MCA  Akan Gerakkan Seluruh Jentera Pilihanraya Bantu Calon BN Di Pilihanraya Kecil


Oleh rmf

Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Dalam hal yang demikian, sebagai biasa sekutu  Barisan Nasional iaitu MCA  sedari awal lagi telah menyatakan kesanggupan  jentera mereka  berkerja membantu calon  Barisan Nasional yang bertanding di kedua dua PRK  nanti.

PRK  Sungai Besar dan Kuala Kangsar  kosong adalah berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh 18 Jun depan bagi tarikh pembuangan undi serentak bagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

MCA akan megerakkan seluruh jentera pilihanrayanya bagi memastikan kemenangan  kerusi Barisan Nasional  di kedua PRK nanti. Pengembelingan tenaga akan dfilakukan secara sistematik untuk memastikan undi dari kaum cina  berpihak kepada  Barisan Nasional.

Jaminan  kerjasama serta  kerja keras oleh MCA ini telah dinyatakan  oleh Presiden Parti sendiri iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam ucapan yang diberikan, DS Liow berkata “Kami telah mengadakan mesyuarat mengenai PRK Sungai Besar dan akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon daripada UMNO”

“Kami akan turun padang mendapatkan sokonhan rakyat bagi memastikan masa depam dan pembangunan untuk negara”kata DS Liow lagi..

MCA sejak melakukan transformasi dalaman , sehingga kini telah dilihat  terus mengerakkan  anggotanya dalam pelbagai sudut kemasyrakatan  disamping melihat kelemahan yang ada sebelum ini bukan penghalang untuk MCA terus meyumbang kepada  kemenangan  BN serta meningkatkan kepercayaan pengundi kepada pemerintah.

Biar pun apa juga halangan , semangat setiakawan yang telah terjalin hampir dua dekad yang lalu tetap dimeterai dengan  sikap toleransi sesame anggota parti. Tegur dan kritikan yang diterima oleh MCA sebelum ini dijadikan sempadan dan teladan untuk bergerak lebih jauh kehadapan  dengan transformasi yang dilakukan.

 Kesungguhan MCA telah dilihat bagaimana kerusi Batu Kawah yang telah dapat dikuasai oleh  BN dengan bantuan jentera MCA serta rakan rakan  dari BN yang lain. Sikap bekerja keras telah memberikan hasil yang terbaik dan pengundi melihat ianya satu kerjasama yang menjaminkan masa depan.

Tiong Lai amat yakin bahawa walaupun apa yang berlaku,  jentera pilihanraya MCA tetap akan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN di kedua pilihanraya  akan datang, walaupun kita semua sedia maklum bahawa  terdapatnya tekanan yang kuat dari kelompok  Mahathir  untuk memastikan BN kalah.

Namun begitu, ianya bukan satu alasan untuk MCA serta jenteranya berputus asa dalam usaha memberikan kemenangan kepada  Barisan Nasional. Kerja kuat dan bertoleransi dan membawa agenda kerajaan kepada rakyat adalah  matlamat dan serampang dua mata dalam PRK nanti.

Image | This entry was posted in MCA  Akan Gerakkan Seluruh Jentera Pilihanraya Bantu Calon BN Di Pilihanraya Kecil and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s