DAP “mencintai Sarawak” Bermaksud DAP Terliur Lihat Hasil Bumi, Warisan Untuk Dilenyapkan Demi Kekayaan


Oleh rmf

pp

Ini lah yang dimaksudkan Nga Kor Ming “Mencintai Sarawak”

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, mengeluarkan ucapan, “ Mengapa kami dihalang mencintai Sarawak”  adalah ayat yang saya anggap perangkap  untuk rakyat Sarawak. Kita sedia maklum bahawa DAP TIDAK PERNAH  SAMA SEKALI MEMIKIRKAN HAL BERKAITAN KEPERLUAN  DAN KEBAJIKAN RAKYAT.

Ayat yang dikeluarkan oleh Nga Kor Ming itu hanya  berkisar kepada mencintai kekayaan hasil bumi yang ada di Sarawak untuk diratah , bukan untuk rakyat Sarawak akan tetapi hanya untuk tembolok DAP dan pemimpin mereka sahaja.

Cuba kita imbas adakah DAP pernah “mencintai menunaikan kebajikan dan keperluan rakyat Pulau Pinang?. Seharusnya rakyat Sarawak memikirkan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang agar ianya tidak terjadi di Sarawak.

Tindakan Ketua Menteri Adenan Satim menghalang kemasukan DAP di Sarawak adalah satu tindakan yang tepat. DAP yang terkenal dengan kerakusan merosakkan alam sekitar , Warisan budaya dan merampas apa yang mereka inginkan telah terbukti secara jelas di Pulalu Pinang.

Ucapan Nga Kor Ming itu hanya bersifat memujuk sebelum katung emas yang ada di Sarawak di robek seganasnya untuk mereka mengumpul harta sebagaimana di Pulau Pinang.

DAP sebuah parti yang bersifat ZALIM dan KEJAM terhadap etnik yang lain  tidak dapat dipisahkan. Mereka akan menghalau sesiapa juga yang tidak sealiran dengan mereka. Ini jelas terbukti apa yang sidah mereka lakukan  terhadap bangsa Melayu .

“Mencintai” ala DAP- Rampas , Roboh, Musnahkan

Cukup lah Pulau Pinang menjadi teladan agar rakyat Sarawak menolak  DAP dari bertapak di Sarawak. Rakyat Sarwak tentunya dapat melihat apa yang berlaku. Justeru itu, Sarawak ada cara sendiri dan DAP tidak diperlukan di Sarawak.

Tan Sri Adenan Satem, sedar tentang hal ini, tindakan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin DAP terhadap masyarakat Semenanjung menjadi  peringatan adan tindakan  menghalang pemimpin parti pembangkang dari memasuki Sarawak adalah amat tepat sekali  dan sekali gus mengurangkan fitnah yang akan dibuat oleh DAP.

“Adenan tidak mengamalkan diskriminasi dan ‘double standard’ dengan menyekat(pemimpin DAP  dari berkempen untuk pilihanraya negeri , tetapi demi keharmonian yang dikecapi sekarang di Sarawak ianya harus dikekalkan dengan budaya fitnah yang menjadi amalan DAP .

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping itu membuat kenyataan berkenaan sejurus selepas ditahan daripada memasuki negeri tersebut  setelah Kerajaan Negeri Sarawak melihat budaya fitnah dan menghuru harakan politik dengan kenyataan yang bersifat kebencian serta perkauman yang menjadi amalan DAP .

Dalam kenyataan yang sama, Nga Kor Ming seperti biasa amalannya akan  membidas tindakan Adenan yang terus-terusan yang dikatakan menyalahgunakan kuasa imigresen negeri untuk menghalang pemimpin parti pembangkang berkempen di sana menjelang pilihanraya negeri yang bakal bermula pada 7 Mei depan.

Tetapi Nga Kor Ming tidak pernah melihat bagaimana sikap kurang ajar mereka terhadap pemimpin dan rakyat di Semenanjung. Lihat sahaja  bagaimana rakusnbya mereka  mengondolkan hutan di Pulau Pinang, Kelantan dan menambak laut hanya kerana  mengejar kekayaan.

Seksyen 67 dalam Akta Imigresen jelas menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana pihak memasuki Sarawak atas tujuan aktiviti politik, Tetapi atas kuasa kerajaan negeri yang secara mutlak boleh menghalang mana mana individu yang berpotensi akan merosakkan keharmonian kaum di Sarawak.

Negitu juga tindakan Lim Guan Eng yang mana  menghalang mana mana negeri mencampuri urusan politik dalam negeri itu, Apakah Nga Kor Ming tidak melihat persamaan yang  dilakukan oleh DAP terhadap pemimpin yang mengkritik kerajaan negeri.

DAP dikatakan  datang ke Sarawak hanya kerana sayangkan Sarawak. Kecintaan yang dimaksudkan Nga Kor Ming ialah kecintaan DAP kepada hasil bumi, warisan dan akan menghancurkan apa yang ada demi kekayaan.

Rakyat Sarawak akan terbuang sebagaimana Melayu di Pulau Pinang.DAP sebuah parti yang  bersifat diktatorakan terus memujuk rakyat Sarawak mempercayai apa yang mereka katakana. Tetapi agenda disebalik kata kat itu adalah lebih KEJAM dari apa yang mereka katakan.

 Perbuatan Adenan tidak bertentangan dengan semangat demokrasi. Amat memalukan kepada Adenan apabila gagal menghalang individu yang bakal merosakkan Sarawak dan  bersesuaian  dengan Sarawak ada  caranya, maka DAP perlu sedar bahawa Rakyat Sarawak tidak memerlukan DAP.

Sehubungan itu, Adenan  menyeru semua rakyat Sarawak untuk bangkit dan membantah penyalahgunaan kuasa, fitnah, budaya adu domba yang menjadi amalan DAP seterusnya menjadikan Sarawak bumi Kenyalang  terus diperintah dengan budaya Sarawak yang unggul.

Rakyat Sarawak mesti menghentikan DAP  daripada terus menyalahgunakan kuasa. Jika tidak, tidak akan ada kedaulatan undang-undang dan hanya undang-undang rimba yang menjadi amalan DAP dan dapat dilihat apa yang berlaku di Pulau Pinang . Ia sangat berbahaya.

Image | This entry was posted in Warisan Untuk Dilenyapkan Demi Kekayaan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s