Komuniti Servis,McDonald’s Dan Golongan Istimewa Berpisah Tiada


Oleh rmf

Sebelum ini saya telah memaparkan  keperihatinan McDonald’s dalam membuka ruang dan peluang pekerjaan untuk golongan kurang upaya berkhidmat di premis McDonald’s. Dalam paparan artikel yang pertama saya telah menulis tentang saorang anak istimewa yang dikategorikan sebagai sindrom down.

DIBERI peluang bekerja sama seperti individu normal yang lain telah berjaya membuktikan keupayaan Nor Hidayah Mat Zin, 26, bahawa setiap kejayaan yang dicapai pasti akan membuahkan hasilnya.

Malah apa yang membanggakan, Hidayah kini telah diterima bekerja sebagai salah seorang kakitangan McDonald’s cawangan Klang Sentral dan menjadi pekerja tetap sejak lebih setahun lalu

Pada artikel kali ini saya memaparkan coretan pengalaman saorang lagi warga istimewa yang telah diberikan peluang untuk berkhidmat bersama jenama francais terkemuka di dunia iaitu McDonald’s.

Bekerja di McDonald’s Puncak Alam, Selangor, warga Istimewa tersebut  ialah Muhammad Nabil Bin Rosli dengan nama panggilan Nabil. Nabil mengidap penyakit Cerebral Palsy, namun disebalik penyakit yang dihidapinya dia seorang yang aktif dalam sukan..bola sepak, futsal dan lumba lari antara sukan kegemarannya..menurut pengurus Nabil, dia seperti lipas kudung dan kuat stamina.

Mengikut data, McDonald’s mempunyai seramai 90-100 orang pekerja OKU yang mana 70% bekerja separuh masa dan 30% sepenuh masa di seluruh negara.

Dalam usaha McDonald’s memberikan peluang kepada golongan ini, McDonald’s telah menjalinkan kerjasama bersama dengan beberpa badan NGO , Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, McDonald’s juga berkerjasama dengan Jabtan Kebajikan Masyrakat, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.

Segala usaha yang dilakukan oleh McDonald’s ini adalah bertujuan  untukmemastikan golongan istimewa ini tidak dipinggirkan dalam mencari peluang untuk mereka berdikari serta mempunyai keyakinan pada diri dan  masyarakat.

Nabil adalah salah saorang yang mempunyai semanagt juang yang tinggi dalam mengharungi kerhidupan  bersama masyarakat. Belaiu adalah  diantara  pekerja McDonald’s yang aktid , mesra dan mudah bergaul.

Sikap nabil dapat dilihat dengan kepelbagaian aktiviti yang diceburinya, Dia merupakan saorang yang berjiwa besar dan amat luar biasa dalam menjalankan apa juga perkerjaan dan aktiviti yang diberikan kepada nya.

Golongan OKU seharusnya diberi tempat dalam pasaran pekerjaan supaya mereka ini tidak terus terpinggir oleh masyarakat. Dengan peluang yang diberikan oleh McDonald’s kepada golongan istimewa ini sekurangnya ianya mampu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat.

Nabil yang mempunyai sikapnya yang peramah dan pembersih membuatkan restoran McDonald’s cawangan Puncak Alam mempunyai tarikan tersendiri

Sekalung tahniah diucapkan kepada Restoran McDonald’s kerana menerima orang seperti Nabil menjadi sebahagian keluarga besar McDonald’s.

Nabil meminati penyanyi rock tanah air Awie dan berhajat benar untuk menemui penyanyi itu satu hari nanti…diharapkan permintaan Nabil ini mendapat perhatian Awie..kami yakin penyanyi rock tanah air itu akan menemui Nabil suatu hari nanti..disamping itu, Nabil turut meminat pasukan Juara Piala AFC iaitu JDT dan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi..

Image | This entry was posted in McDonald’s Dan Golongan Istimewa Berpisah Tiada and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s