Serpihan Baru MH370 Dijumpai, Harapan baru Yang Positif


Oleh rmf

Kini selama dua tahun sudah kita kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia, sedikit demi sedikit petanda diberikan dengan terjumpanya  beberapa keping objek yang difahamkan ianya sebahagian daripada  kepunyaan MH370.

Pasukan keselamat5an ICAO Annex 13  Malaysia membuat kesimpulan bahawa dua keeping serpihan yang dijumpai di Afrika Selatan dan Pulau Mauritius di Rodrigues adalah bersesuaian dengan panel pesawat Malaysia Boeing 777 / MH370 yang telah hilang dari radar dua tahun lalu.

Dalam masa  negara kehilangan pesawat MH370, banyak negara telah menghulurkan bantuan dan sehingga kini pencarian tetap diteruskan dan kerajaan tidak pernah sama sekali berputus asa dalam usaha pencarian tersebut.

Selama itu jua bermacam spekulasi yang telah dibuat oleh berbagai pihak yang tidak bertanggungjawab da nada diantaranya mengatakan bahawa beberapa maklumat telah disembunyikan.

Penemuan enginw cowling dengan sebahagian dari logo Roll- Royce dan sekeping panel dalaman kabin pesawat telah dilakukan oleh  pakar di Australia.

Dengan penemuan ini, ianya bersepadanan dengan penemuan serpihan awal yang dijumpai di Mozambique pada bulan Mac yang lalu.

Dalam satu kenyataan Media yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai  sebelum ini menegaskan bahawa Malaysia tidak akan sama sekali berputus asa dalam usaha pencarian kehilangan pesawat MH370.

Pencarian  telah dilakukan tanpa henti dan telah meliputi keluasan 105,000 kilometer persegi oleh pasukan pencari dari negara Australia, China. Malaysia mendapat kerjasama sepenuhnya dan bertekad akan meneruskan usaha sehingga bangkai pesawat tersebut dijumpai.

Lioe Tiong Lai dalam kenyataan medianya telah mengucapkan  terima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geosaians Australia dan Boeing dalam usaha mencari bangkai pesawat MH370.

Dengan pengumuman ini ianya  telah akan memberi sedikit kelegaan dan bukti kepada semua keluarga mangsa yang terlibat bahawa tragedi ini adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan dalam  segala usaha pencarian pesawat sehingga bukti bukti kehilangan dapat diperolehi.

KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN, MALAYSIA

Liow: Pakar mengesahkan bahawa serpihan hampir pasti dari MH370

Pemeriksaan ke atas kedua-dua serpihan yang ditemui di Afrika Selatan dan pulau Mauritius di Rodrigues, yang masing-masing terdiri daripada sekeping enjin cowling dengan separa logo Rolls-Royce dan sekeping panel dalaman dari kabin pesawat telah selesai dijalankan oleh pasukan pakar antarabangsa di Australia.

Setelah pemeriksaan dan penilaian terperinci, Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia untuk MH370 (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370) telah membuat kesimpulan bahawa kedua-dua keping serpihan adalah konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Boeing 777.

Justeru itu, pasukan itu telah mengesahkan bahawa kedua-dua keping serpihan dari Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues tersebut hampir pasti berasal dari MH370. Ini adalah selari dengan hasil pemeriksaan pada bulan Mac lalu di mana pasukan tersebut juga telah mengesahkan serpihan yang dijumpai di Mozambique juga berkemungkinan besar berasal dari MH370.

Kami ingin memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geosains Australia dan Boeing di atas komitmen yang tidak berbelah-bagi serta bantuan yang telah diberikan sepanjang proses pemeriksaan dan penilaian ini berjalan.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Kerajaan Mozambique, Mauritius dan Afrika Selatan di atas usaha dan kerjasama yang diberikan kepada Malaysia dalam hal ini.

Kerajaan Malaysia, Australia dan China terus komited dalam usaha pencarian MH370. Sehingga kini, lebih daripada 105,000 kilometer persegi kawasan pencarian telah diliputi oleh pasukan pencarian.

 [TAMAT]

 

Image | This entry was posted in Harapan baru Yang Positif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s