Hina Rakyat Sarawak ?-Pembangkang Masih Ada Hati  Mahu Perintah Sarawak?


Oleh rmf

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pilihanraya Sarawak berlangsung. Kini parti yang bertanding sedang giat berkempen. Sebagai anak Sarawak yang  menetap di Sarawak sudah pastinya melihat apa yang telah dilakukan oleh DAP dan PKR terhadap Selangor dan Pulau Pinang.

Mengikuti perkembangan isu semasa sepanjang tempoh pemerintahan DAP dan PKR di Pulalu Pinang dan Selangor adalah satu pengajaranb bagi anak Sarawak agar berhati hati untuk menyokong  parti yang sekarang ini dikenali sebagai sebuah parti yang amat perkauman dan melakukan penindasan.

Sebelum dari hari pernamaan calon tempoh hari, pelbagai aktiviti telah dijalankan di seluruh Sarawak. Najib pula memang sentiasa ulang alik ke sana. Berita tentang Sarawak dan kehadiran pemimpin biasanya  dihebahkan di TV. Siap ada program khas disiarkan TV3.

Kempen yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah kesinambungan kemuncak melihat kemajuan yang telah dilakukan untuk rakyat Sarawak. Mengenal pasti kekurangan yang ada dan melakukan penambahbaikan segera.

Hari penamaan calon yang lepas menyaksikan pertembungan kerusi antara sesama parti Pakatan Harapan, Disini sahaja ianya menunjukkan bahawa ketiadaan kesepakatan dalam gabungan. Bagaimana untuk menjadikan Sarawak sebagai tempat  berkuasa mereka.

Saya hanya mampu tersenyum melihat gelagat “gila kuasa” kedua dua parti yang amat dikenali “Parti Gila Kuasa” . Perkara ini berlaku susulan melihat khazanah alam, warisan, hasil bumi yang cukup banyak untuk “Diratah” apabila  mendapat kuasa nanti.

Tidak hairanlah masing masing  cuba menikam sesama sendiri dikalangan DAP dan PKR dalam perebutan kerusi  DUN di Sarawak. Bagi rakyat Sarawak seharusnya melihat semua kejadian yang berlaku itu untuk satu jangka panjang, Bukan hanya melihat ketika ini, apa yang diperkatakan oleh pembangkang terutama DAP dan PKR, tetapi melihat apakah yang mereka lakukan terhadap kaum lain.

Ayat yang paling mudah saya berikan ialah , DAP dan PKR lakukan sepanjang pemerintahan mereka ialah “ Kezaliman dan Penindasan serta mengamalkan Perkauman yang amat dasyat”. Ini hakikat yang sepatutnya rakyat Sarawak lihat sebelum menjadi “hamba Tebusan” di bumi Sarawak apabila membenarkan DAP dan PKR memenangi DUN Sarawak.

Berbalik kepada isu pilihanraya. Tahun ini lebih banyak pihak pembangkang yang dihalang masuk ke Sarawak. Dan kebanyakannya adalah dari DAP dan PKR. Tindeakan kerajaan negeri menghalang beberapa pemimpin ini adalah satu tindakan yang tepat.

Mungkin banyak pihak  bertanya kenapa hal ini terjadi? Atas dasar apa mereka ini dihalang masuk ke Sarawak? Adakah mereka ini mencuri duit dari Sarawak? Adakah mereka ini telah porak-perandakan keamanan rakyat negeri Sarawak? Adakah mereka ini mengeji negeri Sarawak? Atau mereka ini terlalu hebat sehingga kerajaan negeri Sarawak tidak berani untuk membenarkan mereka masuk?

Kesemua persoalan diatas  terjawab  dengan sendirinya apabila kita melihat  fitnah –fitnah dan kekejaman serta penindasan dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan sewenangnya tanpa mempedulikan kebajikan rakyat .

Pulau Pinang , sebagai sejarah kekejaman , penindasan, fitnah dan skandal Mega DAP serta  penerimaan derma RM1.2 Billion dari Israel  dan yang terbaru  ialah Skandal Banglo dan Tanah Taman Manggis yang masih belum diambil tindakan oleh  SPRM.

Apakah rakyat Sarawak mahu perkara yang sama berlaku keatas rakyat Sarawak dahulu , baru mahu menyesal sebagaimana Melayu Pulau Pinang termakan slogan “UBAH” yang  mana dijanjikan dengan keadilan untuk semua  kaum oleh DAP yang kini menjadi malapetaka bagi orang Melayu dan India di Pulau Pinang.

Tindakan Adenan Satim adalah satu tindakan yang tepat untuk menjaga keselamatan rakyat Sarawak dari dizalimi , ditindas serta menjaga keharmonian dari unsur fitnah yang berlaku. Adenan sedar bahayanya fitnah pembangkang sebagaimana dilakukan di semenanjung.

Memang benar kerajaan negeri Sarawak ada kuasa untuk membenarkan siapa boleh masuk ke sana, salah guna kuasa ini tidak patut berlaku. Apalagi kerajaan negeri tidak mahu mendedahkan nama-nama yang disenaraihitamkan. Itu semua hak hak kerajaan negeri.

Bagi kerajaan Sarawak , tindakan menghalang semua pemfitnah sekali gus untuk menghindarkan Sarawak dari kejian dan makian yang dilakukan oleh pembangkang seperti, hidup diatas pokok, bercawat, minum air longkang dan sebagainya. Semua ini menunjukkan sikap busuk hati mereka.

Jangan fikir  semua ahli politik DAP dapat duit derma RM1.2 bilion ,dapat hasil Skandal kehilangan RM2.0 billion  susulan “kesalahan Excel”, Hasil keuntungan megecat laluan basikal RM30juta dan keuntungan julan tanah tanah di Pulau Pinang.

Pemimpin Barisan Nasional, mereka adalah ahli politik, Tidak sepertimana ahli politik dari DAP. Semestinya, mereka yang perkauman yang tidak dibenarkan masuk. Bukankah mereka menggunakan slogan “We The Chinese”? Sudah pastinya dar i golongan chauvanis DAP.

Tok Nan sendiri pernah berkata bahawa beliau akan letak jawatan jika UMNO bertapak di Sarawak. Memang benar kenyataan Tok Nan , kerana hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh  bertapak di Sarawak. UMNO tidak perlu ini adalah kerana UMNO hanya sebuah parti gabungan yang tidak bertanding di mana mana PRU, PRN, dan PRK.

Bagaimana Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP selama beberapa penggal dan  berjanji  mengatasi permasalahan rumah mampu milik, masalah rakyat kaum lain? Bagaimana rakyat di “zalimi” oleh pihak DAP  selepasi pilihanraya? Hapuskan perkampungan Melayu, India, Warung, Chalet .

Persoalan saya yang terakhir, adakah ini yang diidamkan oleh rakyat Sarawak dengan memilih DAP dan PKR? Selamatkan Sarawak? Impian Sarawak? Orang Sarawak bercawat?  Orang Sarawak minum air longkang? Ini lah penghinaan kepada rakyat Sarawak? Masih mahu rakyat Sarawak menerima mereka dikalangan pembangkang?

 

Image | This entry was posted in Pembangkang Masih Ada Hati  Mahu Perintah Sarawak? and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s