Pemandu Teksi Mesti Pulihkan Imej Serta Tingkat Mutu Perkhidmatan


Oleh rmf

Apakah yang ingin pelanggan lihat jika menggunakan perkhidmatan teksi, perkara pertama ialah melihat kebersihan teksi itu sendiri dan sikap prihatin pemandu disamping menjaga kebersihan  dalam kereta dan diri pemandu itu sendiri.Pemerhatian luar ini, sudah sukup digunakan sebagai satu daya tarikan untuk mendaptkan pelanggan. Cepat, tepat dan  tidak menipu pelanggan dengan menyelusuri jalan yang jauh untuk ke destinasi.

Memberi perkhidmatan, satu perkara yang paling utama dan dititikberatkan ialah mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Memberi perkhidmatan yang terbaik adalah satu kemestian untuk mendapat kepercayaan dan memberi kesan yang besar dalam usaha memenangi hati pelanggan.

Dalam kemelut yang berlaku dan dilemma yang dihadapi oleh pemandu teksi ialah mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan hati pelanggan. Rata rata  pelanggan banyak membuat pilihan untuk tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang mempamerkan sikap sambil lewa dalam memenangi hati pelanggan.

Sebenarnya, isu perkhidmatan teksi negara yang kurang memuaskan bukanlah suatu perkara baharu di Malaysia malah isu berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian konkrit.

Terlalu banyak rugutan yang diterima sama ada daripada penduduk tempatan mahupun pelancong asing rata-rata menyifatkan sikap pemandu teksi yang kurang sopan, kualiti teksi yang kurang bersih dan kecenderungan untuk memilih laluan mereka ketika membawa penumpang.

Setiap pelanggan sepatutnya diberikan layanan yang sebaiknya oleh pemandu teksi sebaliknya diberikan kata dua dan sikap kurang hormat pemandu. Cukup menghairankan, mengapakah pemandu teksi yang merupakan barisan hadapan dalam mempromosikan negara di mata dunia, boleh berkelakuan sedemikian?

Menerajui bidang perkhidmatan sikap proakirif selalunya diamalkan, teguran dan kritikan pengguna diambil sebagai satu pendekatan untuk melakukan penambah baikan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Justeru itu ramai yang berpendapat bahawa pemandu teksi dalam negara ini atau pun persatuan teksi seharusnya mengambil pendekatan yang lebih drastik dan mengamalkan sikap budaya saing secara sihat dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Dalam hal yang sedemikian, pemandu teksi  tidak perlu  menyalahkan pihak lain kerana kelemahan dan kesilapan diri sendiri.  Secara tidak langsungnya para pemandu teksi sepatutnya membuat kajian strategik melalui perbincangan persatuan bagi mengatasi setiap rungutan dan kelemahan  sedia ada dan memperbaikinya serta  menjadikannya satu cabaran  untuk mereka meningkatkan mutu perkhidmatan dan  bersaing dengan  perkhidmatan Uber dan Grabcar.

Tetapi jika mereka melihat isu ini dari sedut perspektif yang sempit, dan tidak mahu meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada, maka sikap menyalahkan orang lain  akan berlaku. Sampai bila pun  mutu perkhidmatan teksi  tidak dapat dipertingkatkan dimasa masa akan datang.

Perkhidmatan yang ditawarkan mereka adalah sama seperti perkhidmatan teksi biasa lain, cumanya yang membezakan antara perkhidmatan teksi biasa dengan Uber dan GrabCar ialah daripada aspek kualiti perkhidmatan yang diberikan, kepantasan dan sikap profesionalisme mereka.

Pengguna mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan yang dirasakan memenuhi citarasa dan kehendak mereka dan bukannya dipaksa menggunakan khidmat dan sikap buruk  oleh sikap segelintir pemandu teksi sebegini.

Sudah tiba masanya isu mutu perkhidmatan teksi negara ditangani sebelum ianya menjadi lebih teruk sekaligus merosakkan imej Malaysia di persada antarabangsa. Kita sedia maklum bahawa perkhidmatan yang terbaik dengan sikap pemandu yang terbaik menjadi pilihan pengguna.

Justeru itu, adalah diharapkan  kepada semua pemandu teksi agar dapat mengubah mutu perkhidmatan kepada yang terbaik dan mampu meningkatkan budaya saing dengan perkhidmatan yang sama dengan mereka.

Dasar keterbukaan dalam menawarkan perkhidmatan sudah pasti  yang terbaik akan menjadi pilihan utama pelanggan.Bersih, kemas, mesra pelanggan sekali gus akan menarik minat pelanggan untuk menggunakan kihdmat yang ditawarkan.

Jalan terbaik keseluruhan pemandu teksi terus meningkatkan usaha untuk memberikan keyakinan perkhidmatan terhadap pelanggan disamping menngunakan aplikasi Meter On yang diperkenalkan oleh SPAD untuk memudahkan pemandu teksi mendapatkan pelanggan.

Sikap semula jadi manusia , setiap perkhidmatan yang mereka mahukan seharusnya yang memberikan keselesaan kepada  mereka. Peningkatan pelanggan  menggunakan khidmat Uber dan Grabcar adalah kerana keselesaan dan ketepatan masa dan tidak  menghadapi banyak penipuan yang dilakukan oleh sebilangan pemandu teksi yang menipu pelanggan.

Bekerja lah  dengan berhemah dan memberikan perkhidmatan tanpa memilih  destinasi pelanggan. Itu satu perkara yang perlu diambil berat dalam memastikan tiada ruang yang dikatakan menindas pemandu teksi jika segalanya dilakukan dengan baik.

Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk. Begitulah halnya dalam isu pemandu teksi yang kebelakangan ini tercalar imej kerana sikap buruk segelintir rakan-rakan mereka.

Jadi tak perlulah pemandu teksi  diseluruh negara  menjadikan Uber dan Grabcar sebagai alasan untuk dikatakan dianiaya dan menutup periuk nasi. Sebenarnya pelanggan melihat ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan diberikan.

Justeru itu seluruh pemandu teksi mesti berani berhadapan dengan budaya persaingan sihat dalam memberikan perkhidmatan. Bukan  dengan cara mengadakan demontrasi yang hanya merugikan diri sendiri.

Amat diharapkan agar perkhidmatan teksi dalam negara ini dapat dipertingkatkan secara beransur ansur dan memulihkan imej yang telah tercalar dek sebilangan daripada sikap rakan mereka yang lain.

Terus mempamerkan nilai nilai murni dan  terus memandu  dengan penuh berhemah tanpa ada lasan dan memenuhi permintaan pelanggan tanpa alasan.

Image | This entry was posted in Pemandu Teksi Mesti Pulihkan Imej Serta Tingkat Mutu Perkhidmatan dan Mengamalkan Budaya Saing Yang Sihat and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s