Perkhidmatan Paling Teruk -Pemandu dan Teksi Di Malaysia Tersenarai Carta Pertama Di Dunia


Oleh rmf

Didalam satu laman web menyebut berkaitan pemandu teksi dan teksi yang paling teruk didunia telah jatuh kepada  Pemandu teksi Malaysia. Jangan salahkan orang lain, lihat siapakah memberikan perkhidmatan terbaik.

“Drivers from Kuala Lumpur are well known for overcharging clients and detouring. Even though they are supposed to charge by the meter, many drivers refuse from doing so. The best advice is to simply wait for another vehicle if the driver resists from using the taximeter. Cars in Kuala Lumpur can often be rather old and in poor conditionhttp://www.londoncabs.co.uk/10-countries-with-the-worst-taxi-drivers/

Ini adalah kajian perkhidmatan teksi yang ditawarkan kepada mereka. Justeru itu pemandu teksi di Malaysia seharusnya berubah dan tidak melatah jika ada diantara pengguna menggunakan perkhidmatan UBER dan Grabcar.

Setelah membaca beberapa artikel yanbg berkaitan dengan perkhidmatan teksi diserata dunia serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka kepada pelanggan , adalah amat membanggakan bagi mereka yang mempunyai teksi disana yang mana berlumba –lumba  menawarkan perkhidmatan yang terbaik.

Budaya persaiangan sihat dijalankan dengan  sikap ramah mesra dan mencuri hati pelanggan agar terus menggunakan perkhidmatan teksi . Pengetahuan tentang  keadaan sesuatu tempat perlancungan, memenuhi permintaan pelanggan dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan, bahawa dimana mana sahaja terdapatnya golongan kontra dalam sesebuah kumpulan, begitu juga dengan perkhidmatan teksi. Ada diantara  pemandu teksi ini tanpa segan dan silunya tidak peka dengan perubahan disekelilingnya.

Sikap kurang ajar, pemeras terhadap pelanggan  telah memburukkan perkhidmatan industry teksi dimana mana juga. Golongan ini pada kebiasaan nya akan meyalahkan orang lain dalam menutup kesilapan  yang mereka lakukan.

Fakta ini tidak dapat disangkal lagi. Untuk menghadapi persaiangan dan dengan sikap yang ada dalam diri mereka pada kebiasaannya menjurus kepada penentangan terhadap orang lain.

Pada bulan November 2015, kita telah dikejutkan dengan tindakan sebilangan dari pemandu teksi yang telah mengadakan demontrasi sebagai bantahan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh UBER dan Grabcar.

Mereka dikatakan telah melebelkan  UBER dan Grabcar ini sebagai kumpulan yang  menutup periuk nasi mereka. Seharusnya ianya tidak berlaku demikian. Dalam demontrasi tersebut Pengerusi SPAD telah diminta meletakkan jawatan susulan wujudnya perkhidmatan UBER dan Grabcar ini.

Dari sudut yang lain pula apa yang saya lihat ialah, sikap  menolak persaingan dalam perkhidmatan teksi ini sehingga mengadakan demontrasi  adalah disebabkan untuk menjadi kuasa manopoli dalam industry ini.

Kuasa manopoli yang diharapkan oleh kumpulan pendemo ini akan menjurus kepada beberapa perkara yang kurang baik kita dengari pada masa akan datang. SPAD mesti terus wujud sebagai satu Suruhanjaya yang mengawal  serta memikirkan kaedah kaedah terbaik dalam melakukan penambahbaikan industry teksi dalam negara ini.

Sikap  menolak budaya saing dan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta menjadikan teksi sebagai suber pendapatan  utama tidak pernah diendahkan oleh sebilangan daripada pemilik teksi. Ada diantara mereka yang mempunyai permit teksi sendiri telahn meyewakannya kepada orang lain dengan bayaran bulanan.

Pendapatan hasil permit sahaja mereka terima, malah penyewa permit tersebut  lebih mewah pendapatan dari empunya teksi. Ini adalah sikap. Untuk berusaha dengan lebih rajin lagi mereka tidak mampu, mana mungkin mereka dapat menerima persaiangan.

Rata-rata rungutan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu teksi, khususnya di Lembah Kelang sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Walaupun untuk menyedapkan hati, dikatakan hanya segelintir pemandu teksi sahaja yang berkelakuan mencekik darah,

Tetapi hakikatnya, kes-kes perkhidmatan tidak memuaskan, keadaan teksi yang amat teruk serta harga tambang tidak mengikut meter adalah isu besar yang sehingga ke hari ini gagal ditangani oleh pihak berkuasa.

Didalam sebuah teksi yang saya naiki semasa  di Kuala Lumpur, menceritakan bahawa sebilangan dari pemandu teksi bersifat samseng dan tidak berhati perut dan ianya memburukkan lagi pandangan pelancong dalang perkhidmatan teksi yang ditawarkan.

Ianya sekali gus menjejaskan nama baik pemain industry perkhidmatan teksi yang lain. Teksi di Malaysia, khususnya Lembah Kelang sudah terkenal seantero dunia sebagai perkhidmatan yang paling teruk selain mencekik darah, hal ini amat ditakuti oleh pengguna apabila ingin menggunakan perkhidmatan teksi.

Perkhidmatan teksi seperti ini  perlu ditamatkan serta-merta. Kajian serta tindakan pembersihan perlu dilakukan memandangkan terdapat terlalu banyak kes membabitkan pemandu teksi jenis ini.

Inilah golongan yang paling ke hadapan membabitkan imej negara, dan mereka inilah yang terlebih awal mengotorkan imej negara di mata pelancong asing.

. (RUJUK SINI).

Image | This entry was posted in Perkhidmatan Paling Teruk -Pemandu dan Teksi Di Malaysia Tersenarai Carta Pertama Di Dunia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s