Wee Ka Siong-Kumpulan Farlim Malaysia  Labur RM9 Billion Dalam Projek Mega ASEAN International Eco-City di China


Oleh rmf

mca1

Semenjak berlakunya pembaharuan, China telah menjadi kuasa utama dalam pasaran di peringkat dunia dan juga merupakan penerima (recipient) modal asing terbesar, yang mana kedua-duanya adalah melalui pelaburan langsung asing.

China perlu mengukuhkan hubungan kerjasama secara sehala atau pelbagai hala dalam aspek ekonomi serantau dengan ASEAN, Korea Selatan dan Singapura serta mempromosikan hubungan yang saling melengkapi di antara satu sama lain.

Kesemua negara tersebut yang mempunyai hubungan dengan China akan menjadi sebagai suatu platform untuk meluaskan pasaran luar China.Jumlah perlaburan ke negara China kian meningkat dalam kepelbagaian bentuk.

Melalui perspektif ASEAN, kemunculan China sebagai kuasa baru ekonomi seharusnya di pandang dalam sudut yang positif. Ini wajar kerana perkembangan ekonomi di China akan mewujudkan konsep saling bergantung di antara ASEAN dan China.

Ini juga didorong oleh faktor lain iaitu ASEAN adalah negara yang mempunyai pasaran yang luas serta tenaga buruh yang banyak. Bagi China pula, kekuatan ekonomi negara anggota ASEAN akan menjadi faktor penting baginya untuk membuka ruang pasaran bagi produk-produk yang dihasilkan oleh China untuk memastikan pertumbuhan ekonominya akan menjadi lebih mantap dan stabil

Malaysia berusaha menggalakkan lebih banyak pelaburan hiliran dari China melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, terutama perniagaan kecil dan sederhana. Kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China berkembang dengan pesat dalam tempoh 40 tahun lepas

Malaysia pula adalah rakan dagang terbesar China dalam kalangan negara-negara anggota Asean. Atas sebab itu, satu rombongan perdagangan perusahaan kecil sederhana (PKS) Malaysia ke China yang diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ir. Dr.Wee Ka Siong telah berkunjung ke negara China untuk melihat serta memperluaskan hubungan perdagangan diantara Malaysia China.

Shandong, China- Satu projek pembangunan mega yang diperkenalkan sebagai “ASEAN International Eco-City” bakal dilaksanakan di Daerah QiHe, Bandar Satelit JiNan, Shandong, China. Projek tersebut merupakan rancangan pembangunan terbaru  tokoh perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Lim Gait Tong, yang telah melabur sebanyak RM9 billion dalam projek tersebut yang menampakkan semakin banyak konglomerat dari negara ASEAN memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan utara negara China.

Lim Gait Tong adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farlim Malaysia dan merupakan Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (HuaZong).

Pengurus Besar Kumpulan Farlim (China) Lim Chuan Boon mengatakan bahawa projek mega ini akan dijalankan di kawasan seluas 10 ribu kilometre persegi. Konsep binaan projek ini akan berlandaskan kepada budaya-budaya 10 negara ASEAN dan merupakan projek pembangunan bersepadu yang dapat memenuhi keperluan orang ramai dari kesemua lapisan masyarakat.

“Fasiliti yang kami cadangkan dalam projek Eco-City ini termasuklah Pusat Antarabangsa Kebudayaan Negara ASEAN, hotel resort spa bertaraf lima bintang,pusat persidangan, kemudahan perubatan dan penjagaan kesihatan, pusat penjagaan warga emas, zon perdagangan bersepadu ASEAN, perumahan kondominium mewah serta taman sukan dan rekreasi.

“Bandar ini bakal menjadi projek pembangunan yang menggabungkan perumahan, hiburan, rekreasi dan penjagaan kesihatan di bawah satu bumbung.”

Lim Chuan Boon berkata demikian semasa menerima kunjungan daripada rombongan perdagangan perusahaan kecil sederhana (PKS) Malaysia ke China yang diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ir. Dr.Wee Ka Siong.

Tambah beliau, sebagai permulaan, mereka akan melancarkan projek yang dinamakan sebagai “Jendela ASEAN” dengan keluasan 17.3 hektar dan jumlah kawasan pembinaan lebih daripada 470,000 meter persegi. Jumlah pelaburan untuk porjek permulaan ini dianggarkan sebanyak RM1.5 billion.

Menurut Lim, orang Islam merupakan populasi terbesar di kawasan tersebut, oleh itu mereka telah merancang untuk membina satu pusat Hab Halal (Halal Hub) yang bakal menjadi sebahagian besar dalam projek “ASEAN International Eco-City”.

Memandangkan jumlah umat Islam di negara Cina lebih daripada di Malaysia, maka pasaran halal di negara China mempunyai potensi yang amat besar. Hab Halal tersebut akan menjadi pusat pensijilan halal untuk produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh mana-mana pengilang dan pengusaha di sebelah utara negara China.

Pusat ini juga akan menjadi pusat pengumpul produk-produk halal yang dihasilkan sama ada di negara-negara ASEAN ataupun di China, sebelum dihantar ke pembeli dari seluruh dunia. Juga dalam perjumpaan dengan rombongan perdagangan pengusaha PKS Malaysia tersebut, Setiausaha Parti Komunis Daerah QiHe,

 Liu JiXi mengalu-alukan pelabur asing yang sudi melabur di QiHe. Menurut beliau, Kerajaan China sudi memberikan bantuan dan sokongan dalam semua aspek sekiranya PKS Malaysia memilih China sebagai destinasi pelaburan mereka.

mca

2

Image | This entry was posted in Kumpulan Farlim Malaysia  Labur RM9 Billion Dalam Projek Mega ASEAN International Eco-City di China and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s