McDonald’s Bersama Dasar Kerajaan Terhadap Memberi Pekerjaan Kepada Golongan OKU


Oleh rmf

Konvensyen yang dipanggil Konvensyen Mengenai hak OKU (Convention OnThe Rights Of Person With Disabilties) telah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa’Bangsa Bersatu pada 15 Disember 2006.

Konvensyen ini menjamin golongan OKU menikmati peluang yang setara dengan orang upaya serta penyertaan penuh dan efektif  dalam masyarakat dalam semua aspek kehidupan termasuklah aksesibiliti, mobility, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pemulihan dan penyertaan dalam bidang politik,ekonomi dan sosio budaya.

Pada 8 April 2008 Malaysia telah menandatangani Konvensyen ini. pihak kerajaan Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai langkah bagi menyatakan komitmen terhadap golongan OKU.

Antaranya ialah Dasar OKU yang menjadikan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.Selain itu, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010,

Dasar pengambilan pekerja OKU sebanyak satu peratus (1%) dalam perkhidmatan awam menyebut setiap agensi dalam perkhidmatan awamdan industry serta perkhidmatan perlu memastikan pengambilan OKU dibuat sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut sama ada pelantikan secara tetap, sementara, kontrak atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuat kuasa

Dengan dasar kerajaan ini ianya sekali gus mengangkat dan melengkapi matlamat dasar-dasar lain yang sedia ada untuk mengangkat maruah martabat golongan OKU supaya turut sama terlibat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

McDonald’s dalam merapatkan diri dengan masyarakat serta menyahut dasar kerajaan di Malaysia terus berusaha memberikan peluang yang  boleh diberikan kepada golongan istimewa ini.

Baru baru ini satu temuramah bersama golomgan OKU ini telah dilakukan, dan dari segi sumbangan dan pencapaian yang disumbangkan oleh saorang OKU ini bukan sahaja meliputi perkhidmatannya bersama McDonald’s akan tetapi banyak sumbangan yang dilakukan terhadap negeri dan negara dalam bidang sukan.

Pada artikel kali ini, saya menumpukan kepada peranan McDonald’s terhadap memberi peluang kepada saorang lagi golongan OKU yang telah berkhidmat dengan McDonald’s. dan telah menerima anugerah sebagai Krew Lobi Terbaik 2015.

Dilahirkan sebagai anak istimewa yang dikategorikan sebagai sindrom down dan masalah pembelajaran (slow learner) tidak menghalang Hidayah untuk bekerja dan berdikari. Sekali lihat pasti ramai yang tidak menyangka dia boleh menguruskan dirinya dengan baik

DIBERI peluang bekerja sama seperti individu normal yang lain telah berjaya membuktikan keupayaan Nor Hidayah Mat Zin, 26, bahawa setiap kejayaan yang dicapai pasti akan membuahkan hasilnya.

Malah apa yang membanggakan, Hidayah kini telah diterima bekerja sebagai salah seorang kakitangan McDonald’s cawangan Klang Sentral dan menjadi pekerja tetap sejak lebih setahun lalu.

Berkesempatan menemuinya baru-baru ini, Hidayah yang begitu mesra dengan semua orang, sesekali tidak menyangka pendedahan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya selama ini akan memberi kebaikan untuk masa depannya.

“Sebelum saya bekerja di sini, saya telah mengikuti program dan latihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Klang Utara dengan mempelajari asas membuat kraf tangan dan jahitan.

“Alhamdulillah pendedahan awal yang diterima itu tidak sia-sia dan telah memberi keyakinan kepada saya untuk berkomunikasi dengan orang ramai walaupun semasa peringkat awal bekerja perasaan malu dan gementar tetap ada.

“Perkara paling seronok sepanjang saya bekerja di sini adalah rakan-rakan sekerja begitu banyak memahami dan tidak lokek untuk membantu saya menyelesaikan tugas,” katanya ketika sesi temu bual baru-baru ini.

Menerima anugerah sebagai Krew Lobi Terbaik 2015 telah berjaya menyuntik semangat Hidayah untuk terus memberi komitmen terbaik dalam kerjayanya.

“Pencapaian ini akan menjadi kayu pengukur kepada saya dan rakan-rakan orang kurang upaya (OKU) yang berkhidmat di sini untuk terus bekerja bersungguh-sungguh.

“Selagi diberi kekuatan saya akan bekerja kerana sudah menjadi impian saya untuk hidup berdikari selagi termampu. Sebolehnya saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa. Pegangan utama saya dalam hidup adalah sentiasa bersabar dan buang perasaan malu,” ujar anak bongsu dari tiga beradik ini.

Sementara itu, menurut Pengurus Restoran McDonald’s Klang Sentral, Fezlin Mohd Nordin, melatih pekerja dari golongan OKU bukanlah satu tugasan yang boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya oleh sesiapa. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan juga hati yang lembut.

Diberi tanggungjawab melatih empat pekerja OKU dalam satu-satu masa sesuatu yang cukup membuatkan jiwanya kental.

“Saya perlu banyak belajar memahami karenah mereka dan mesti menganggap mereka seperti anak sendiri. Dalam masa yang sama saya perlu menyelami isi hati mereka terlebih dahulu.

“Dengan pekerja yang lain saya boleh berterus-terang tetapi emosi pekerja OKU sukar dijangka. Mereka boleh menangis tiba-tiba kerana mereka cepat terasa. Jadi bahasa dan tingkah laku yang saya gunakan haruslah lembut supaya tidak menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Berpengalaman selama 20 tahun dengan McDonald’s, Fezlin turut menyatakan kesukaran melatih pekerja OKU hanyalah pada peringkat permulaan sahaja.

Walaupun memerlukan latihan yang lebih, kesukaran yang dilalui Fezlin untuk melatih keempat-empat pekerja tersebut hanya pada peringkat permulaan. Hidayah juga tidak mengambil masa yang lama untuk biasakan diri di tempat kerja.

Dalam situasi Hidayah, dalam tempoh sebulan dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja.

Fezlin berkata, selain perlu berlembut dengan golongan istimewa ini, ada kalanya ketegasan amat perlu jika keadaan memerlukan. Namun begitu ketegasan yang dipraktikkan ini bukanlah dengan cara yang kasar tetapi dengan niat untuk mereka mudah memahami.

“Tunjuk ajar amat penting bagi memastikan mereka mampu melaksanakan setiap arahan dengan baik.

“Selain itu, mereka tidak diberi tugasan di dapur atas faktor keselamatan. Mereka hanya bekerja di sekitar kawasan pekarangan restoran sahaja.

“Setakat ini tiada pelanggan yang pernah marah atau mengganggu mereka di sini. Saya juga sangat bersyukur kerana pelanggan sangat memahami situasi mereka malah menyokong usaha McDonald’s yang memberi peluang golongan OKU bekerja,” jelasnya.

.

 

Image | This entry was posted in McDonald’s Bersama Dasar Kerajaan Terhadap Memberi Pekerjaan Kepada Golongan OKU and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s