Segalanya Akan MUSNAH Jika Memilih DAP dan PKR Termasuk KEMANUSIAAN


Oleh rmf

Kekalahan teruk parti pembangkang dalam PRN11 Sarawak telah menunjukkan betapa rakyat telah sedar dengan sifat dan sikap kedua parti tersebut yang mana lebih mementingkan  diri dari kebajikan rakyat.

Rakyat Sarawak dalam PRN11 telah  sedar dan melihat KEZALIMAN yang telah dilakukan oleh DAP terhadap bangsa lain apabila terpengaruh dengan slogan  UBAH serta gula gula politik yang ditaburkan.

Melihat dari kejadian yang berlaku, Rakyat Sarawak secara sedar bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang mampu mebela nasib rakyat, ianya adalah sebuah parti PEMUSNAH dalam apa juga keadaan termasuk KEMNUSIAAN.

Pembangkang khususnya DAP lebih berminat mengamalkan politik kebencian termasuk melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum.

Menurut beliau, strategi DAP yang lebih cenderung berkonfrantasi itu amat berbeza dengan pendekatan MCA yang mendukung usaha mengintegrasikan rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak negara merdeka.

DAP hanya tahu menyalahkan Kerajaan Pusat apabila gagal membawa sebarang perubahan di Pulau Pinang tetapi pada masa sama, bersikap tidak malu mengambil pujian atas hasil kejayaan dasar kerajaan negeri yang sebelum itu ditadbir oleh BN.

Mereka juga selalu memburuk-burukkan agensi-agensi kerajaan menerusi pelbagai kaedah termasuk perhimpunan haram Bersih. Ini sahaja yang mereka tahu lakukan. Selebihnya mereka terus menidakkan kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya bertanya pada diri sendiri  parti manakah yang Akan Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara? Sudah pasti Guan Eng akan melihat apa yang dilakukan olehnya di Pulau Pinang dari kepelbagaian sudut.

DAP pada hakikatnya adalah sebuah parti politik cauvinis Cina walaupun para pemimpinnya sering mendakwa ia sebuah parti berbilang kaum.Provokasi yang mengatakan BN adalah parti perkauman adalah tersasar sama sekali.

Sejak penubuhan gabungan BN, berbagai kaum telah menerajui jawatan didalam parti. Tetapi bila kita melihat scenario yang ada didalam DAP, Nama Lim  Kit Siang dari tahun 1969 sehingga sekarang tidak pernah bertukar.

Malah dalam pemilihan CEC  pun berlakunya penipuan untuk meletakkan kroni dan keputusan undian  boleh diubah . Ini lah demokrasi yang menjadi amalan kepada DAP. DAP bukan sebuah parti berbagai kaum , ianya sebuah parti bangsa chauvanis yang mementingkan kroni.

DAP kata parti itu terbuka kepada semua kaum tetapi tiada seorang pun Pengerusi DAP negeri berketurunan India dan tiada seorang wakil rakyatnya berketurunan Melayu.

Mereka menuduh Dasar Ekonomi Baru meminggirkan kaum Cina, namun hakikatnya kini, purata pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah oleh kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain. Kadar kemiskinan dan pengangguran masyarakat Cina juga lebih rendah..

DAP ekoran sikap berdiam diri parti berkenaan terhadap akuan bersumpah Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sekarang kita juga sedang menunggu DAP mempersoalkan dana RM1.2billion dari Israel, dan  perbelanjaan kertas konsep yang menggunakan wang rakyat sebanyak RM305 juta. Mulut mulut penyangak DAP terus mendiamkan diri.

Ini belum lagi isu kezaliman, kekejaman serta penindasan DAP terhadap bangsa lain.  Selain itu, DAP menutup sebelah mata terhadap pembohongan tender terbuka di Pulau Pinang dan pembelian banglo dibawah haraga pasaran..

Di Selangor pula skandal tanah membabitkan wang rakyat sebanyak RM1 bilion di Selangor, DAP hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa.DAP mempersendakan konsep kebebasan media apabila menyaman dan menghalang mana-mana media termasuk Utusan Malaysia membuat liputan kerana mengkritik parti tersebut dan pembangkang.

 

Image | This entry was posted in Segalanya Akan MUSNAH Jika Memilih DAP dan PKR Termasuk KEMANUSIAAN and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s