ISBSF Sebagai Pengerak Sistem Pengangkutan Awam Untuk Rakyat Marhaen


Oleh rmf

Agensi kerajaan merupakan barisan hadapan dalam transformasi pengangkutan awam, justeru merupakan kumpulan sasaran penting bagi aktiviti interaksi dengan S.P.A.D.

S.P.A.D. komited untuk memastikan bahawa agensi di semua peringkat Kerajaan – dari peringkat persekutuan sehingga perbandaran – menyedari visi pengangkutan awam darat secara keseluruhan dan mempunyai pelan yang sewajarnya untuk memastikan aktiviti mereka disepadukan dalam pelan keseluruhan.

S.P.A.D. akan terus berusaha keras untuk meraih sokongan orang ramai bagi pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di negara ini. S.P.A.D. merancang untuk menangani jurang khidmat keperluan masyarakat yang tidak ditangani sepenuhnya pada tahun 2012.

Pada masa ini, pengangkutan awam sudah mernjadi mod pengangkutan alternatif yang berdaya maju bagi kebanyakan rakyat. SPAD dalam menghadapi  rintangan terus berusaha meningkatkan mutu pengangkutan awam dengan perancangan pengangkutan awam darat yang menyeluruh dan bersepadu di peringkat negeri berhubung hal berkaitan pengangkutan awam

Kerajaan telah melaksanakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) untuk memenuhi keperluan UPT NKRA selepas YAB Perdana Menteri meluahkan kebimbangan tentang impak terhadap rakyat yang terjejas susulan kehilangan perkhidmatan bas disebabkan pengendali membatalkan laluan yang tidak menjana keuntungan.

Inisiatif ini merupakan langkah sementara , dan bergantung kepada keperluan semasa untuk memenuhi kekurangan operasi harian bagi pengendali bas henti-henti yang berkenaan, khususnya di laluan sosial. Inisiatif ISBSF akan membantu memastikan bas-bas akan terus menyediakan perkhidmatan di semua laluan, termasuk di laluan yang tidak menguntungkan.

Bantuan ini merupakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) bagi meringankan beban pengendali-pengendali bas yang menghadapi kesukaran akibat peningkatan kos operasi dan pada masa yang sama dapat membantu meringankan beban pengendali bas akibat daripada laluan yang kurang menguntungkan terutamanya di kawasan luar Bandar.

Dana ini akan terus menggalakkan pengendali bas untuk mengaktifkan semua laluan yang dihentikan selain mempertingkat kualiti perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan memperbaik keadaan kenderaan secara am.

Dengan peruntukan sebanyak RM470 juta daripada Kerajaan, S.P.A.D. mula mengagihkan dana pada 3 Januari 2012. Pengendali bas henti-henti yang layak menerima bantuan ISBSF boleh membuat permohonan kepada S.P.A.D. untuk mendapatkan dana.

Sepanjang tahun 2012, S.P.A.D. mengadakan 13 sesi taklimat bersama pengendali bas di seluruh negara mengenai inisiatif ISBSF di samping menggalakkan pengendali bas untuk memohon bantuan pembiayaan.

Sepanjang pemberian dana ISBSF sejak 2012, ianya telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari yang merentasi 656 laluan di seluruh negara. Ramai yang tidak tahu betapa besar peranan SPAD bagi memastikan perkhidmatan bas yang terjejas akibat kekurangan penumpang di laluan bukan tumpuan dan peningkatan kos operasi terus beroperasi Segalanya adalah  untuk kepentingan rakyat

Sebelum ini sejumlah 75 pengendali bas di Semenanjung Malaysia dan 23 pengendali bas di Malaysia Timur telah menerima pembiayaan ISBSF pada tahun 2012.

Sejak penubuhannya pada 2012, ISBSF mendapat peruntukan sebanyak RM470 juta daripada Kerajaan Malaysia bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan selesa kepada rakyat.

Dengan inisiatif ISBSF, rakyat dapat menikmati peningkatan tahap kualiti perkhidmatan bas henti-henti. Dana ini dapat membantu pengendali bas henti-henti meneruskan perkhidmatan di laluan yang kurang menguntungkan terutamanya di kawasan luar bandar.

Menurut Syed Hamid pada Ogos sahaja sebanyak RM28 juta telah dibayar kepada pengendali bas henti-henti di bawah ISBSF. Bayaran keseluruhan yang telah dibuat dari dana ini sejak ia mula ditubuhkan ialah RM386.16 juta.

Namun dana yang dikatakan hanya bersifat sementara bagi memgatasi isu pengangkutan awam perlu dilihat dari kepelbagaian sudut kepentingan nya untuk rakyat.

Jika ianya perlu diteruskan ,  ISBSF ini  mesti diteruskan  demi menjaga  satu kepentingan yang amat diperlukan oleh rakyat demi memastikan semua sistem pengangkutan awam  untuk rakyat tidak di pinggirkan dengan  apa cara sekalipun walaupun dalam kapsiti yang amat kecil.

SPAD dalam  melihat dari segenap sudut sudah pasti memikirkan kepentingan rakyat dalam menggunakan pengangkutan awam yang mana  kekurangan dan kelebihan serta keperluan yang mana menjadikan pengangkutan awam adalah terbaik untuk rakyat.

 

 

Image | This entry was posted in ISBSF Sebagai Pengerak Sistem Pengangkutan Awam Untuk Rakyat Marhaen and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s