Tekanan Darah Tinggi- Anwar Ibrahim Masuk Hospital


Oleh rmf

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi, menurut peguamnya, Sivarasa Rasiah.

 “Dato’ Seri Anwar Ibrahim di kejarkan ke hospital akibat darah tinggi yang tidak stabil,” tulis Sivarasa dalam catatannya di Facebook malam ini. “Sama-sama kita doakan untuk beliau.”

Anwar, yang sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat II, sebelum ini didakwa oleh pembangkang tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya, termasuk untuk kecederaan yang dialaminya sebelum pemenjaraan.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun berkata kesihatan Anwar diperiksa dan dirawat oleh panel pakar.

Kementerian Dalam Negeri juga berkata Anwar diberi layanan khas termasuk mandian panas, katil yang menepati ciri-ciri hospital atasan lantaran sakit belakang yang dialaminya, serta susu dan bijiran untuk keperluan pemakanannya.

Komen penulis:

Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah jenis penyakit baru. Hampir semua orang pernah tahu atau bahkan mengalaminya. Tetapi, berapa banyak yang tahu pasti apa yang menjadi faktor penyakit darah tinggi pada seseorang?

Diantara faktor penyebab tekanan darah tinggi meningkat ialah – Suka makan makanan tinggi kalori, lemak, dan gula, mungkin sudah saatnya Anda menguranginya untuk mengurangi resiko terkena penyakit darah tinggi.

Dan, ini juga adalah fakta umum yang diketahui hampir semua orang: kurangi makanan bergaram karena itu dapat menahan banyak cairan dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanannyadisamp[ing faktor usia.

Jelas sekali bahawa penjagaan banduan Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buluh amat terbaik bagi saorang banduan istimewa. Mungkin disebabkan beliau tidak menjaga pemakanannya maka tekanan darahnya meningkat.

Selain daripada itu  stress, keturunan, mempunyai penyakit lain dan beberapa faktor yang lain yang boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi meningkat.

Image | This entry was posted in Tekanan Darah Tinggi- Anwar Ibrahim Masuk Hospital and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s