Produk ‘Quarter Pounder With Cheese’ McDonald’s Malaysia Di Fitnah Di Laman Twitter


Oleh rmf

4

Tersenyum membaca satu petikan dari twitter yang mana mengatakan bahawa daging yang dibekalkan kepada McDonald’s diimport dari  US. Fakta yang amat salah dan sama sekali tidak benar yang telah diterima oleh empunya twitter amat tidak berasas.

Daging ayam atau daging lembu yang dibekalkan kepada McDonald’s adalah daging yang diproses dan disembelih dengan kaedah yang dibenarkan didalam Agama Islam. Pemantauan  telah dilakukan oleh  JAKIM dalam memastikan semua bekalan bahan mentah ini adalah selamat dan halal dimakan oleh orang beragama Islam di negara ini.

Satu ulasan dan komen yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuan tentang isu yang dibagkitkan telah dikeluarkan  dilaman twitter.

image1

Dalam tulisan ini beliau mengatakan bahawa  penarikan jualan keatas menu ‘Quarter Pounder With Cheese’  adalah disebabkan arahan JAKIM kerana kandunganya  yang tidak halal dan mengandungi babi. Saya menegaskan bahawa  maklumat yang diterima oleh individu berkenaan adalah salah sama sekali dan tidak tepat.

Sebenarnya penarikan menu “Quarter Pounder With Cheese” tersebut bukan atas arahan JAKIM sebagaimana yang didakwa. Penarikan menu tersebut adalah atas arahan McDonald’s  bertujuan untuk menyelaraskan menu McDonald’s diseluruh negara.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh McDonald’s dalam membetulkan persepsi yang  telah dibuat oleh individu berkenaan.

QPC_BM

Berhubung dengan kenyataan bahawa pembekalan daging yang dikatakan diimport dari US juga adalah merupakan satu kesalahan maklumat.

Produk daging lembu McDonald’s  dibekalkan secara terus dari pusat penyembelihan yang terdapat di Australia, New Zealand dan juga Brazil. Pusat pusat penyembelihan ini dikawal selia oleh pihak JAKIM dan pihak JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan setiap bekalan daging akan menjalani prosedur patuh syariah.

Justeru itu, fitnah yang dilemparkan dengan mengatakan bahawa daging yang dibekalkan  kepada McDonald’s Malaysia diimport dari  US adalah tidak tepat sama sekali.

Rujuk Artikel : 

https://rmf7.wordpress.com/2016/03/17/pematuhan-piawaian-untuk-keselamatan-makanan-dan-proses-halal-mcdonalds-adalah-yang-terbaik/

https://rmf7.wordpress.com/2016/03/13/tahukah-anda-siapakah-pembekal-produk-bahan-mentah-mcdonalds-malaysia/

Image | This entry was posted in Produk 'Quarter Pounder With Cheese' McDonald's Malaysia Di Fitnah Di Laman Twitter and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s