Kenaikan Kadar Kemalangan Amat membimbangkan, Langkah Pencegahan Perlu Dilaksanakan – Liow


Oleh rmf

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk .

Kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun (2014) berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya.

Sebanyak  489,606 rakyat negara kita terlibat dengan kemalangan dijalan raya  dari jumlah itu 6,706 dari mereka temui ajal . (2015)

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan awam telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku akibat kelajuan.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun.

Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik yang melibatkan penggunaan kamera dalam usaha menambah baik dan meningkatkan penguatkuasaan di kawasan mudah berlaku kemalangan.

Penggunaan kamera automatik, ini menambah satu lagi langkah, dalam senarai langkah yang telah dilaksanakan selama ini. Ini tidak dapat mengubah dengan signifikan sikap pemandu kerana, pertama punca utama kemalangan di Malaysia ialah ‘tidak mahir memandu’.

Ops Sikap melibatkan kos yang tinggi dan sumber manusia yang banyak. Sikap pemandu masih tidak berubah. Pemandu berdisiplin bukan kerana kesedaran, tetapi kerana mereka sedang diperhatikan oleh penguat kuasa undang-undang jalan raya.

Penggunaan kamera automatik kaedah yang berkesan untuk mengesan pemandu memandu melebihi had kelajuan. Bukti imej sah di mahkamah. Pihak berwajib perlu membangunkan suatu sistem pangkalan data yang besar, sentiasa di kemas kini, dan sistem penghantaran saman yang cekap dan boleh dipercayai.

Bahagian penghantaran saman perlu kuat, kalau tidak data dan imej akan bertimbun-timbun, dan ada orang yang akan disaman dan ada pula yang terlepas atau lewat dihantar saman. Ini akan menjemput rungutan orang ramai tentang ketidakcekapan dan ketidakadilan.

Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai berkata semalam bahawa dalam mesyuarat task force kabinet berkenaan keselamatan jalanraya berpendapat sesuatu perlu dilakukan, kata Datuk Liow.

4 langkah penting akan dilaksanakan untuk mengekang kadar peningkatan  kemalangan dan kecelakaan di jalanraya.

Antara 4 perkara yang dimaksudkan adalah mengujudkan Automated Awareness Safety System dan Sistem pemotongan markah Kejara.

Selain itu menjadikan satu standard persamaan dalam maksima berat kenderaan yang dibenarkan.

Mesyuarat berkenaan isu ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Zahid Hamidi.

Turut dibentangkan dalam mesyuarat keselamatan jalan raya ini adalah module pelajaran keselamatan jalanraya, yang bakal diperkenalkan nanti.

Menurut Datuk Seri Liow badan khas keselamatan jalanraya  (Task Force) juga dipersembahkan dengan statistik keselamatan ketika musim perayaan.

Liow berharap penguna jalan raya agar lebih berhati hati, selain bertanggung jawap.

 “Badan Task force kabinet ini tidak akan berjaya untuk mencapai matlamat nya jika rakyat dan badan bukan kerajaan tidak sama memainkan peranannya dalam hal ini” kata Liow.

Image | This entry was posted in Langkah Pencegahan Perlu Dilaksanakan - Liow and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s