Tiada Apa Yang Tinggal Untuk Bangsa Lain JIKA MEMILIH DAP Yang Zalim serta Penindas


Oleh rmf

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau berharap Adenan dapat menunaikan semua janjinya kepada rakyat Sarawak untuk memakmurkan hidup mereka, bersikap adil untuk semua tanpa mengira kaum dan agama, mengembalikan hak ekonomi dan autonomi Sarawak.

Megulas kenyataan yang dikeluarkan oleh  Guan Eng secara lisannya beliau masih mengharapkan kuasa autonomi  diberikan kepada Sarawak.  Sarawak sememangnya  mempunyai kuasa autonomi dalam membuat apa juga keputusan kerana ianya  termaktub dalam perjanjian semasa masuk kedalam Malaysia.

Kuasa kuasa mutlak Sarawak terjamin dan persekutuan hanya bertindak dalam mengagihkan  kekayaan pusat dan ianya tidak termasuk kekayaan negeri yang dimiliki sepenuhnya oleh Sarawak. Pandangan saya sebagaimana negeri yang lain di Semenanjung Sarawak juga berhak terhadap tanah tanah yang ada dalam negeri itu.

Pembangunan yang diagihkan pusat kepada Sarawak adalah sebahagian daripada tanggungjawab pusat kepada nenegeri negeri. Disamping itu juga sumbangan juga diterima oleh Sarawak daripada pusat.

Secara tersiratnya, Kuasa autonomi yang dimaksudkan oleh DAP ialah memberikan Sarawak kuasa mutlak seakan tidak ada hubungan dengan pusat. Ini terbukti  bagaimana kempen yang dijalankan oleh DAP untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar  dari Malaysia.

Kempen ini telah lama dijalankan, namun ianya Cuma diolah dalam bentuk yang agak berlainan tetapi mempunyai motif tujuan yang sama.

Kekalahan DAP di lima kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya lalu adalah bukan kerana populariti Adenan, tetapi kekalahan DAP adalah disebabkan oleh  ketidakpercayaan rakyat Sarawak kepada DAP.

Rakyat seluruh Malaysia telah menilai bahawa DAP bukan sebuah parti yang boleh dijadikan paying semasa rakyat menghadapi kesusahan. Tetapi DAP  menurut pandangan rakyat Malaysia adalah sebuah parti yang hanya mementingkan diri sendiri

Pelbagai  keadaan tidak menyenangkan di mana pemimpin pembangkang Semenanjung terutama dari DAP sedang dan melakukan penindasan dan kezaliman yang MAHA DASYAT yang tidak pernah dilakukan oleh  kerajaan yang memerintah.

Kekejaman dan penindasan ini dilihat sebagai satu tindakan yang AMAT KEJAM yang pernah dilakukan  dalam sejarah  politik di Malaysia. Rakyat Sarawak dan Malaysia umumnya menilai , apakah ini jalan jalan penjajahan alaf baru yang dilaksanakan oleh DAP.

Kerajaan dan rakyat Sarawak melihat situasi ini adalah satu keadaan yang amat bahaya terhadap  rakyat dalam negeri itu, tindakan melalui kuasa kerajaan negeri yang ada  pihak pembangkang yang mempunyai rekod fitnah dan menghuru harakan rakyat telah dihalang masuk ke Sarawak untuk menghalang politik fitnah dan adu domba tidak  diamalkan secara melampau dalam negeri Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  bersyukur dengan kerja keras jentera BN dan  populariti serta keberanian Adenan membuat keputusan dan  memberikan  banyak ruang dan peluang kepada rakyat menyebabkan ramai pengundi Sarawak memikirkan bahawa BN dan bukan DAP yang harus dipilih.

DAP yang terkenal dengan skandal derma RM1.2 bilion atau skandal kehilangan RM2.biliion dan skandal menggunakan wang rakyat dalam penyediaan kertas konsep RM305 juta serta skandal Tanah Taman Manggis yang sedang disiasat oleh SPRM langsung tidak  mempedulikan tentang penderitaan rakyat marhaen akibat penghapusan kampung-kampung Melayu yang kini berjumlah 26 buah.

Jadi, secara jelas Barisan Nasional  menolak dakwaan DAP kononnya kemenangan besar BN di Sarawak adalah disebabkan popularity Adenan tetapi kemenangan BN di Sarawak adalah  kerana  restu rakyat terhadap kepimpinan Adenan dan Pusat yang diyakini dapat membela mereka.

Rakyat Sarawak sedang menuju kearah pembangunan yang lebih drastik dalam memberikan keselesaan kepada rakyatnya. Tidak perlulah DAP mengetuk  canang dalam mendesak BN menunaikan janji yang diberikan kepada  rakyat Sarawak.

Seharusnya Guan Eng dan DAP terus menilai janji janji yang mereka taburkan sejak PRU12 dan PRU 13 yang mana tiada satupun lagi yang ditunaikan.

Kekalahan yang dialami, termasuk kegagalan menembusi kawasan kaum Dayak di pedalaman bukan kerana sikap kianat pengundi, akan tetapi kaum Dayak yang  dijadikan DAP sebagai peluru  telah sedar agenda jahat DAP keatas masyarakat Dayak.

Masyarakat Dayak Sarawak melihat kerakusan DAP merampas dan memusnahkan  khazanah alam dilihat sebagai satu ancaman yang cukup besar dimasa akan datang jika kaum Dayak memberikan sokongan terhadap DAP.

Walaupun begitu, ada petanda baik di beberapa kerusi kaum Dayak di mana kemungkinan dengan sesi penerangan dimasa akan datang calon-calon DAP  di kerusi kaum Dayak tidak akan lagi mendapat undi seterusnya mengagalkan agenda “pemusnah” DAP terhadap bumi Sarawak.

Politik adalah perjuangan jangka panjang, para pemimpin kita harus terus melaksanakan tugas di kawasan-kawasan ini di bawah program-program membangunkan infrastruktur di  Sarawak, di samping berusaha mendapatkan semula kerusi-kerusi yang dimenangi oleh DAP dikawasan kaum Dayak

Menurut Adenan, Sarawak  akan terus bekerjasama dengan Pusat dibawah kepimpinan Dato Seri Najib di dalam Barisan Nasional, khususnya bagi mengukuhkan mekanisme dalaman bagi memastikan perlembagaan dan rukun negara dihormati dan dijunjung.

Dimasa akan datang dan sebelum PRU14, Barisan Nasional  perlu bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kemampuan parti komponen Barisan Nasional  bekerjasama untuk memastikan sebuah parti yang zalim dan penindas  tidak dip[ilih oleh rakyat dan akan menjadi malapetaka untuk rakyat.

Cabaran besar Barisan Nasional ialah memastikan  agenda perkauman yang menjadi amalan DAP sebagai sebuah parti yang zalim terhadap rakyat perlu diterangkan sehingga keperingkat akar umbi. Ianya bertujuan untuk mengelakkan  penderitaan yang berpanjangan bakal rakyat terima  melalui penindasan , perkauman serta kezaliman DAP. Rakyat Sarawakdan juga Malaysia MESTI  menolak ekstremisme dan dasar-dasar perkauman yang menjadi amalan DAP.

Jika jentera  Barisan Nasional  berani berbuat demikian, maka Pakatan Harapan akan menghadapi cabaran paling besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Image | This entry was posted in Tiada Apa Yang Tinggal Untuk Bangsa Lain JIKA MEMILIH DAP Yang Zalim serta Penindas and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s