Kerajaan Telah Laksanakan Permodenan Rumah Panjang


Oleh rmf

Tanpa janji janji bulan dan bintang dan mencela pelbagai pihak, kerajaan terus membina sumbangan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat Sarawak  tidak kira berada dimana sekali pun.

Kerjaan terus menerjah setiap pelusuk mengkaji, serta melakukan plan pembangunan untuk semua .

Rumah Panjang adalah satu simbol yang gah  dibumi Sarawak,  seni bina tradisionalnya telah diubah bergaya modem dan bersesuaian de3ngan arus pembangunan semasa.

Pernah tak anda mendengar “Rumah Panjang”?Di sini saya ingin memberikan anda gambaran tentang Rumah Panjang ini.Dalam bidang arkeologi dan antropologi,  Rumah Panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang.

Beberapa keluarga akan tinggal bersama di Rumah Panjang ini. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya,tapi kini Rumah Panjang sudah mencapai tahap revolusi dimana Rumah Panjang Kini di bina dengan bahan binaan seperti kongkrit dan batu bata.

Jenis Rumah Panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.

Rumah Panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah banjir. Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh.

Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu .

Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah.

Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 30 bilik. Setiap rumah panjang mempunyai “ruai” iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu.

Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak “tuai rumah” yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan.

Di kampung tradisional Melayu, ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang

http://lyick81.blogspot.my/2012/03/rumah-panjang-sarawak.html

Image | This entry was posted in Kerajaan Telah Laksanakan Permodenan Rumah Panjang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s