SPAD akan Lakukan Siasatan Terperinci Berhubung Kejadian Tren Bertembung.


Oleh rmf

Satu siasatan terperinci akan dijalankan oleh SPAD berhubung dengan kejadian  pertembungan  diantara tren ETS dan  tren KTMB  yang telah berlaku di di Yad Kuala Kubu di km 322.00 berdekatan Stesen Kuala Kubu Bharu pada tengahari semalam.

Susulan dengan insiden tersebut, seramai tiga orang penumpang telah mengalami cedera ringan dan telah diberikan rawatan, dan selebihnya semua penumpang kedua dua tren tersebut  tidak mengalami  sebarang kecederaan.

Berikutan insiden tersebut, gangguan perjalanan telah berlaku dan KTMB telah mengambil beberapa inisiatif  dengan membawa penumpang menggunakan bas yang disediakan ke stesen berikutnya sebagai langkah tindakan untuk penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing masing.

Disamping itu juga, KTMB terus mengambil langkah penyelesaian  dengan segera agar dapat membuka landasan dalam masa yang singkat. Tindakan pantas ini  akan mengurangkan gangguan perjalanan  yang telah dijadualkan.

SPAD akan melakukan satu siasatan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut yang mana telah melibatkan keselamatan penumpang tren. Siasatan akan merangkumi segala aspek teknikal, sabotaj atau kecuaian manusia.

Setiap keputusan siasatan akan diambil berat dan diperincikan untuk memastikan tiada lagi kejadian  yang tidak diingini berlaku dimana  akan membahayakan nyawa penumpang. Segala yang berlaku jika tidak diambil tindakan yang  terbaik , ianya akan menjejaskan prestasi perkhidmatan ETS dan KTMB dimasa akan datang.

Menurut laporan awal, insiden ini berlaku adalah berpunca daripada kapten tren ETS 9402 (ETS 04) telah berlanggar dengan tren no 1 di Yad Kuala Kubu Km 322.00km.Kejadian berpunca dari tren 9402 passing Signal KK N 10 dalam bahaya.

Pada masa tersebut tren no.1 dari landasan turun diaturkan masuk ke landasan naik di Yad Kuala Kubu untuk overtake 343 yang berada di landasar turun. Tren ERS 9402 sepatutnya berhenti di semboyan KK N 10 telah passing dalam bahaya dan melanggar koc tren no. 1 yang sedang melalui cross over point 107 menyebabkan koc ASC2135 tergelincir dan can ERS 04 rosak teruk.

Sehubungan dengan kejadian ini, keyakinan pengguna pengangkutan awam terutama tren mungkin sedikit terjejas, Namun  ramai yang percaya bahawa tren ETS dan KTMB masih boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik  dimasa akan datang.

Peningkatan mutu perkhidmatan tren ETS dan KTMB telah  mula disebut sebagai salah satu perkhidmatan yang terbaik dan pantas dan digemari oleh banyak pihak.

 

Image | This entry was posted in SPAD akan Lakukan Siasatan Terperinci Berhubung Kejadian Tren Bertembung. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s