MCA Terus Memberikan Komitmen Tertinggi Dalam Membantu Calon PRN Sarawak


Oleh rmf

Kerjasama erat yang ditunjukkan oleh komponen Barisan Nasional dalam menjalankan tanggung jawab politik bagi memastikan kemenangan akan dapat dicapai di PRN Sarawak yang bakal diadakan  tidak lama lagi.

MCA melihat sebagai sebuah parti yang terbesar dalam komponen BN seharusnya  ada bersama  untuk bergerak melancarkan kempen  untuk memastikan kemenangan. Kempen yang sihat yang telah menjadi amalan MCA sepanjang politik  bersama UMNO adalah merupakan tunjang kepada kekuatan perpaduan.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam satu sidang media yang telah diadakan Putrajaua menyifatkan bahawa MCA bersedia dalam apa juga keadaan membantu untuk kemenangan BN pada PRN 11 Negeri Sarwak.

Jentera MCA akan dikerah tanpa mengira masa untuk bersama dengan komponen parti BN yang lain dan berkempen untuk kemenangan BN dalam pilihanraya Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam apa juga pilihanraya samada  Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Negeri atau pun Pilihanraya Umum, adalah menjadi tanggungjawab MCA untuk bekerja keras memastikan gerak kerja yang diatur berjalan mengikuta agenda kempen.

Sebagaimana sebelum ini, MCA sentiasa bersiap sedia dengan jentera parti dan akan bersedia bila bila masa untuk dikerahkan kemana mana kawasan pilihanraya demi memastikan cal;on yang bertanding dari BN akan mencapai kemenangan.

“MCA hadir sebagai sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding di Sarawak. Itu memang tanggungjawab kita untuk membantu rakan-rakan dalam BN untuk menang dalam pilihanraya.

“Presiden parti, saya, menteri-menteri dan timbalan menteri dari MCA akan turun ke sana. Kita akan jadi kuli,” katanya berseloroh.

Secara kasarnya perkataan “kuli” yang deimaksudkan itu merujuk kepada kesungguhan jentera dari MCA  dihantar kemana mana sahaja kawasan untuk mengembeling tenaga , membantu serta  menunjukkan kesungguhan jentera dari MCA menghadapi suasana kempen yang berlainan cara.

Perpaduan dan kekuatan hubungan diantara keseluruhan parti komponen BN  merupakan kunci kekuatan yang sukar untuk dipecahkan oleh pihak pembangkang. Komponen yang sedia ada  sentiasa berganding bahu untuk menepis fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan.

Untuk ketika ini , pembangkang sedang menghadapi masalah dan mempertikaikan kedudukan kerusi yang dipertandingkan. Disini sahaja kita melihat bahawa kesefahaman yang dilihat selama ini hanya lah retorik untuk mengaburi mata rakyat.

Dalam megeluas keduduakan dan tindakan kerajaan Sarawak  tidak membenarkan beberapa individu masuk kedalam  negeri itu adalah satu tindakan bukan bidang kuasa kerajaan persekutuan. Tindakan tersebut diambil oleh kerajaan negeri apabila memikirkan keselamatan dan langkah langkah perlu yang seharusnya diambil.

Sola demokrasi atau tidak bukan hak negeri lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Sarawak dalam larangan  membenarkan beberapa individu masuk ke negeri itu. Isu ini sengaja dimainkan oleh  pembangkang dan menjadikan ianya satu isu hangat.

Pembangkang dalam hal yang demikian seakan  melupakan kuasa kuasa yang ada  kerajaan negeri dalam mengambil tindkan tersebut.

Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pastinya mempunyai sebab kukuh kenapa sesetengah individu dilarang daripada menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang itu.

Bukan pemimpin pembangkang sahaja, pemimpin atau aktivis dikalangan penyokong Barisan Nasional juga mengalami nasib sama. Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau kecenderungan politik dalam melaksanakan larangan memasuki negeri itu.

Sepertimana yang dijelaskan Adenan sebelum ini, tindakan larangan memasuki Sarawak yang dikenakan kepada sesetengah individu itu dibuat bagi memastikan perjalanan dan proses PRN11 dapat berjalan lancar.

Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan 11 April lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kemudiannya mengumumkan 7 Mei sebagai tarikh mengundi di PRN11 Sarawak. Sementara penamaan calon pada 25 April dan undi awal 3 Mei ini.

Image | This entry was posted in MCA Terus Memberikan Komitmen Tertinggi Dalam Membantu Calon PRN Sarawak and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s