Anggota Storm digerak ke Sebuyau malam ini


Oleh rmf

Anggota Storm digerak ke Sebuyau malam ini

KUCHING – Pasukan bertindak diketuai Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk mencari helikopter yang hilang di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan demikian dalam laman Twitternya malam ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dalam Twitternya berkata pasukan tentera udara dan darat juga turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang dilaporkan hilang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak]

“Saya telah arah Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak dari unit ‘Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm)’ digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari sini malam ini, sebagai pasukan awal mencari helikopter yang hilang semasa dalam perjalanan dari Betong ke sini petang tadi.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata sehingga pukul 9 malam, tiada pihak yang dapat mengesahkan lokasi sekitar helikopter itu hilang, namun anggota Storm tetap akan digerakkan menghala ke Sebuyau malam ini sebagai persiapan awal.

Menurutnya unit udara bomba juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk digerakkan. – Bernama

Image | This entry was posted in Anggota Storm digerak ke Sebuyau malam ini and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s