Lawatan Ke Kilang Pemprosesan Ayam McDonald’s, Dindings Poultry Processing Sdn Bhd- Ciri Keselamatan Makanan Terbaik.


Oleh rmf

McDonald’s dalam usaha setiap tindakan patuh syariah terus melakukan pematuhan syarat yang ditetapkan oleh pihak JAKIM dalam mengeluarkan produk yang mempunyai standard yang tinggi serta tahap kebersihan pusat  mengeluar produk bahan mentahnya.

Dalam  penyediaan makanan semua produk yang dijual di rangkaian restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti keselamatan makanan yang tinggi  serta mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Untuk meyakinkan banyak pihak beberapa siri lawatan ke pusat pemerosesan produk McDonald’s telah dilakukan untuk memberikan keyakinan dan melihat sendiri proses  banhan mentah yang digunakan oleh McDonald’s diproses.

Pematuhan syarat yang ditetapkan Jakim dalam memastikan setiap produk dijalan Halal dan keselamatan makanan  terjamin untuk diberikan kepada rakyat Malaysia.

Baru baru ini satu  lawatan ke kilang Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) telah dilakukan, bersama ini saya kongsikan pengalaman rakan kami yang telah menyertai lawatan ke kilang pemerosesan ayam untuk kegunaan McDonald’s.

Berikuta adalah pengalaman lawatan yang telah dilakukan untuk kita kongsi bersama.

Kami tertarik ingin kongsikan pengalaman tersebut kepada pembaca..tidak sangka, McDonald’s mempunyai kilang khas menternak dan memproses ayam sebelum dipasarkan ke restoran-restoran McDonald’s di negara kita..Kilang DPP terletak di Sitiawan, Perak…

Apa yang menariknya di sini, kilang ini menggunakan teknologi moden sepenuh dari penternakan sehingga penyembelihan yang mana mematuhi hukum syarak dan halal..

Pusat ternakan di DPP ini dilengkap dengan teknologi canggih yang mana dinding-dinding bangunan mempunyai kipas bag memastikan suhu dalam reban kekal pada sekitar 25-29 darjah celcius. Udara di dalam pusat ternakan ini sentiasa ditukar ganti setiap masa…ia menunjukkan betapa telitinya DPP mempastikan setiap ekor ayam yang diternah sihat dengan sempurna..dibawah ini kami kongsikan gambar-gambar di pusat ternakan DPP.

DSC02278

Untuk memasuki kilang DPP, semua pelawat perlu meninggalkan barang-barang logam dan memakai pakaian yang dikhaskan..sebelum itu, pelawat perlu mencuci tangan..kesihatan pelawat turut dititik beratkan..jikalau pelawat sakit, dia tidak akan dbenarkan masuk..setiap pergerakan pelawat akan dipantau dengan ketat supaya pelawat sentiasa peka dengan  undang-undang yang telah ditetapkan…

Undang-undang terhadap pelawat adalah sama di tempat ternakan dan penyembelihan..suasana di tempat penyembelihan memang teramat bersih..rakan kami yang mengalami sendiri pengalaman langsung di DPP menceritakan dia tidak langsung bau ayam, darah mahupun najis ayam seperti mana yang kita selalu bau di kedai-kedai jual ayam sembelih..di DPP semuanya dipantau agar sentiasa bersih.

Dipusat penyembelihan ini (gambar atas), hanya 18 orang pekerja sahaja yang berkhidmat untuk menyembeli di kliang DPP ini.18 orang pekerja ini akan dipecahkan mengikut 5 orang satu kumpulan..setiap kumpulan bekerja akan menyembelih sekitar 3,500 ekor ayam..selepas selesai 3,500 ekor..mereka akan bertukar syif lima orang lagi untuk mengambil alih tugasan..setiap hari purata,

18 orang penyembelih ini akan menyembelih lingkungan 80,000-85,000 ekor ayam..betapa banyaknya ayam perlu diuruskan.jika tidak betul-betul, pasti akan menghadapi masalah baik dari segi kebersihan mahupun kelancaran operasi..

Setiap penyembelih bukan dipilih bekerja suka-suka..DPP perlu mempastikan mereka ini mempunyai kelayakan sijil untuk menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri agar penyembelih mematuhi syarat penyebelihan mengikut syarak…

Menariknya, Jabatan Agama Islam negeri kerap melakukan pemeriksaan mengejut untuk memantau operasi penyediaan ayam mentah ini..bagus juga langkah yang diambil Jabatan Agama Islam ni..tidak memberi tahu tiba-tiba lakukan spodcheck..jika operasi tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pasti sudah lama Kilang DPP ini akan menghadapi masalah untuk beroperasi..

Untuk pengetahuan pembaca, pisau yang digunakan oleh penyembelih juga akan diganti setiap enam bulan bagi mengawal kualiti pisau yang digunakan..dari, ternah hingga penyedia semuanya dilakukan dengan terkawal dan dipantau rapi..jika beginilah operasi kilang Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP), tidak hairanlah mengapa kilang ini diberi kepercayaan sejak 2012 lagi untuk menguruskan ayam segar…

Image | This entry was posted in Dindings Poultry Processing Sdn Bhd- Ciri Keselamatan Makanan Terbaik. and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s