JPJ dan Unit Kongsi Gelap Berganding Bahu Benteras Sendiket Tonto


Oleh rmf

Kongsi gelap, Samseng, dan pembuli adalah diantara kategori yang  mana pada kebanyakannya  melanggar peraturan dan perundangan dalam negara ini. Kerajaan dalam kepelbagaian usaha terus  memastikan kumpulan kumpulan ini terus dipantau dan dibenteras.

Jika dijalan raya, pembuli jalanan sentiasa menjadikan jalanraya sebagai hak mereka dan sentiasa melakukan kesalahan yang  mana ada diantaranya mencetuskan pergaduhan serta kemalangan yang meragut nyawa.

Perlanggaran  undang-undang ini juga bukan hanya kepada pembuli jalanraya malah sikap sesetengah pihak yang mengambil kepentingan dalam mencari keuntungan juga berlaku dijalanraya. Tonto digunakan oleh perniaga yang sentiasa mahu lari dari  peraturan jalanraya juga  mencetuskan bahaya pengguna yang lain.

Kehadiran tonto sebagai pemberimaklumat kepada kenderaan berat yang membawa lebih muatan seakan tidak dapat dibendung lagi, Perlanggaran undang undang dengan membawa muatan yang lebih bagi kenderaan berat  amat membahayakan nyawa penguna yang lain.

Justeru itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengistiharkan pembenterasan habis-habisan terhadap sindiket tonto yang semakin berani melindungi lori-lori yang menyalahi undang-undang jalan raya

Sebagai langkah untuk menangani sindiket ini, Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan Unit Kongsi Gelap (D7) telah diwujudkan bagi membanteras sindiket ini…

Hasilnya, mereka berjaya memberkas 16 orang disyaki tonto dalam satu Operasi Cantas Khas Tonto 26 April lalu. Tonto yang beroperasi dijalan jalanraya yang mana mereka dibayar oleh sendikit yang mencari keuntungan dan megelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Tindakan megelakkan cukai dan membawa muatan lebih oleh sendikit ini amat merugikan pihak kerajaan. Kerosakan jalanraya berlaku dan ini akan menambah kos pembaikan jalan disebabkan sendikit yang membawa lebih muatan

Bukan itu sahaja , kerosakan jalanraya  boleh menyebabkan pengguna jalanraya yang lain mewnghadapi masalah serta boleh mengundang kepada  kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.

Menurut DS Liow..antara kesalahan yang dilakukan lori yang dilindungi tonto adalah membawa lebihan muatan, membawa muatan merbahaya, tidak mempunyai cukai jalan, merosakkan kenderaan awam, membuli, menyerang, serta cubaan memberi suapan kepada anggota pihak berkuasa..

Langkah mewujudkan unit PTK JPJ ini amat dialu-alukan kerana tonto akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri mereka sehingga sanggup mengancam nyawa pasukan keselamatan..dengan kerjasama bersama unit Kongsi Gelap D7 pastinya tonto-tonto ini berasa tidak selesa…

Apa yang kami harapkan kedua-dua pihak (PTK JPJ & JPJ) perlu bertindak setiap masa bukannya sekadar ikut musim…kegiatan haram ini sentiasa berlaku memandangkan ia menjamin keuntungan yang berlipat ganda jadi pemantauan kenalah berterusan…

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk mempastikan tiada yang dapat lari dari menjalani tanggungjawab membayar cukai kepada negara..cumanya orang kita sahaja yang tak nampak usaha yang dilakukan kerajaan..yang mereka canang JPJ zalim kerana saman pesalah penguna jalan raya…

Keupayaan JPJ apabila membuat sekatan jalan raya memang tidak boleh disangkal..ini diakui ramai orang…sekatan oleh pihak trafik tidaklah setegas JPJ..

Dipihak kami mengharapkan sindiket tonto ini dihapuskan secepat yang boleh..semakin lama tidak bertindak semakin ramai tonto yang berani melakukan kerja-kerja haram!

 

Image | This entry was posted in JPJ dan Unit Kongsi Gelap Berganding Bahu Benteras Sendiket Tonto and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s