El Nino 2016 terkuat, tiada bukti ada kaitan dengan pemanasan global – pakar


Oleh rmf

KUALA LUMPUR 9 Mei – Fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering di Malaysia adalah yang terkuat daripada 20 keadaan fenomena itu dalam tempoh 60 tahun lepas, namun tiada bukti konkrit untuk mengaitkan suhu tinggi itu dengan pemanasan global, menurut seorang pakar.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, El Nino tahun ini lebih ekstrem, mengatasi situasi pada 1997/98.

“Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan suhu tinggi dalam El Nino terkini dengan pemanasan global,” kata Tangang, yang pernah menjadi naib pengerusi Panel Antara Kerajaan tentang Pemanasan Global (IPCC) dari 2008 hingga 2015.

Beliau turut mengukuhkan fakta itu dengan laporan terkini yang dikeluarkan IPCC pada 2013, yang tidak membuat kesimpulan mengenai hubung kait antara El Nino dan pemanasan global.

“Tiada bukti kukuh yang menunjukkan berlakunya El Nino (kekerapan dan intensiti) dipengaruhi oleh perubahan iklim,” katanya kepada Bernama.

Katanya, berbeza dengan taufan, yang IPCC membuat kesimpulan intensitinya akan meningkat seiring dengan pemanasan global, bukti semasa gagal menunjukkan kekerapan dan intensiti El Nino dikaitkan dengan perubahan iklim.

“El Nino adalah fenomena semula jadi, sebahagian daripada variasi tahunan berkaitan dengan pergerakan laut di Lautan Pasifik yang berlaku setiap kitaran dua hingga tujuh tahun.

“Putaran sistem ini akan menjadikannya sama ada tahap El Nino, La Nina atau tahap normal,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetepikan bahawa pemanasan global akan mengubah kesan El Nino terhadap iklim di sesebuah benua.

Sebagai contoh, Tangang berkata, apabila dunia menjadi semakin panas pada masa depan, dan El Nino pula berlaku, ia akan mengakibatkan suhu keseluruhan bagi tempoh itu meningkat lebih tinggi daripada apa yang dialami ketika ini.

“Bagi saya, kesan hubung kait di rantau ini boleh dipengaruhi dengan perubahan iklim kerana perubahan kelembapan serta lautan yang boleh memberi kesan kepada interaksi lautan di rantau ini,” katanya.

– BERNAMA

Image | This entry was posted in tiada bukti ada kaitan dengan pemanasan global – pakar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s