Anak Muda Sarawak Tolak DAP- Berbohong Dalam Isu Menyelesaikan Masalah Infastruktur


Oleh rmf

Perbuatan melambangkan sikap  sesabuah parti yang mana kepercayaan diberikan  kepada parti tersebut untuk mengetuai satu satu pemerintahan. Penipuan kepercayaan juga boleh dilakukan sebagaimana dilakukan oleh DAP  terhadap pengundi.

Segala bentuk janji janji yang ditaburkan hendaklah ditunaikan samada dalam masa jangka pendek atau pun sederhana. DAP sebagaimana menjanjikan kedamaian, keharmonian, keadilan kepada pengundi hanya lah retorik politik semata mata.

Sepanjang pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang mana sebelum ini telah menjanjikan kemakmuran, keadilan untuk semua pengundi satu pun tiada di laksanakan. Malah setiap janji tersebut dikatakan tidak terdapat dalam bentuk janji bertulis, maka semuanya boleh diabaikan.

Anak muda yang mana sebelum ini, amat teruja menyokong dasar DAP agak terkedu bila mana melihat kezaliman DAP terhadap bangsa Melayu di Pulalu Pinang. Rata rata anak muda yang sebelum ini  menyokong kepimpinan DAP tidak menyangka sehingga tahap begitu kekejaman dilakukan.

Mengikut tinjauan yang dibuat, anak muda menyatakan kekesalan dengan tindakan yang dilakukan DAP terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang dan  mereka tidak pernah melihat penindasan sedemikian dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap bangsa lain, malah sentiasa membantu diantara dengan yang lain.

Jiwa anak muda sentiasa bergelora, pemikiran mereka sentiasa berpaksikan pada fakta, penerimaan akal dan akan mudah memberontak walaupun hal-hal yang kecil jika tidak sehaluan dengan hati dan jiwa mereka.

Maka jika mereka ini berjuang, perjuangan mereka bukan main-main. Perjuangan mereka benar, telus dan bersungguh-sungguh dan hari ini, pilihlah anak-anak muda yang punya semangat untuk berjuang.

Melihat kejadian di Pulau Pinang sekali gus telah meyedarkan ramai anak muda bahawa DAP bukan sebuah parti yang boleh dipercayai dari apa juga perbuatan dan juga kata kata. Kezaliman yang digembar gemburkan DAP terhadap  kerajaan Barisan Nasional hanyalah perangkap untuk meracuni pemikiran anak muda.

Terus terang dikatakan bahawa DAP sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar anak muda Melayu agar diajdikan icon atau “perkakas” untuk menghancurkan bangsa Melayu sendiri. Menurut khabar ada dikalangan ikon anak muda didalam DAP dibayar sehingga RM30 ribu hanya untuk memakai purdah.

Ini cara DAP, mereka akan membeli segalanya dan apa yang mereka harapkan adalah sebuah kuasa yang boleh menindas sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka. Sejarah PAS dijadikan “perkakas”  oleh DAP hanya untuk memecahkan undi melayu dan peguasaan Melayu dalam  Pilihanraya.

Memang ia bukan mudah kerana selama ini setiap kali pilihanraya, DAP telah mengamalkan berkempen dengan cara mengugut, mengancam dan membuat intimidasi terhadap pengundi. Pada masa yang sama mereka datang menghulurkan ‘gula-gula’ dan bermain sentimen kenegerian dan perkauman.

Impian Sarawak, Selamatkan Sarawak adalah “gula-gula” yang ditaburkan oleh DAP melalui projek “melepaskan batuk” agar rakyat melihat bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat prihatin. Sejarah Lim Guan Eng dikatakan membela saorang anak gadis bangsa Melayu di Melaka satu ketika dahulu adalah bertujuan  untuk meraih simpati dikalangan PAS,.

Kita juga melihat bagaimana kerajaan dikecam hebat, hasil tindakan tersebut populariti Guan Eng meningkat secara mendadak. Bergitu juga sumbangan RM100 ringgit kepada warga tua di dalam Tokong di Pulau Pinang yang turut mengaburi mata dan jasa kerajaan selama ini.

Semua yang disebutkan diatas itu adalah “gula-gula” kuasa akan datang yang diharapkan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan undi didalam Pilihanraya. Hasil daripada tindakan tersebut perkataan, Zalim, GST, Skandal, Penipuan, Kemiskinan serta penderitaan Rakyat dimainkan.

Tapi jika benar DAP mahu berkempen di Sarawak, seperti yang diberitahu Tok Nan, angkatlah isu tempatan dan selesaikanlah . Isu tempatan kalau nak dinyatakan memang banyak. Paling utama isu bekalan air bersih, jalan raya di pedalaman dan isu bekalan elektrik. Tiga hal ini adalah keperluan asas manusia.

Dimanakah DAP selama ini? Apakah semasa pilihanraya sahaja mereka melihat hal ini. Untuk membuktikan kemampuan DAP dalam meyelesaikan isu tempatan, maka DAP disarankan agar terus berusaha memulihkan kerosakan hutan , isu banjir di Selangor, Pulau Pinang yang mana setiap kali hujan maka limpahan air akan berlaku.

Bagi anak muda isu tempatan yang dibuat oleh DAP adalah satu perangkap pembohongan yang mana anak muda boleh melihat kemampuan DAP dan PKR dalam kedua buah negeri pemerintahan mereka. PKR dan DAP tidak mampu selesaikan masalah Aedes, Sampah, Banjir, Bekalan Air Bersih dan banyak lagi.

Jika isu banjir pun tidak mampu diselesaikan  , mana mungkin DAP boleh berjanji untuk menyelesaikan masalah isu tempatan di negeri lain. Rata rata anak muda telah melihat hal ini dengan pelbagai sudut yang jauh.

Justeru itu , kehadiran DAP di Sarawak sememangnya tidak diperlukan sama sekali, Kehadiran mereka bukan untuk menyelesaikan isu tempatan , malah jika dilihat kejadian yang berlaku di Pulau Pinang DAP hanya pencipta masalah kemasyarakatan sahaja.

Kesimpulannya, DAP tidak mampu untuk meyelesaikan apa juga isu tempatan, malah kehadiran DAP adalah Pencetus kepada masalah kemasyarakatan dan akan mengakibatkan keharmonian, keamanan tergugat. MENOLAK DAP adalah satu tindakan yang AMAT TEPAT.

 

Image | This entry was posted in Anak Muda Sarawak Tolak DAP- Berbohong Dalam Isu Menyelesaikan Masalah Infastruktur and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s