Tuntutan Kuasa Autonomi Oleh DAP Adalah Perancangan Jangka Panjang Untuk Meranapkan Sarawak


Oleh rmf

Calon DAP bagi kawasan N74 Pujut, Dr. Ting Tiong Choon, 51, mencadangkan agar rakyat Sarawak bangun untuk melakukan tuntutan kuasa autonomi adalah  bertujuan untuk perancangan jangka panjang dan mempunyai kuasa pemutus mutlak bila berkuasa nanti.

Kuasa Autonomi? Tergelak saya membaca apa yang dicadangkan oleh DAP kepada rakyat Sarawak agar menuntut kusa autonomi kepada kerajaan persekutuan. Permintaan DAP ini bukan sekadar permintaan sahaja.

Semua yang dicadangkan oleh DAP adalah sesuatu perkara yanbg memberikan kepentingan DAP untuk jangka panjang.  Tidakkah kita melihat bahawa DAP dan PKR sedang berebut untuk mendapat lebihan kerusi  bagi parti masing masing.

 Tujuannya hanya satu, adalah untuk kekal sebagai majoriti di dalam negeri Sarawak. Jika ditakdirkan 10 tahun akan datang DAP atau PKR dapat menguasai Sarawak, secara automatiknya kuasa autonomi yang dituntut oleh rakyat Sarawak sudah berada didalam gengaman kuasa.

Rakyat Sarawak seharusnya memikirkan stiap patah perkataan atau cadangan dari sebuah parti yang bernama DAP yang amat dikenali sebagai sebuah parti yang banyak muslihat dan penipuannya.Cadangan kuasa autonomi  secara jangka panjangnya adalah untuk memudahkan DAP berkuasa dan melakukan apa sahaja  jika berkuasa nanti.

Jika ini berlaku , pada masa ini rakyat Sarawak akn meyesal tidak sudah sebagaimana terhasutnya orang Melayu di Pulalu Pinang yang kini sedang dizalimi dan dirampas  segalanya oleh DAP yang berkuasa sekarang.

Mahukah rakyat Sarawak  menghadapi tragedi dan penindasan ini jika DAP berkuasa. Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali. Oleh yang demikian ,  rakyat Sarawak jangan  sesekali terpengaruh dengan apa yang dicadangkan oleh DAP dalam tuntutan kuasa autonomi.

Perlu diingatkan bahawa kerajaan persekutuan tidak mempunyai kuasa menghalang jika itu kehendak rakyat Sarawak, namun nasihat tetap akan diberikan kerana DAP bukan sebuah parti yang membela rakyat, akan tetapi adalah penindas rakyat.

Mempunyai kuasa pemutus dan disamping mempunyai kuasa autonomi adalah merupakan aspek terpenting bagi mana-mana ahli politik atau aktivis DAP yang mahu dan memastikan kekal berkuasa penuh bila sampai masanya nanti.,

 Masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak seharusnya menolak dan menentang sekerasnya cadangan DAP ini dan cadangan tersebut mempunyai natijah yang amat buruk dimasa akan datang untuk rakyat Sarawak.

Atas dasar itu,  secara peribadinya saya menyeru agar rakyat Sarawak berani menentang  untuk menafikan kemenangan  DAP disemua kawasan PRN Sarawak di Dewan Undangan Negeri, serta bangkit menentang cadangan kuasa autonomi Sarawak.

Suara rakyat yang kuat, khususnya dalam bantahan tuntutan kuasa autonomi yang dicadangkan oleh DAP dilakukan secara terangan , Ini adalah bagi mengelakkan kerajaan pimpinan dimasa akan datang (jika DAP memerintah)  tunduk kepada kehendak Kerajaan Persekutuan dan boleh melakukan apa sahaja terhadap negeri Sarawak oleh DAP.

Saya percaya bahawa Rakyat Sarawak perlu melihat secara menyeluruh tanpa mengira kaum dan agama. Sebab itulah saya menyarankan agar DAP dalam perjuangannya ditolak sepenuhnya oleh semua pihak  untuk menyelamatkan Malaysia dari menjadi mangsa penmindasanb dan kezaliman DAP terhadap rakyat.

Pemerintahan DAP selama ini dikotori oleh sentimen perkauman. Penindasan terhadap kaum lain , buktinnya telah terang dihadapan mata kita , Selama ini BN telah  melaksanakan dasar-dasar yang mesra rakyat dan mengiktiraf kuasa yang sedia ada si  Sarawak dengan acuan  Sarawak sendiri dalam melakarkan kemajuan dengan sokongan persekutuan untuk mencapai negeri yang maju serta membela rakyat..

Justeru itu rakyat Sarawak khususnya yang berada di DUN N74 Pujut tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditaburkan oleh DAP yang mana bukan tersurat yang menjadi agenda perjuangan mereka , akan tetapi agenda tersiratnya adalah matlamat sebenarnya..

Dalam pilihanraya kali ini, Tiong Choon bakal berentap dalam pertembungan empat penjuru bersama penyandang calon bebas, Fong Pau Teck, yang sebelum ini merupakan wakil DAP tetapi dipecat atas sebab-sebab disiplin, serta Jofri Jaraiee (PAS) dan Hii King Chong (BN).

DUN N74 Pujut dalam kawasan Parlimen Miri mempunyai 26,202 pengundi yang terdiri daripada 70.4 peratus kaum Cina, Melayu dan Melanau (17.9 peratus), orang Iban (7.5 peratus), Orang Ulu (1.8 peratus), Bidayuh (0.6 peratus) serta lain-lain (1.6 peratus).

 

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s