Semua Kaum Di Sarawak  Menolak Penghinaan DAP Sebuah Parti yang Penindas Kaum Lain.


Oleh rmf

DAP kian tersesisih dari sokongan masyarakat  Sarawak berikutan dengan kesedaran  bahawa  DAP bukan sebvuah parti yanbg mampu membela kepentingan kebajikan dan  tidak mampu membawa kemajuan dan perubahan dalam negeri Sarawak yang terdiri dalam kepelbagaian etnik.

Penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap rakyat Sarawak tanpa rasa untuk menghormati. Adakah ini corak sebuah parti yang menjadi pilihan rakyat Sarawak. Secara peribadi saya katakan tidak.

Amat jelas dan nyata bahawa  DAP bertanding dalam negeri  Sarawak hanya berkisar kepada ingin menguasai apa yang ada  dan memanopoli khazanah yang amat bernilai untuk memperkayakan  krooni Chauvanis.

Kebajikan dan kemajuan yang dilaungkan hanya retorik politik semata mata. Amat mudah bagi sebuah parti politik yang sudah terkenal dengan kekejaman dan kwzaliman  dilakukan terhadap bangsa lain untuk mengatakan akan berbuat perubahan.

Rakyat Sarawak seharusnya  tidak melakukan kesilapan memilih dan terpengarug dengan cogankata “UBAH” dan  selama ini dilaungkan untuk medapatkan undi. “UBAH” hanya berkisar kepada  agenda DA{ untuk menguasai segalanya tanpa memperdulikan hal hal yang berkaitan dengan  kepentingan bangsa atau etnik di Sarawak.

Berpuluh tahun  p[erkataan membawa prubahan dilaungkan, sedar atau tidak, selama itu juga kita melihat tiada satu pun yang mampu dilakukan. Malahan DAP terus melakukan penindasan dan bersikap zalim terhadap semua pihak.

Hal ono dapat kita buktikan bagaimana sikap berat sebelah yang menjadiamalan DAP  melalui kenyataan yang dikeluarkan. Zairil sepatutnya turut membangkitkan mengenai dasar pentadbiran BN yang memberi kemajuan kepada orang Cina.

Tetapi sikap perkauman yang ada dalam diri pemimpin DAP sebagaimana biasa sudah pasti akan meyalahkan  pemerintah dalam setiap mundurnya satu  satu bangsa walaupun dalam pemerintahan mereka sendiri.

Zairil  berkata bahawa masalah Melayu Pulau Pinang itu masalah yang diwarisi daripada pemerintahan BN? Jika ini kenyataan beliau kenapa sekarang DAP telah memerintah di Pulalu Pinang , pinindasan dilakukan dan bukan  meningkatkan mutu sara hidup bagai kaum melayu disana.

Malah DAP terus menjadikan  orang Melayu “Lebih Mundur” dengan melakukan  pengusiran dan penindasan” yang terncang. Kenapa tidak lakukan perubahan apa yang dikatakan “Warisan Dari BN”  untuk membuktikan kepakaran mereka dalam  melakukan perubahan.

Begitu juga di Sarawak DAP acapkali memperkatakan  isu berkaitan dengan kemiskinan dan kemunduran , tetapi apakah  yang mampu mereka lakukan? Seharusnya rakyat Sarawak sedar dan amat sedar bahawa  setiap perkataan yang dihamburkan DAP hanya untuk mempermainkan rakyat Sarawak.

Masihkah kita ingat bahawa  pada satu ketika dahulu Bruno Manser, kononnya pejuang hak kaum Penan di Sarawak, bahawa masyarakat itu masih berpindah randah, memakai cawat dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Hal yang sama juga diwar warkan oleh DAP dalam menghasut dan menggunakan kemiskinan sebagai senjata untuk etnik  pendalaman menentang kerajaan sedia ada atas nama pembangunan dan perubahan.

Pada masa yang sama DAP juga yang dikenali sebagai sebuah parti penghancur dan pemusnah alam sekitar akan melakukan kemusnahan alam sekitar atas nama  pembangunan dan akan menghalau etnik   disana .

Kejayaan kaum Penan tidak pernah diceritakan oleh DAP , malah kemajuan serta  pencapaian kaum Penan juga tidak disebarkan.

Penan adalah salah satu kaum dalam kumpulan etnik Orang Ulu. Dengan usaha dan  bantuan serta peluang diberi oleh kerajaan BN, kehidupan masyarakat itu mula mengalami perubahan sehingga ada anak muda daripada masyarakat itu sudah berjaya menjejak kaki ke universiti.

Pencapaian hebat  Ketua Masyarakat Penan Sarawak, Datuk Temenggung Hasan Sui, disifatkan sebagai contoh orang Penan yang berjaya dan banyak lagi kemajuan serta pencapaian yang telah dikecapi oleh kaum Penan di Sarawak yang telah disembunyikan DAP.

Justeru itu, Kaum Penan dan kaum kaum lain di Sarawak mesti menolak sebuah parti yang bersifat pentingkan diri sendiri serta menolak kezaliman dan penindasan yang menjadi amalan politik perkauman mereka yang amat jelas.

 

Image | This entry was posted in Semua Kaum Di Sarawak  Menolak Penghinaan DAP Sebuah Parti yang Penindas Kaum Lain. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s