Daging Ayam McDonald’s Melalui Proses Keselamatan Makanan Yang Ketat sebelum Di Bekalkan


oleh rmf

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lawatan demi lawatan dan serta  berkenalan dengan kakitangan kilang peprosesan  bahan  mentah sehingga keperingkat lawatan kedalam kilang dan melihat sendiri cara pemprosesan  dilakukan.

Semua ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap tohmahan yang dilemparkan adalah hanya khabar angin dan bukan kejadian yang sebenarnya.

Breeder Farm House

Lawatan ke pusat penghasilan roti burger, pusat penghasilan daging burger, penyediaan makanan di premis McDonald’s  sehingga lah baru baru ini satu lawatan dilakukan di Dindings Poultry Processing Sdn Bhd, yang bertanggungjawab  menyediakan daging ayam untuk kegunaan McDonald’s.

Untuk membuktikan semua itu, beberapa siri lawatan telah dilakukan keatas kilang atau pusat pemprosesan  makanan dilakukan. Dari pusat penyediaan burger, roti hingga ke pusat pemprosesan ayam yang teletak di Lumut Perak.

Sebelum ini berbagai fitnah dan tohmahan yang diterima oleh McdOnald’s  dalam industry penyediaan makanan cepat saji dalam negara ini. Dari fitnah yang mengatakan makanan yang berasaskan daging ayam, burger yang tidak halal hingga lah kepada isu”maching gift”  yang mana semua usaha tersebut untuk menjatuhkan prestasi McDonald’s.

DSC02291

Diyakini dengan tidak syak lagi bahawa McDonald’s adalah satu syarikat yang bertanggung jawab dalam isu keselamatan makanan. Dari bahan mentah sehingga keperingkat penyediaan makanan , semuanya dilalui dengan pematuhan syarat yang termat ketat yang telah ditetapkan oleh McDonald’s.

Jaminan kesegaran makanan yang ditawarkan bukan sekadar dimuka iklan semata mata, tetapi ianya adalah produk yang ternyata amat terbaik dan telah melalui proses keselamatan makanan yang terbaik.

Dari ladang, pusat penyembelihan ke kilang pemprosesan, kesemuanya dipantau dengan rapi untuk memastikan pematuhan halal seperti yang ditetapkan oleh badan-badan berkuasa tempatan. Ini termasuk polisi kilang pembuat makanan ternakan untuk memastikan tiada nutrisi dari sumber haiwan dalam penyediaan makanan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dindings Poultry Processing Sdn Bhd telah mengambil langkah langkah wajib dan perlu dipatuhi adalah salah satu prosedur yang menjadi amalan  dikilang pengeluaran produk McDonald’s bagi memastikan tahap pencemaran  tidak berlaku sama sekali. “Satandard Of Procedure” atau SOP  yang telah ditetapkan oleh Kementerian kesihatan, Jakim dan  prosedur antarabangsa merupakan langkah langkah yang mana tidak boleh dikompromi sam sekali.

Dindings Poultry Processing Sdn Bhd adalah yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan penghasilan produk makanan mentah yang dihasilkan  untuk Mcdonald’s  adalah yang terbaik dan  mencapai SOP yang ditetapkan.

Kilang pemprosesan yang menjalankan aktiviti seperti penyembelihan dan pembersihan diuruskan oleh DPP sementara aktiviti ternakan pula dikendalikan oleh Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPDC).

Melalui lawatan tersebut, apa yang didapati ialah, Tugas pengesahan halal  dalam proses melakukan penyembelihan ini tidak boleh hanya bergantung kepada kepakaran dari golongan syariah semata-mata tetapi perlu melibatkan kepakaran dari bidang lain seperti teknologi makanan, kimia, dan veterinar.alat yang digunakan serta patuh syariah.

DSC02278

Bukan itu sahaja, McDonald’s telah menetapkan langkah langkah yang perlu dipatuhi oleh pengendali makanan. Diantara satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.

Secara am  Dindings Poultry Processing Sdn Bhd  dari segi kebersihan dan keselamatan makanan, antara perkara-perkara yang perlu diambil kira ialah kebersihan bahan mentah, pengendalian makanan yang bersih, kebersihan pengendali makanan, premis yang bersih dan selamat, keperluan kesihatan asas yang mencukupi, suasana premis makanan yang bersih dan sesuai serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.

Diantara langkah langkah yang diambil dan menjadi perkara mesti buat ialah:-

  1. Kebersihan dan kesegaran bahan mentah.
  2. Pengendalian makanan yang bersih.
  3. Kebersihan diri pengendali makanan.
  4. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
  5. Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
  6. Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
  7. Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.

Semua pengendali makanan hendaklah menjalani pemeriksaan perubatan setiap tahun oleh pegawai perubatan yang berdaftar dan mendapat vaksinasi mengikut keperluan peraturan terkini.

Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan. Pakaian khas lengkap digunakan serta prosedur kesihatan diri dipastikan berada didalam keadaan 100% sihat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pengendali  makanan perlu mengekalkan kebersihan diri yang tinggi dan di mana perlu, memakai pakaian pelindung yang bersih dan sesuai, penutup kepala, sarung tangan, penutup mulut (mask) dan kasut.

Secara jelasnya bahawa amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) tersebut ialah  mengamalkan  langkah-langkah universal yang mengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat.

Dengan demikian tidak dapat dinafikan lagi bahawa penghasilan makanan McDonald’s yang dilaksakan oleh  Dindings Poultry Processing Sdn Bhd telah menjalankan satu proses amalan keselamatan makanan yang ketat dan diyakini terbaik dari mutu, kebersihannya dan halal dimakan oleh semua pelanggan.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyediaan daging burger serta lain lain makanan McDonald’s di Malaysia adalah dipantau rapi oleh JAKIM bagai memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan ayam segar McDonald’s dengan penuh yakin.

Kebersihan , Kualiti dan  segalanya amat dititik beratkan untuk memastikan pelanggan McDonald’s mendapat yang terbaik. Sudah Pastinya dari McDonald’s

McD product

 

Image | This entry was posted in Daging Ayam McDonald’s Melalui Proses Keselamatan Makanan Yang Ketat sebelum Di Bekalkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s