmf

Manusia merupakan mahluk sosial, manusia hidup bermasyarakat, manusia saling memerlukan, saling menolong, saling menghargai sesama anggota masyarakat. Sebaliknya pula saling mencurigai, saling membenci, saling merugikan, dan sebagainya.

Atas kesedaran ini McDonald’s  dalam segala usaha murninya untuk masyarakat terus  memberikan satu ruang dan peluang untuk menaburkan bakti dan budnya kepada masyakata Malaysia amnya. Projek komuniti telah lama dinacarkan oleh McDonald’s sebagai aktiviti perkongsian hasil  bersama masyarakat.

Sumbangan yang diterima  daripada masyarakat disalurkan semula melalui program program kebajikan yang dianjurkan untuk membantu  golongan yang tidak bernasib baik. Golongan ini akan menerima kepelbagaian bentuk  bantuan yang disalurkan saban tahun oleh McDonald’s.

Difahamkan sebanyak RM11 juta  telah disumbangkan kepada berbagai lapisan masyarakat tanpa merngira kaum dalam negara ini sepanjang penubuhan untuk dibantu dan  diberikan perhatian dalam usaha McDonald’s untuk bersama masyarakat majmuk di Malaysia.

Rumah penginapan sementara yang telah disediakan oleh McDonald’s adalah bertujuan untuk membantu keluarga yang  tidak mampu menampung perbelanjaan penginapan  untuk anak anak mereka yang menghadapi penyakit yang memerlukan rawatan berjadual.

Dengan bayaran sebanyak RM5.00  dan dengan kelengkapan kemudahan yang disediakan akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit.

mcd2

Dalam usaha membantu, pelbagai saluran bantuan telah diberikan. Ini bukan sahaja dalam bentuk kewangan, pendidikan, kemasyarakatan malah dalam memberi peluang kepada golongan Orang Kelainan Upaya serta pengambilan anak angkat dilakukan oleh McDonald’s.

Mungkin ramai yang tidak mengetahu betapa besarnya sumbangan McDonald’s Di Malaysia  terhadap masyarakat. Seramai 350 orang kanak kanak telah menjalani pembedahan pembetulan kecacatan yang ditanggung oleh McDonald’s . Sebanyak RM3 juta  telah dibelanjakan dan disumbangkan  untuk mengembalikan senyuman dan keyakinan diri kanak kanak.

Mcd

Bilik sensori,  telah didirikan oleh McDonald’s dalam usaha membantu kanak kanak yang memerlukan dan memerlukan peralatan multi deria khas. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk  membantu kanak kanak untuk meransang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau.

Sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1999, seramai 5000 kanak kanak telah menggunakan bilik sensori ini di seluruh Malaysia. McDonald’s telah menyumbang sebanyak RM1.6 juta dan telah meyediaan 20 bilik diseluruh negara untuk membantu kanak kanak yang kurang bernasib baik ini.

mcd3

Bukan itu sahaja, dalam bidang pendidikan McDonald’s telah meyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang di seluruh negara. Dalam membantu golongan yang kurang berkemampunan, pendidikan juga tidak ditinggalkan.

Program Biasiswa untuk pelajar cemerlang ini telah dilancarkan pada tahun 1997 dengan kerjasama  Kementerian Pendidikan. Bantuan yang diberikan dalam bentuk elaun bulanan untuk makanan, pengangkutan, pakaian sekolah serta yuran pengajian.

Sehingga kini seramai 500 orang pelajar cemerlang telah menerima bantuan ini dan telah mendapat manfaat dari pengagihan  keuntungan dan  sumbangan orang ramai kedalam tabung kebajikan McDonald’s.

Sebagai saluran maklumat prihal bantuan pendidiakan ini, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan biasiswa ini , boleh terus melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my

 Bukan itu sahaja di bulan Ramadhan, McDonald’s juga telah menyumbangkan dalam menyediakan ‘moreh’ kepada masjid dan surau sekali dalam setiap minggu. Sebanyak 265 rangkaian restoran McDonalds telah terlibat dalam meraikan umat Islam di bulan ramadan dan ini merupakan kali kedua McDonald’s mengadakannya.

Untuk makluman semua, sehingga kini  badan amal Ronald McDonald (RMHC) telah menyumbang sebanyak lebih dari RM11 juta sepanjang 25 tahun di mana lebih dari 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik telah mendapat manfaatnya melalui program-program amal McDonald’s.

Telah banyak artikel dikeluarkan untuk penulis menafikan bahawa McDonald’s Malaysia terlibat dengan penyaluran dana kepada Israel. Semuanya telah diterangkan didalam Maching Gift program yang hanya dilancarkan di barat dan BUKAN di Malaysia.

Itu lah sejumlah sumbangan yang sebegitu banyak kepada rakyat Malaysia, apakah kita masih ingin menafikan sumbangan kebajikan McDonald’s  keatas rakyat Malaysia?

Apakah pelobi yang ingin mengaitkan McDonald’s dengan Israel juga berniat untuk menghalang kebajikan yang telah dan akan disumbangkan kepada kanak-kanak dan keluarga yang tidak bernasib baik ini?

Rakyat Malaysia sewajarnya menimbangkan kebaikan yang didatangi usaha berterusan pihak McDonald’s untuk menyokong kehidupan rakyat kita sendiri yang kurang berkemampuan.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu menyumbang derma di tabung kebajikan yang ada setiap kali kita buat pembayaran di depan kaunter McDonald’s.

Image | This entry was posted in RM11 Juta Sumbangan Kebajikan McDonald’s Kepada Rakyat Malaysia Dalam Berbagai Bantuan. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s