Khidmat Komuniti – McDonald’s Jadikan Ecah Anak Angkat dan  Biayai Sepenuhnya Perbelanjaan Pelajaran Hingga Tamat.


Oleh rmf

Siti Nuraisyah Syahrin (tengah) menunjukkan borang biasiswa RMHC

Siti Nuraisyah Syahrin (tengah) menunjukkan borang biasiswa RMHC Malaysia sambil diperhatikan ahli keluarganya di premis McDonalds Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, semalam. -Utusan

Masyarakat prihatin dan penyayang adalah  konsep kehidupan yang telah lama diterapkan oleh kerajaan kepada warganegaranya dalam membentuk sahsiah  dan nilai murni yang dijadikan asas kepada kehidupan berbilang kaum dalam negara ini.

Keprihatinan dan mengamalkan kehidupan saling bantu membantu   bukan sahaja dikalangan individu malah ianya dilaksanakan oleh badan badan koporat untuk mencurahkan khdmat kepada komuniti dan  pihak yang memerlukan.

Sikap keprihatinan  warganegara Malaysia bukan sahaja  meyumbang didalam negara malahan  ianya turut meyumbang kepada negara luar. Ini telah terbukti dengan penyertaan rakyat Malaysia  di misi misi kemanusian di luar negara.

McDonald’s sebagai sebuah syarikat yang berkembang pesat dalam negara ini tidak ketinggalan dalam menyalurkan sumbangan kepada masyarakat dalam negara ini. Berbagai  usaha dilakukan oleh McDonald’s  untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Diantara usaha yang dilakukan ialah Ronald McDonald House Charities (RMHC) ke-25 di Malaysia, sebuah rumah banglo yang terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras.

Rumah ini disediakan oleh McDonald’s adalah bertujuan sebagai penginapan sementara  ibu bapa yang menunggu pesakit di HUKM. Ini merupakan salah satu sumbangan McDonald’s dalam usaha  kebajikan mereka  untuk rakyat Malaysia.

Baru baru ini, McDonald’s telah mengambil keputusan untuk menjadikan  Siti Nuraisyah Syahrin, 13, atau lebih mesra dengan panggilan Ecah sebagai anak angkat McDonald’s setelah adik ini terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan kakinya putus digilis lori pasir.

Melihat penderitaan adik Ecah ini McDonald’s melalui persatuan Kebajikan Ronald McDonalds (RMHC) Malaysia. Ecah akan diberikan biasiswa pembelajaran berjumlah RM5,000 untuk pembiayaan pelajarannya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Jurucakap McDonalds Malaysia berkata, sebagai motivasi kepada Ecah, syarikat itu turut me­nyumbang wang tunai berjumlah RM2,000, buku-buku rujukan dan ulang kaji bernilai RM300 serta baucar tunai McDonalds untuk setahun bernilai RM400.

“Wang tunai akan dimasukkan ke dalam akuan bank Ecah manakala buku rujukan dan baucar tunai kita serahkan kepada Ecah dalam majlis ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pertemuan itu juga, anak gadis itu turut dirai dalam satu majlis bersempena kepulangannya ke Sabak Bernam yang dihadiri oleh kira-kira 40 orang rakan-rakannya, ahli keluarga, guru dan kakitangan McDonalds Sungai Besar.

Sementara itu, jurucakap Mcdonalds berkata, majlis berkenaan adalah untuk meraikan kepulangan Ecah ke rumahnya dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat.

“Kita rasa gembira melihat Ecah sudah sihat dan ceria menjalani rutin kehidupannya sekarang. Diharap majlis yang diadakan hari ini dapat memberi dorongan dan semangat kepada Ecah untuk lebih yakin menempuh hari-hari mendatang,” katanya.

Dalam pada itu, Ecah turut me­lahirkan rasa syukur dan terharu di atas sokongan moral yang diberikan pihak McDonalds Malaysia dan RMHC.

“Sokongan moral yang saya terima menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya dan terus maju ke hadapan. Keyakinan saya juga semakin bertambah. Nampaknya, saya tidak keseorangan dalam menempuh hari-hari mendatang,” katanya.

Image | This entry was posted in Khidmat Komuniti - McDonald’s Jadikan Ecah Anak Angkat dan  Biayai Sepenuhnya Perbelanjaan Pelajaran  Hingga Tamat. and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s