Ucapan Terima Kasih Tiong Lai -Pengundi Batu Kawah Membuat Pilihan Yang Tepat


Oleh rmf

“Semasa saya menjadi menteri kesihatan, beliau (Dr Sim) mencadangkan kepada saya mengenai penubuhan pusat jantung itu. Hasil cadangan beliau, rakyat Sarawak kini tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan jantung.

“Oleh itu, Batu Kawah memerlukan wakil rakyat yang komited dalam membantu rakyat seperti Dr Sim,” katanya .

Begitulah diantara kata kata yang telah dikeluarkan oleh  Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk pengundi di Batu Kawah yang mana memilih  calon Barisan Nasional merupakan satu pilihan yang amat tepat.

Sumbangan dan jasa calon SUPP/BN iaitu Datuk Dr Sim Kui Hian yang bertanding di  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah amat besar sekali dalam  mengwujudkan Pusat Rawatan jantung di Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan.

SUPP sebuah parti yang berasaskan kaum Cina di Sarawak mengalami kekalahan yang teruk pada pilihan raya yang lalu ditangan pembangkang kerena sentiman perkauman yang dimainkan ketika itu.

Tetapi itu adalah cerita lama yang tak perlu dikenang, kerana tindakan bijak kepimpinan SUPP hari ini dengan sokongan dari Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sudah pasti akan mengembalikan sokongan padu masyarakat Cina kepada Barisan Nasional.

Parti Bumiputera Bersatu (PBB) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan sebuah parti yang terkuat di Sarawak disamping sokongan parti parti komponen lain seperti SUPP telah menjadikan komponen PBB/BN  dilihat mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk rakyat Sarawak.

Penolakan budaya politik kotor yang menjadi amalan pihak pembangkang telah mengwujudkan penyatuan rakyat Sarawak dalam membentuk solidariti dalam PRN11 Sarawak.

Ianya terbukti bila mana PBB/BN telah meranapkan semuanya pembohongan, janji, budaya politik kotor dengan memenangi sebanyak 72 kerusi melalui kertas undi.

Dr Sim yang amat dikenali oleh Tiong Lai salah saorang yang telah menambah bilangan kerusi kemenangan SUPP/BN  di kerusi Batu Kawah. Tiong Lai mengucapkan  terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana telah membuat pilihan yang tepat untuk masa depan rakyat Sarawak.

Siapakah Dr Sim?

Image | This entry was posted in Ucapan Terima Kasih Tiong Lai -Pengundi Batu Kawah Membuat Pilihan Yang Tepat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s