Hebat !!! Gempak Keluarga Felda Catat 24 Ribu Orang Pengunjung


Oleh rmf

IMG-20160416-WA0043

Felda dalam kepelbagaian usaha untuk bersama dengan rakyat peneroka telah berusaha menganjurkan pelbagai program yang memberikan manfaat kepada  generasi Felda dalam pelbagai sudut. Ianya bukan sahaja berbentuk ilmiah malah memikirkan hubungan keluarga sesama anggota peneroka Felda.

Berkonsepkan Salam Muzik, GKF menampilkan sedikit kelainan daripada program karnival hiburan biasa apabila menjadikan program berbentuk kerohanian sebagai asas intipati aktiviti.  Keutaaman adalah aktiviti berbentuk kekeluargaan yang sesuai untuk semua lapisan umur

Gempak Keluarga Felda (GKF) adalah program koloborasi Kumpulan Felda dan Astro bagi siri jelajah kesepuluh lokasi utama rancangan Felda.  Ini merupakan siri jelajah Kumpulan Felda bersama beberapa entiti dibawahnya untuk menjayakan program berbentuk karnival.

IMG-20160416-WA0033

Turut membanggakan apabila Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Ehsanuddin B. Haji Mohd Harun Narrashid bersama tokoh kepimpinan turut bersama memeriahkan program dan beramah mesra bersama pengunjung program.

Selain menjadikan GKF sebagai platform menjalankan tanggungjawab sosial Kumpulan Felda, matlamat utama penganjuran program ini adalah bagi mendekatkan kepimpinan kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti yang disusun sepanjang karnival berlangsung.

Anak Syarikat Kumpulan Felda juga berpeluang mempromosi dan membuat jualan produk keluaran Felda secara terus kepada pengguna. Kaunter Penerangan Jabatan FELDA dibuka sepanjang Program GKF bagi peneroka khususnya danpenduduk setempat amnya membuat pertanyaan atau aduan dan sebolehnya untuk diselesaikan segera.

Berbagai acara dan aktiviti dijalankan dalam program Gempak Keluarga Felda  yang mana  telah menarik  pengunjung seramai 24 ribu orang yang  turut memeriahkan GKF yang ke 9 pada kali ini.

IMG-20160416-WA0015 IMG-20160416-WA0016 IMG-20160416-WA0034

KENYATAAN AKHBAR
PROGRAM GEMPAK KELUARGA FELDA

FELDA Lok Heng Barat, Johor Bharu– Sabtu, 16 April 2016: Setelah kejayaan yang  begitu menggalakkan di setiap 8 lokasi Program Gempak Keluarga FELDA (GKF), kini lokasi ke-9, adalah di Felda Lok Heng Barat, Wilayah Johor Bharu.

Program ini yang sejak mulanya memfokuskan supaya menjadi platform dalam menjalankantanggungjawab sosial Kumpulan Felda, juga bermatlamat untuk mendekatkan kepimpinan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang

Program ini, selain menyediakan pengisian yang bermanfaat seisi keluarga seperti persembahan hiburan, ceramah agama, sesi beramah mesra bersama kepimpinan

Kumpulan FELDA dan kepimpinan masyarakat, juga membuka peluang kepada anak syarikat FELDA mempromosikan dan mengadakan jualan produk pasaran FELDA secara langsung kepada pengguna.

FELDA turut membuka Kaunter Penerangan Jabatan di sepanjang Program Gempak Keluarga FELDA bagi memudahkan peneroka dan pengunjung membuat pertanyaan dan berkongsi permasalahan terus kepada pegawai yang berkaitan. Kaunter ini yang merupakan inisiatif FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti, mengharapkan segala permasalahan peneroka dapat diselesaikan dan disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Beberapa kelainan turut disediakan sepanjang Program Gempak Keluarga FELDA di Wilayah Johor Bharu, di mana terdapat acara kesukanan telah dianjurkan seawal jam 7.30 pagi sehingga waktu kemuncak perasmian.

Turut membanggakan apabila Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Ehsanuddin B. Haji Mohd Harun Narrashid bersama tokoh kepimpinan turut bersama memeriahkan program dan beramah mesra bersama pengunjung program.

Tepat jam 5.00 petang, majlis perasmian berlangsung dengan ucapan aluan dari Ahli Parlimen Kota Tinggi diikuti dengan ucapan dari YBhg. Dato’ Zakaria Arshad, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holding Berhad.

Program ini juga memberi peluang kepada semua peneroka dan pengunjung untuk mendengar sendiri ucapan dari YB Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Mohd Isa B. Dato’ Hj Abdul Samad, Pengerusi FELDA dari dan sekaligus merasmikan

Pengunjung program ini turut disajikan dengan program hiburan bersama artis–artis terkemuka.  Pada sebelah malam pula acara ‘Santai Rohani’ bersama penceramah jemputan turut diadakan. Tidak ketinggalan, beberapa siri cabutan bertuah akan dilakukan di sepanjang program bagi menarik pengunjung untuk menyertai acara yang telah disediakan.

Program berbentuk komuniti ini dilihat telah membantu merapatkan lagi hubungan antara kepimpinan dan peneroka khususnya dan penduduk sekitar amnya. Adalah dijangka program kemuncak GKF ini akan menjadi lebih baik dan pelbagai pengisian akan disediakan untuk semua pengunjung.

Image | This entry was posted in Hebat !!! Gempak Keluarga Felda Catat 24 Ribu Orang Pengunjung and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s