Sungai Besar Menangis- Kehilangan Yang Sukar Dicari Ganti


Oleh rmf

Sungai Besar menangis, seluruh pelusuk masyarakat bersedih dengan kehilangan saorang pemimpin yang berjiwa rakyat serta disayangi oleh semua kaum. Kehilangan yang sukar dicari ganti.

Allahyarhamah Datuk Hajah Noriah Kasnon telah kembali kerahmatullah  berikutan tragedi kemalangan helikopter semasa  melakukan tugasan untuk memastikan kemenangan  parti kerajaan dalam PRN 11 Sarawak.

Dalam kejadian yang menyayat hati ini, Difahamkan Helikopter tersebut berlepas dari SMK Spaoh, Saribas petang tadi djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways Kuching namun sehingga sehingga berita ini ditulis, ia gagal dikesan.

Difahamkan yang turut terlibat dalam penerbangan itu termasuklah suami Noriah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Ketika ini, seluruh penduduk Sungai Besar sedang menanti ketibaan jenazah yang diterbangkan dari Sarawak untuk dikebumikan pada malam ini dengan penuh istiadat pengkebumian negara.

Sedikit biodata mengenai  Allahyarham Datuk Hajah Noriah Kasnon:

Datuk Noriah Kasnon, 52, yang memulakan kariernya sebagai seorang peguam, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentabiran kerajaan.

Bermula sebagai setiausaha parlimen Kementerian Penerangan selama empat tahun sejak Mac 2004, Noriah, anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor dinaikkan jawatan kepada timbalan menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat di bawah Kabinet baharu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2009, di bawah pentadbiran baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dilantik sebagai timbalan menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Pada 2012, beliau ditukarkan menjadi timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan setahun kemudian selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau dipindahkan ke Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi hingga sekarang.

Lulusan bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1988, beliau aktif dalam Umno sejak 1992 dan merupakan penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar sejak Pilihan Raya Umum 2004.

Dalam arena politik pula, Noriah pernah menjadi setiausaha Wanita Umno Selangor pada 1992 sebelum dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional Selangor selama empat tahun dari 2000.

Pada 2005, beliau dilantik sebagi pengerusi Biro Penerangan Wanita Umno Selangor dan menjadi anggota jawatankuasa Biro Wanita Umno Malaysia.

Anak kelahiran Tanjung Karang itu mempunyai empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki

Image | This entry was posted in Sungai Besar Menanggis- Kehilangan Yang Sukar Dicari Ganti and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s