Laporan The Strategis Australia- Mahathir Tidak Akan Berjaya Menjatuhkan Dato Seri Najib


Oleh rmf

Mahathir Mohamad tidak boleh mengakui bahawa UMNO adalah miliknya sebagaimana yang pernah dilakukannya 22 tahun yang lepas. Kini UMNO telah  berubah kepada  kaedah yang lebih terbuka   dan bukan lagi dasar tertutup sebagaimana dahulu.

22 tahun sudah cukup untuk rakyat Malaysia menyesali  dan tertipu dengan slogan slogan yang menjadi  rentang kain kain pemidang di serata jalan. UMNO kini melangkah kearah  dasar yang lebih bersikap perkongsian faedah kerajaan   bersama rakyat

Keterbukaan yang menjadi amalan pemerintahan dan perkongsian hasil negara dalam kepelbagaian bentuk yang tidak pernah dikecapi selam  ini. Najib Razak melakukan transformasi dimana syarikat syarikat  yang memberikan bebanan kepada kerajaan dan rakyat tidak disambung lagi perjanjiannya.

Tindakan transformasi yang dilakukan oleh Najib adalah untuk mengurangkan tanggungan kerajaan dimana sebelum ini kerajaan terpaksa menanggung  subsidi yang dikeluarkan kepada syarikat kroni setiap tahun.

The Strategist sebuah journal Australia dan  Institut Dasar Startegik Australia telah mengeluarkan satu laporan berhubung kait dengan konflik yang berlaku diantara Najib dan Mahahthir dengan memberikan beberapa pandangan yang cukup positif.

Diantara laporan yang telah dikeluarkan saorang pakar Penganalisis Politikl Donald Greenlees  mengatakan bahawa Najib akan kekal sebagai saorang Perdana Menteri sehingga Pilihanraya Umum ke 14.

Laporan ini dikeluarkan berdasarkan tindakan yang telah dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam  segala usaha untuk menumbangkan Najib Razak dengan pelbagai cara semuanya menemui kegagalan.Ia bermakna, Najib akan kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Laporan ini mengukuhkan lagi laporan firma kewangan antarabangsa yang membuat kaji selidik berkenaan risiko pelaburan.

Melalui satu laporan yang telah dibuat oleh Kumpulan Nomura dalam laporan bertarikh 6 April lepas kepada pelanggannya menyebut kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri kekal kukuh selepas pembangkang gagal menarik sokongan rakyat.

Manakala menurut Institut Dasar Strategik Australia, Najib mengekalkan kawalan dalam UMNO dan boleh bergantung kepada sokongan kepimpinan pusat dan majoriti Ketua-Ketua Bahagian.

“Sehingga kini, tidak ada bukti peralihan sokongan dari ‘base’ Melayu-Islam…” katanya.

Beliau percaya Mahathir sudah tidak lagi boleh mempengaruhi UMNO dalam hal ini.

“Mahathir Mohamad secara tidak langsung  dia tidak lagi boleh menganggap UMNO sebagai milik peribadinya. Kenyataan ini dikeluarkan  terutamanya selepas Najib berjaya menyekat pemilihan anak Mahathir, Mukhriz, untuk jawatan naib presiden UMNO, pada tahun 2013,” menurut laporan itu.

Greenlees berkata walaupun terdapat beberapa rasa tidak puas hati yang timbul daripada saga 1MDB dan “kelembapan” ekonomi, faktor-faktor tidak mungkin membawa keruntuhan kerajaan,.

“Tabung Kewangan Antarabangsa baru-baru ini memuji usaha Malaysia dalam “mencapai kestabilan makroekonomi dan kewangan serta menubuhkan pertumbuhan jangka sederhana yang berterusan,” katanya.

Laporan itu menyebut, biarpun ada siasatan antarabangsa ke atas skandal berkaitan 1MDB yang mungkin memberikan sedikit kesan, namun selepas sekian lama penyiasat mendapati mereka akhirnya akan gagal membuktikan apa-apa.

Juga, walaupun ada siasatan antarabangsa ke atas skandal 1MDB yang mungkin memalukan bagi kerajaan Najib, namun selepas sekian lama penyiasat-penyiasat mendapati mereka gagal membuktikan apa-apa.

“isu-isu 1MDB dibelenggu tuntutan dan jawapan balas.

“Walaupun ramai rakyat Malaysia marah, mungkin ada lagi yang keliru dan penat dengan skandal itu,” dia menulis, sambil menambah bahawa pengesahan Arab Saudi minggu lepas bahawa ia adalah sumber daripada US $ 681,000,000 “derma” jelas memihak kepada Najib .

Kemudian beliau turut menceritakan bahawa kumpulan parti pembangkang kini berpecah-belah dengan ketiadaan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran ketiadaan calon yang mampu menyatukan perbezaan ideologi parti-parti di dalamnya.

Image | This entry was posted in Laporan The Strategis Australia- Mahathir Tidak Akan Berjaya Menjatuhkan Dato Seri Najib and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s