“DAP Can’t Be Trusted” –  Penduduk Siburan Sedar Kekejaman DAP


oleh rmf

banner

Kesedaran  tentang bahayanya DAP yang mengamalkan “kezaliman” “penindasan dan tidak menghormati Rukun Negara telah berlaku di Siburan dengan cogankata di kain rentang yang berbunyi “DAP Tidak Boleh DiPercayai”.

Rakyat Sarawak semakin  sedar bahawa DAP bukan lah sebuah parti yang boleh dipercayai dalam apa juga perbuatan dan percakapan mereka. Rakyat Sarawak sedang melihat sikap berpura pura DAP dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Perlaburan awal ini bukan  dilakukan secara  ikhlas untuk membantu rakyat, namun ianya sebagai perlaburan untuk menunjukkan bahawa DAP adalah  parti yang “Prihatin” terhadap permasalahan rakyat , “kononnya”.

Kain rentang yang berbunyi “ DAP Can’t Be Trusted” sekali gus menunjukkan penolakan rakyat Sarawak terhadap calon calon DAP yang mana telah terkenal dengan sikap  penindas, Zalim, Kejam serta tidak menunaikan janji serta sebuah parti yang tidak menghormati bangsa lain.

Rakyat Sarawak kini hidup dalam keharmonian tidak mahu digangu gugat keamanan  dengan kehadiran DAP di bumi Sarawak. Rakyat Sarawak telah sedar dan melihat apa yang telah dilakukan oleh DAP. Mereka tidak mahu ianya berlaku di Sarawak.

DAP sebuah parti yang hanya tahu meyalahkan orang lain dalam apa juga isu, namun pada masa yang sama mereka melakukan perkara yang lebih dasyat lagi sehingga merosakkan alam sekitar, warisan serta  memecah belahkan keharmonian  dimana tempat mereka bertapak.

DAP tidak pernah menghormati demokrasi dan prinsip pilihanraya adil, perbuatan fitnah dan adu domba yang mereka lakukan bukan sekali,mencetak dan menyebar kain rentang yang menghina Barisan Nasional, Menghina pemimpin negara, serta agama bangsa lain bukan  dilakukan secara sembunyi lagi.

Kami sedia maklum bahawa semua parti yang bertanding sentiasa  mendukung prinsip keadilan dalam pilihanraya  dan bersama-sama kita menjauhi politik kotor. Biar pengundi memilih wakil dan parti yang terbaik untuk mereka,.

Tetapi beberapa pemimpin dikalangan Pakatan secara terangan menghina Sarawak  dengan melebelkan rakyat Sarawak tidur diatas pokok, bercawat, minum air longkang dan banyak lagi penghinaan dilakukan demi untuk memburukkan pemerintah Sarawak.

Penduduk Sarawak sedar tentang pelbagai usaha dan fitnah yang dilakukan PKR dan  DAP dalam meraih sokongan pengundi. Slogan “UBAH” juga digunakan untuk menipu rakyat Sarawak. “UBAH” yang dimaksudkan DAP adalah untuk mengubah segalanya dan  rakyat Sarawak MESTI akur dengan apa yang dilakukan oleh DAP.

Bangsa Melayu di Pulau Pinang sedang “menikmati”  perancangan “UBAH” yang dilaungkan pada PRU13 yang lalu. Kini Bangsa Melayu telah diUBAH kampung halaman mereka,  Kini Melayu Pulau Pinang seperti pendatang  di”UBAH” oleh DAP.

Sanggupkah rakyat Sarawak  menerima kesan UBAH yang dilaungkan oleh DAP? Jika sanggup untuk kehilangan segalanya anda berhak memilih DAP. Tiada sesalan kedua apabila kehilangan segalanya, Tiada istilah menukar semula kerajaan bila sudah berada ditangan DAP.

DAP akan lakukan apa juga cara untuk mengurangkan majoriti sokongan dengan alasan pembangunan. Ini telah mereka lakukan  di Pulau pinang sekarang. Rakyat Sarawak harus sedar tentang hal ini.

Secara terus terangnya DAP bukan pilihan jika untuk melihat kemajuan. Tetapi untuk melihat penindasan, kezaliman, perkauman  anda boleh melihat bagaimana DAP lakukan terhadap bangsa Melayu yang kini sidah menjadi “Hamba Tebusan” di tanah tumpah mereka sendiri.

Image | This entry was posted in “DAP Can’t Be Trusted” -  Penduduk Siburan Sedar Kekejaman DAP and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s