Gurauan terakhir MP Kuala Kangsar


Oleh rmf

Gurauan terakhir MP Kuala Kangsar sebelum naik pesawat

BUKIT CHANDAN – “Saya sempat melambai kepada Datuk sebelum beliau berlepas menaiki helikopter ke Kuching dan beliau membalasnya. Itulah kali terakhir saya melihat Datuk sebelum insiden itu terjadi.”

Demikian kata Naib Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar, Mohd Fauzi Mohaidin ketika menceritakan detik terakhir beliau bersama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad di Betong.

Menurutnya, Wan Mohammad Khair-Il sebelum itu juga tidak makan banyak dalam majlis di situ dan sempat bergurau mengatakan beliau enggan helikopter menjadi berat.

“Datuk ada bergurau dengan kami mengatakan dia tidak mahu makan banyak sebab takut nanti berat, buat helikopter tidak boleh terbang.

“Kami ketawa saja mendengar gurauan Datuk pada waktu itu, tidak sangka pula insiden sebegini menimpa beliau.

“Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi berhubung keadaan Datuk. Kami harapkan beliau dan beberapa penumpang lain selamat,” katanya.

Tambah Mohd Fauzi, beliau menyedari keadaan Datuk sedikit lain ketika menghadiri majlis di Betong apabila Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu tidak ceria seperti biasa.

“Memang nampak Datuk lain pada waktu itu namun saya tidak fikir lain kerana mungkin Datuk penat, jadi mungkin itu punca beliau kelihatan kurang ceria.

“Sekarang saya cuma berharap Datuk dalam keadaan selamat. Kami di sini masih menunggu perkembangan semasa insiden ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Fauzi memaklumkan Datuk sepatutnya menaiki helikopter lain namun terpaksa menukar helikopter disebabkan pemandunya tiada.

“Datuk ada penerbangan ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam semalam (Khamis), jadi beliau mahu cepat. Datuk Noriah Kasnon ajak Datuk naik dengan beliau dan Datuk pun setuju,” katanya.

Beliau turut meminta semua ahli Umno dan penduduk Kuala Kangsar mendoakan keselamatan Datuk dan penumpang lain dalam helikopter tersebut. SH

Image | This entry was posted in Gurauan terakhir MP Kuala Kangsar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s