MALAPETAKA BERSAMA DAP – DAP Akan Berlaku Zalim, Kejam Terhadap Rakyat Setelah Menang Pilihanraya


Oleh rmf

Harga yang perlu dibayar kerana menyokong DAP



“Impian Sarawak ditubuhkan dengan tujuan untuk merapatkan jurang bandar-luar bandar, menyediakan kemudahan asas, projek kesihatan dan pendidikan, serta menyediakan servis yang mampu membantu kehidupan penduduk miskin.-Tony Phua

Keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini telah menunjukkan bahawa rakyat Sarawak khasnya sedang dan sudah menilai apa sebenarnya angenda yang ingin dilaksanakan oleh DAP terhadap negeri tercinta mereka.

Gerakan politik tanahair telah menjadikan semua pihak menilai segala sudut fitnah, janji dan slogan slogan yang mempunyai maksud tersiratnya. Sebagaimana Pulau Pinang dan Selangor dan satu masa dahulu Perak yang mana dijanjikan dengan pelbagai bagai janji yang amat lunak dibaca oleh pengundi.

Namun setelah memenangi pilihanraya, segala bentuk janji dan harapan yang diberikan kepada rakyat hanya  bayangan mimpi yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh DAP. Paling ketara ialah bagaimana rakusnya DAP dan juga PKR  merompak apa yang dimiliki oleh rakyat.

Seperti di negeri Perak, p[emberian tanah sehingga 999 tahun diberikan kepada kiasu Chauvanis, pegangihan tanh  kawasan pembalakan yang mana tidak mengira kawsan tadahan hujan yang dilindungi diratah sehingga gondol yang mana memusnahkan dan memudaratkan sistem alam.

Memang mengecewakan rakyat  yang telah bertungkus-lumus menyokong dan mengharapkan perubahan  tetapi segala perngorbanan rakyat dalam  pilihanray dinafikan hak mereka apabila kemenangan dikecapi, Ini lah DAP dan PKR.

Negara berkebajikan yang diambil dari fahaman sosialis atau komunis  diterapkan kedalam minda  pengundi yang  mana rata rata tidak tahu agenda disebaliknya. Pengundi hanya melihat janji janji manis DAP PKR, Namun setelah kemenangan dan kesenangan yang diharapkan bersama DAP  ternyata sau malapetaka yang maha dasyat.

Satu cabaran yang perlu kita tempuh untuk melahirkan Sarawak yang lebih baik, dan Malaysia yang lebih baik ialah dengan menidakkan kehadiran sebuah parti yang mengamalkan perkauman , sebuah parti yang maha zalim dan penindas, sebuah parti yang menggunakan  orang Melayu untuk meruntuhkan kuasa politik orang Melayu- Itulah DAP

Negara akan aman sejahtera dan harmoni dengan ketiadaan sokongan  kepada DAP sebuah parti yang  melakukan penindasan dan kezaliman terhadap rakyat yang mana menjadikan rakyat sebagai hamba tebusan ditanah  mereka sendiri.

DAP sanggup berbelanja lebih dalam menjalankan program untuk dilihat keperihatinan mereka terhadap rakyat. Namun jangan kita lupa bahawa setiap pemberian DAP itu bukan percuma. Mereka akan  mendesak rakyat berkorban untuk membayarnya apabila kemenangan dicapai.

Sumbangan RM100 ringgit untuk warga tua di Pulau Pinang dan pemberian sumbangan untuk pusat Tahfiz dan sumbangan beras kepada pengundi Melayu di Pulau Pinang pada satu ketika dahulu, kini proses pembayaran sumbangan tersebut telah ditanggung oleh rakyat marhaen.

Rakyat terpaksa berkorban segalanya, kampung halaman dirampas, punca rezeki dimusnahkan hanya kerana  nilai yang ada pada tanah tersebut walaupun ianya telah dibenarkan oleh kerajaan yang memerintah dahulu.

Begitu juga dengan Sarawak, DAP telah melancarkan impian Sarawak, perbelanjaan dikeluarkan oleh DAP untuk memulakan program tersebut. Perlu diingat bahawa setiap sen yang dilaburkan oleh DAP  sudah pasti rakyat Sarawak dipaksa  membayarnya dalam apa cara sekali pun.

DAP sebuah parti yang mengamalkan dasar komunis  terus menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk mereka memijak kepala  bagi mencapi impian mereka dalam menguasai  apa juga bentuk yang menghasilkan keuntungan bagi mereka dan BUKAN UNTUK RAKYAT.

Perlu diingatkan bahawa tiada sejarah yang  tercatit dalam politik negara bahawa DAP mampu membela bangsa lain selain dari chauvanis. Mereka tetap akan mendahulukan apa yang mereka inginkan , jika ada selebihnya itu lah yang dikongsikan  oleh bangsa lain, itu pun jika ada.

Kita telah melihat bagaimana saorang ADUN yang menangis dalam Sidang DUN hanya kerana tidak dapat peruntukan dari kerajaan negeri yang  diketuai oleh DAP. Ini lah kesannya apabila kita terlampau taksub untuk mengubah kerajaan.,

“UBAH” bukan  bererti untuk mengubah kehidupan akan tetapi “UBAH” dalam ertikata tersirat DAP ialah untuk menjadikan mereka satu bangsa yang boleh mendominasi bangsa lain. Dan mereka akan ubah segalanya mengikut citarasa mereka yang berfahaman komunis.

Apabila “UBAH” telah berlaku, maka terimalah kesan daripada itu, kesannya ialah penindasan, kezaliman dan rampasan harta rakyat dilakukan tanpa rasa bersalah. Jika dahulu rakyat memiliki dan menikmati apa juga  nikmat dibawah kerajaan BN, sekarang terima lah nikmat yang diberikan oleh DAP.

Cukup lah, jangan kita terpedaya lagi dengan momokan DAP. DAP sebuah parti yang mengamalkan PENINDASAN, KEZALIMAN, RASIS, KEJAM TERHADAP RAKYAT SEHARUSNYA  DITOLAK SECARA TOTAL.

Image | This entry was posted in Kejam Terhadap Rakyat Setelah Menang Pilihanraya and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s