SPAD Telah Lakukan , Promosikan Diri Anda Sebagai Pengendali Teksi Terbaik


Oleh rmf

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mula beroperasi pada 2011, telah diamanahkan untuk menumpukan perhatian dan memperbaiki pengangkutan awam darat, iaitu termasuk industri teksi.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh SPAD untuk meningkatkan mutu perkhidmatan  teksi dalam negara ini. Usaha yang tidak pernah mengenal jemu, SPAD melalui beberapa cadangan terus mengolah tindakan agar pemandu teksi berubah kepada satu tahap  perkhidmatan yang membanggakan.

Penambahbaikan dilakukan sehinggakan SPAD telah mencadangkan mana mana pemandu teksi agar menukar kenderaan mereka kepada yang lebih sempurna dan terbaik.

Program transformasi dilakukan secara besar besaran, Langkah pertama yang dilakukan oleh SPAD ialah Program Teksi Rakyat 1Malaysia. Dalm program ini sebaganyak 76 ribu pemandu teksi telah menerima baucer untuk mengantikan tayar kepada yang baharu, bukan itu sahaja  pemandu teksi juga menerima Perlindungan Insurans Peribadi, pengecualian cukai jalan, subsidi tol sebanyak 50%, serta pengecualian cukai jualan dan eksais bagi pemilik lesen individu.

Mendengar rintihan pemandu teksi dan keperluan bagi menyemak semula kadar tambang teksi agar lebih bertepatan dengan kos operasi semasa, Suruhanjaya telah menjalankan sesi interaksi di seluruh negara bersama pemegang-pemegang kepentingan utama untuk mendapatkan input dan maklum balas dari orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri teksi terhadap pendekatan kajian kadar tambang teksi

Bukan itu sahaja, malah langkah kedua dilaksanakan untuk pemandu teksi dengan melaksanakan pengeluaran 1,000 lesen kepada pemandu individu yang layak. Mereka diberikan geran sebanyak RM5,000 dan pinjaman dengan kadar faedah 2% setahun bagi membeli kenderaan TEKS1M Proton Exora. Kini terdapat 1,750 TEKS1M yang sedang berkhidmat di jalan raya yang dilesenkan kepada individu dan pengendali yang layak

Jadi dengan transformasi yang dijalankan oleh SPAD adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Teksi dalam negara ini, apakah  ianya tidak membolehkan pengendali  berusaha lebih gigih lagi untuk meningkatkan pendapatan serta menjalankan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

Sebagai langkah tambahan untuk memperkemaskan lagi kemudahan perlanggan untuk menggunakan perkhidmatan teksi, SPAD juga telah melancarkan aplikasi  “Metee On”  yang mana pelanggan berhak untuk memilih perkhidmatan tekasi yang terbaik untuk mereka.

Bukan itu sahaja melalui Apps ini, pelanggan juga dapat menghantar  kamlum balas secdara terus kepada SPAD dan butiran pengendali teksi yang tidak mengamalkan budaya perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Persoalannya , mana mana tohmahan yang mengatakan bahawa kehadiran UBER dan Grabcar adalah ancaman kepada sumber pendapatan mereka, disatu sudut yang lain pula, pengendali harus melihat  dan mencerminkan diri mereka sendiri dari segi penampilan, kebersihan kenderaan serta  layanan pelanggan yang mereka amalkan.

Dalam mengendalikan perkhidmatan teksi , tidak timbul soal kuasa manopoli sesuatu perkhidmatan. Tetapi apakah yang kita lakukan untuk menarik minat pelanggan menggunakan perkhidmatan yang kita tawarkan.

Sebagai langkah tambahan pengendali, sebarkan app MeterOn kepada pelanggan, agar setiap pelangan akan tahu bagimana mereka dapat menghubungi pengendali teksi  dengan menggunakan app ini. Langkah ini juga telah diambil oleh UBER dan Grabcar yang mana mempromosikan diri mereka sebagai pengendali yang akan dapat  memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Jadi, kesimpulannya, SPAD telah melakukan segalanya untuk memastikan semua perkhidmatan teksi dalam negara ini menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menarik lebih banyak pelanggan menggunakan perkhidmatan  teksi,

Industri teksi masih lagi  komponen yang penting dalam sistem pengangkutan awam darat Malaysia, terutamanya dalam menyambungkan perjalanan orang awam, dengan memberikan pilihan mobiliti untuk jarak perjalanan awal dan terakhir.

Namun begitu, secara hakikatnya industri teksi negara masih lagi dianggap sebagai pengangkutan awam yang masih berdepan dengan isu-isu yang membelenggunya sejak berdekad lamanya.

Oleh kerana isu-isu berlarutan dan berserpihan itu, maka masalah-masalah tersebut tidak dapat diselesaikan badan-badan yang diberikan tanggungjawab bagi mengawal selia perkara-perkara berkaitan industri teksi.

Mengorak langkah ke hadapan, SPAD sedang berusaha keras di dalam menyelaraskan perkhidmatan teksi dengan melakukan perubahan-perubahan yang amat penting. Ini termasuk mencadangkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Langkah pertama yang perlu diambil adalah mewujudkan satu kaedah penyampaian yang lebih baik bagi memberikan manfaat kepada pengguna tetapi masih adil kepada pemandu, pengendali dan peserta baru di dalam pasaran.

Tidak perlu salahkan sesiapa tetapi menghargai apa yang telah dilakukan oleh SPAD untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dalam negara ini dengan kesedaran pengendali sendiri dalam mempromosikan diri mereka se4bagai saorang pengendali yang hebat di mata pelanggan.

Untuk merungkai kesemuanya bukan satu perkara yang mudah, Kerjasama serta nasihat dan cadangan  yang diberikan harus diterima dengan  fikiran yang berwawasan  dan pada masa yang sama Suruhanjaya tetap bertekad dalam usaha untuk mencapai dan menaikkan taraf pengangkutan awam darat di Malaysia.

 

Image | This entry was posted in Promosikan Diri Anda Sebagai Pengendali Teksi Terbaik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s