Meningkatkan Mutu Pengangkutan Awam -30 Jun Laluan Sambungan LRT ke Kelana Jaya Dilancarkan.


Oleh rmf

Sebagai sebuah negara yang berkembang maju, sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu lebih sistematik dan mempunyai kemajuan daripada segi perkhidmatan, teknologi dan kecekapan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara

Justeru Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) bertajuk ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’, memberi tumpuan khas dalam aspek pengangkutan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Antara janji  kerajaan ialah mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya. Bukan itu sahaja malah kerajaan dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam berusaha dengan giat untuk menunaikan janji yang telah dibuat.

Antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan ialah penambahan tren enam gerabak bagi perkhidmatan tren Komuter KTM, perkhidmatan bas GoKL yang menawarkan perjalanan percuma serta pelaksanaan Sistem Maklumat Penumpang agar pengguna mempunyai gambaran yang lebih baik tentang masa menunggu sebelum ketibaan bas.

Menjejaki masa depan pula, rakyat boleh menjangkakan sistem kereta api laju yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit, jajaran MRT fasa kedua, landasan kereta api elektrik berkembar Ipoh-Padang Besar dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat. Pada analisis akhirnya, ini semua akan meningkatkan kualiti pengangkutan awam bandar seterusnya gaya hidup rakyat.

Selain itu, laluan bas juga akan disusun semula untuk memastikan perkhidmatan lebih cekap dan memudahkan rakyat. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun dan sedang mempergiat usaha-usaha sebagaimana yang dihasratkan kerajaan

Segala kelemahan pengangkutan awan dikaji dan dikenalpasti bagi memastikan  sistem pengangkutan awam darat berada ditahap yang paling memuaskan. Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat.

“Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.”-Najib Razak

Projek sambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang misalnya dilihat berupaya menarik lebih ramai pengguna menjadikan ia sebagai mod pengangkutan awam dengan peningkatan sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030.

Projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya – Putra Heights dengan jarak 17.4KM yang dikendalikan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu merupakan salah satu transformasi besar bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia.

Sebelum ini media melaporkan laluan yang menghubungkan 13 stesen baru itu akan beroperasi sepenuhnya sekitar bulan Jun 2016. Ya, ramalan itu adalah tepat sepertimana yang terkandung di dalam kertas projek apabila SPAD baru-baru ini memberitahu, laluan sambungan LRT Kelana Jaya tersebut akan mula beroperasi sepenuhnya pada 30 Jun ini.

Sementara projek sambungan LRT Laluan Ampang yang meliputi jarak 18.1KM sudahpun beroperasi pada Mac 2016 lalu.

Kerajaan  juga berjanji untuk memperluaskan sistem rel Transit Pantas Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter, dan membina terminal bas, rel dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

Selain itu kerajaan  juga berhasrat meningkatkan jumlah permit teksi individu serta melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi serta memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Kerajaan , sejak menerajui Malaysia selama 55 tahun telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi baharu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini antaranya memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Juga melaksanakan projek MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, komuter, monorel dan rangkaian bas bandar, serta mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti tinggi menerusi RapidKL, RapidPenang, dan RapidKuantan.

Kerajaan  juga telah menyediakan kemudahan pinjaman mudah untuk pengusaha bas antara bandar, bas mini dan bas sekolah menerusi Tabung Pengangkutan Awam berjumlah RM150 juta yang diuruskan oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME Bank).

Selain itu kerajaan juga telah menambah sebanyak 478 buah bas baharu untuk RapidKL dan memperkenalkan enam laluan Transit Bas Ekspres Lebuh Raya untuk mengurangkan masa perjalanan bas-bas awam.

Janji ditepati  itulah kerajaan yang amat perihatin dalam memberikan perkhidmatan dan menaiktaraf mutu  pengangkutan awam darat agar ianya sejajar dengan mutu perkhidmatan yang ada di luar negara

Image | This entry was posted in Meningkatkan Mutu Pengangkutan Awam -30 Jun Laluan Sambungan LRT ke Kelana Jaya Dilancarkan. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s