Taktik DAP Di Sarawak Sama Seperti Janji Manis DAP di Pulau Pinang, Akhirnya Rakyat Di Zalimi


Oleh rmf

Dari sudut politik, demi rakyat Sarawak secara umumnya, penambahan kemenangan pihak kerajaan di beberapa lagi kerusi Sarawak mampu menganjak kedudukan pembangkang dari melakukan onar didalam negeri Sarawak disamping  untuk memikirkan semula bencana kekejaman yang dilakukan DAP di Pulau Pinang terhadap bangsa Melayu.

Barisan Nasional sekarang ini dibawah kepimpinan Adenan mengawal 25 kerusi Parlimen yang merupakan satu jumlah signifikan dalam menentukan hala tuju Sarawak dimasa akan datang. Penambahan kerusi untuk PRN Sarawak ditentukan oleh semua etnik yang bijak dalam memastikan Sarawak bukan mangsa kedua DAP dalam menguasai  segalanya nanti.

DAP dan PKR masing-masing telah memenangi 12 dan 3 kerusi DUN pada pilihan raya negeri 2011. Jika barisan nasional  boleh meraih kemenangan dan merampas sekurangnya 5 hingga 10 kerusi  sekurang rakyat Sarawak sudah dapat membenamkan sebuah parti yang mengamalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat iaitu parti dictator DAP.

Dengan penambahan yang dijangkakan mungkin DAP tidak dapat lagi bertahan untuk menghasut rakyat Sarawak dalam agenda harapan baru mereka untuk menipu rakyat Sarawak..

Oleh itu, kesediaan seluruh rakyat Sarawak untuk berpartisipasi dalam wacana lebih besar bertitik tolak dari pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Ini amat penting bagi Sarawak untuk terus mengorak langkah  kehadapan tanpa  ada halangan lagi dari sebuah parti yang mengamalkan kezaliman dan penindasan terus tidak berada di bumi Sarawak.

DAP dalam usaha membohongi rakyat Sarawak dengan memberikan tawaran baru untuk Sarawak. Persoalannya  mampukah tawaran baru untuk membawa perubahan terhadap rakyat biasa di Sarawak? Setelah apa yang dijanjikan oleh DAP di Pualu Pinang dan menafikan hak hak rakyat berbangsa Melayu dengan melakukan penindasan dan perkauman terlampau oleh DAP?

DAP dalam agenda untuk melakukan penurunan kuasa lebih luas kepada negeri sudah pastinya akan  melakukan salahguna kuasa dan dimanipulasi oleh kelompok elit berkuasa yang sedia ada jika DAP menguasai kerusi negeri Sarawak sebagaimana  penyingkiran dilakukan oleh DAP terhadap rakan sekutu sendiri di Pualau Pinang.

Tawaran baru DAP ini difahamkan hanyalah sebentuk slogan yang dicipta untuk Sarawak adalah bertujuan untuk meraih sokongan didalam pembohongan tersembunyi yang menjadi amalan DAP.

Sebagaimana biasa soal kemiskinan menjadi topic kepada  isu yang dibawa oleh DAP  dengan gah memperkatakan akan membawa perubahan jika dapat menguasai kerusi dalam PRN nanti. Pembelaan melalui janji manis DAP ini telah pun disuarakan pada PRU13 yang lalu sebelum mereka DAP menguasai Pulau Pinang. Namun apakah yang berlaku selepas kemenangan diperolehi?

DAP dalam menghasut rakyat Sarawak sudah pastinya akan memainkan isu GST yang  kini telah mula diterima oleh rakyat dengan  hasil GST tersebut telah digunakan  untuk pembangunan infrastruktur  semasa.

 Tentangan GST oleh DAP tidak relevan sama sekali untuk dibawa menjadi isu, Ini adalah kerana , jika DAP dan PKR sebagai penentang GST bagaimana pula didalam negeri pemerintahan mereka masih dilaksanakan GST dan mereka tidak memansuhkannya .

Royalti minyak juga akan menjadi isu serta kuasa autonomi yang sejak dulu dicanangkan oleh DAP terhadap rakyat Sarawak. Semua ini adalah taktikal politik DAP semata matanya. Perkara yang paling nyata ialah DAP serta kuncu mereka sedang “terliur” melihat hasil khazanah  dan hasil  perut bumi Sarawak untuk mereka ratah .

Hutan yang indah di Sarawak bakal  gondol, tanah adat atau warisan akan berkubur, semuanya akan menjadi mangsa DAP setelah kita melihat kezaliman serta kekejaman DAP lakukan terhadap alam sekitar serta pemusnahan warisan sejarah di Pulau Pinang.

Kepada rakyat Sarawak adalah wajar mempertahankan semua ini dari  kerakusan dan kezaliman serta kekejaman DAP dari masuk kebumi “Iban Tracker” yang mempunyai semangat pahlawan menentang komunis satu ketika dahulu.

Sudah pastinya talibarut dan darah aliran komunis dalam DAP tidak perlu ada  dibumi Kenyalang ini  dan seterusnya mempertahankan alam sekitar dan warisan agar ianya tidak hilang selamannya akibat sebuah parti yang tidak pernah tahu menghargai semua itu.

Image | This entry was posted in Akhirnya Rakyat Di Zalimi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s