Pulihkan Keyakinan Pelangan-Pemandu Teksi Perlu Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Setanding UBER dan GRABCAR


Oleh rmf

Sebagaimana post saya didalam blog yang lalu, kris diantara pemandu teksi dan UBER serta Grabcar telah sampai ke kemuncak dimana tindakan sebahgian dari pemandu teksi yang mengadakan demontrasi bantahan  terhadap perkhidmatan ini.

Didalam artikel tersebut rata rata pemandu teksi menyalahkan UBER dan Grabcar  sebagai  pihak yang telah menutup periuk nasi  mereka dalam perkhidmatan teksi. Namun  disebalik tuntutan mereka yang mahukan UBER dan Grabcar ini dihapuskan, sebenarnya  pemandu teksi tidak pernah menyedari kelemahan perkhidmatan mereka.

Rata rata maklum balas yang diterima mengatakan bahawa perkhidmatan teksi  yang beroperasi dalam negara ini telah dilebelkan sebagai perkhidmatan yang amat teruk. dari segi layanan sehingga perkhidmatan yang ditawarkan.

Ada dikalangan pelangan terutama dikalangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana  merunggut apabila  ada sebilangan pemandu teksi  tidak melayan  golonagan ini apabila  perkhidmatan diperlukan.

Pelanggan yang kini sudah beralih kepada perkhidmatan yang lebih memuaskan dan terbaik telah menyebabkan pengurangan  menggunakan perkhidmatan teksi. Paling ketara ialah  keadaan  teksi, sikap pemandi dan  sikap mencekik darah dengan tidak menggunakan meter.

Untuk memulihkan keadaan ini sikap pemandu teksi , keadaan teksi, serta layanan yang diberikan seharusnya di ubah seratus peratus untuk  memberikan keyakinan bahawa pemandu teksi juga boleh memberikan layan bertaraf 5 bintang kepada pemandu.

Peniluan laluan juga tidak seharusnya berlaku sebagaimana sebelum ini, penggunaan meter, dan kurangkan bercakap mengenai politik didalam  perjalanan. Ini merupakan factor yang mana  pelanggan menjadi fobia untuk menggunakan perkhidamatan teksi.

Kehadiran perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan cabaran yang besar dalam industry teksi, sepatutnya persatuan teksi terus mengembeling tenaga untuk  meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik. Dalam memberikan perkhidmatan budaya saiang yang sihat semestinya dilihat dari sudut yang positif.

Demikian kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam satu majlis hari ini.

Syed Hamid ketika itu menjawab pertanyaan daripada peserta yang juga pemandu teksi dalam program Siri Syarahan Umum Akademi SPAD : Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia – Sejarah, Aspirasi dan Cabaran di Shah Alam pagi tadi.

Pemandu teksi tersebut melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Uber yang didakwa sebagai punca utama pendapatan mereka terjejas. Sehingga beliau mencadangkan teksi diharamkan di Malaysia sebaliknya digantikan dengan Uber dan seumpamanya.

Namun yang demikian, Syed Hamid memberitahu, para pemandu teksi perlu ‘berlawan’ dengan Uber. Bukanlah berlawan seperti bergusti dalam WWF atau WWE tetapi berlawan dengan cara yang sihat.

Erti kata lain, pemandu teksi perlu memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan mereka dengan lebih baik sekaligus mengalahkan Uber.

Dalam pasa masa yang saya kita harus  bersetuju dengan pendapat Syed Hamid ada menyentuh tentang tahap perkhidmatan para pemandu teksi yang dilihat semakin terabai.

Dengan teksi berbau tidak menyenangkan, cara layanan kepada penumpang, malas membawa penumpang dan cenderung ke arah penipuan seperti tidak menggunakan meter merupakan perkara penting yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik.

Faktor-faktor itu juga menjadi penyebab utama penumpang beralih daripada menggunakan teksi kepada Uber, Grabcar dan seumpamanya.

Oleh yang demikian, para pemandu teksi perlulah menyahut seruan ‘melawan’ Uber ini. Tunjukkan bahawa anda lebih baik dan berkualiti daripada mereka. Pasti penumpang dapat membandingkan mana yang baik dan sebaliknya.

Image | This entry was posted in Pulihkan Keyakinan Pelangan-Pemandu Teksi Perlu Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Setanding UBER dan GRABCAR and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s