Produk Makanan Halal Yang Terbaik , Sudah Pastinya Dari Felda.


Oleh rmf

Felda1

Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni.

Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia,

UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal.

Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak.

Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

Pembangunan seiring dengan kemajuan sahsiah diri masyarakatnya. Perlu diingat bahawa usaha menyedarkan konsep halal perlu diperluaskan lagi skopnya bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kita selaku masyarakat Islam perlu memperjelaskan isu halal ini kepada masyarakat bukan Islam.

Bertitik tolak atas kesedaran itu Felda secara totalnya berusaha gigih dalam memastikan pengeluaran produk makanan yang selamat dapat dihasilkan oleh Felda.Industri peprosesan makanan yang berasaskan keluaran Felda telah diwujudkan.

Bermula hasil penubuhan Kopreasi Felda, sehingga kini Felda telah mempunyai cabang perniagaan yang memasarkan makanan keluaran mereka di pasaran termasuk di hyper market. Jenama keluaran Felda yang tidak asing lagi sudah mendapat tempat dihati pengguna.

Saji satu jenama yang tidak asing lagi untuk pengguna Islam , dan apa yang lebih penting lagi ialah keluaran yang diyakini halal.

Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) kini telah memiliki hampit 300 cawangan di seluruh negara dan  memasarkan keluaran Felda.

felda

D’Mart atau Coop Mart dibawah syarikat  Felda Trading bukanlah nama asing dikalangan masyarakat Felda seluruh negara.D’Mart telah menjalani proses transformasi dengan  inovasi imej yang bersesuaian dengan model perniagaan runcit moden seperti planogram, susun atur dan konsep moden, kepelbagaian jenisan produk yang ditawarkan serta latihan intensif yang diberikan kepada kakitangan bersesuaian dengan perlaksanaan konsep peruncitan moden.

Dengan penglibatan D’Mart dalam Program Transformasi Kedai di bawah program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit Koperasi Malaysia), ia mampu memberikan impak dan meningkatkan keberkesanan jualan dan operasi harian.

Kini, Coop Mart juga nama yang cukup dekat dihati peneroka Felda apabila menawarkan harga murah termasuk barangan 1Malaysia. Lebih menarik, harga di kedai ini adalah lebih rendah berbanding kedai-kedai di bandar!

Pembeli yang memberi barang keperluan di Coop Mart akan memberi pulangan keuntungan kepada mereka (peneroka) semula selepas dikira hasil keuntungan koperasi setiap tahun.

Produk-produk keluaran Felda Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) seperti Saji Krimer Pekat, Marjerin Sri Pelangi, Marjerin Adela dan Saji Mayo akan mengambil tempat di rak-rak jualan Coop Mart Felda Sg. Koyan 2 dan Tersang 3.

Delima Oil Products Sdn Bhd  diasaskan pada tahun 2000 dan dimiliki Felda sepenuhnya, kini mengeluarkan minyak masak jenama Saji, Tiara dan Tiga Udang, Marjerin Seri Pelangi, minyak sapi, lelemak, lemak doh dan salut lemak bagi kegunaan pengguna dan industri.

Terbaharu, syarikat itu telah melancarkan empat perisa mi segera, susu pekat, susu cair dan mayonis di bawah jenama Saji. Bahkan, produk Delima bukan hanya dipasarkan di dalam negara tetapi juga di rantau ini.

Image | This entry was posted in Sudah Pastinya Dari Felda. and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s