Perlaksanaan Yuran Baru  DCA akan dilaksanakan secara berperingkat- Liow


Oleh rmf

Pelbagai subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan kepada setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat.

Subsidi adalah bertujuan untuk mengurangkan beban pembayaran  asal kepada rakyat dan ianya bertujuan untuk memastikan rakyat dapat menggunakan, menikmati apa yang ditawarkan dengan mudah.

Pelbagai subsidi termasuk yuran pengajian sekali pun, kerajaan menawarkannya kepada rakyat. Sekian lamanya subsidi ditawarkan sehingga ianya seakan menjadi susuatu yang wajib dan tidak boleh diubah dan dikaji lagi.

Setiap perubahan dan penarikan subsidi telah menjadi bala kepada kerajaan apabila ianya dibuat kajian semula. Sedangkan ianya hanya  bersifat sementara sahaja sementara menunggu  pendapatan rakyat dalam negara ini mengukuh.

DCA tidak terlepas untuk melakukan kajian semula kenaikan  yuran yang tidak pernah dibuat kajiannya sejak tahun 70an lagi. Kajian semula yuran DCA telah dilihat sebagai satu tindakan yang terbaik dan ianya tidak membebankan.

Industri penerbangan dalam negara ini telah disubsidikan  oleh serajaan sejak tahun 1970an lagi. Sekian lama bergantung kepada subsidi dari kerajaan , Pada hari ini satu kenaikan melalui kajian telah dibuat terhadap yuran yang dikenakan oleh DCA.

Kenaikan sangat perlu kerana ANFC sebagai pemberi khidmat laluan udara tidak pernah menaikan atau pun kenaikan nya dikaji dan dirombak sudah selama 40 tahun.

“Kenaikan yuran baru oleh DCA (JPA) akan tetap dilaksanakan tetapi akan dilakukan secara berperingkat dan jumlah maksima yang akan dinaikan tidak akan melebihi sekali ganda” kata Datuk Seri Liow Tiong Lai

Bukan itu sahaja , perlulah diingatkan bahawa  bayaran pengeluaran sijil pengendalian udara ( Certificate of Airworthiness) juga tidak pernah dikaji semenjak tahun 1996.

Setiap kos yang terlibat dalam pengeluaran sijil yang yuran semuanya telah diberikan subsidi oleh pihak kerajaan. Amalan ini bukan bersifat kekal , malah kerajaan juga harus menumpukan kepada perkara yang lain  untuk disubsidikan.

Maka dengan ini ia sangat berkeperluan untuk dikaji semula, kata Liow yang juga Menteri Pengangkutan. Perbincangan dengan pemain industri penerbangan dan pihak berkepentingan tetap terus di adakan dengan diterajui oleh pihak DCA.

Adalah sangat diharap dari perbincangan ini sesuatu yang baik dari segi pendapat yang konstruktif dan sihat akan didapati yang menguntungkan ekosistem penerbangan.

 “Saya telah mengarahkan pihak DCA untuk menyediakan rancangan dan pelan yang komprehensif untuk yuran masa depan dan kos untuk yang akan di implementasi secara berperingkat demi memastikan usaha ini dapat menyebabkan negara dapat bersaing secara kompetitif dengan negara jiran” kata Datuk Seri Liow.

Datuk Liow berpendapat dengan peningkatan perkhidmatan dan infrastruktur DCA ini akan membawa faedah dari segi efesiensi dan juga pentadbiran yang efektif untuk sektor penerbangan negara.

Sambil itu ia juga dapat memperkukuhkan standard penerbangan antarabangsa Malaysia.

Pada dasarnya kenaikan baru sepatut bermula beberapa hari lalu  atas sebab kerja audit yang akan dilakukan oleh ICAO bulan depan , namun setelah perbincangan dengan pemain industri pada Selasa lalu , ia telah dipersetujui bahawa impolementasi charge baru oleh DCA akan dilaknsanakan secara berperingkat.

Keputusan kenaikan dilaksanakan secara berperingkat ini diputuskan kerana didapati  penggendali penerbangan mendapati kenaikan itu terlalu cepat dan mendadak . Ini juga dapat menghindari kenaikan harga tiket penerbangan seperti yang dispekulasikan.

Harus diketahui DCA juga memberi tahu sekurang kurangnya 1,100 pesawat berlegar di ruang udara sekitar KLIA setiap hari.

Image | This entry was posted in Perlaksanaan Yuran Baru  DCA akan dilaksanakan secara berperingkat- Liow and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s