Perlaksanaan Sistem VEP Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini- Liow


Oleh rmf

Kelicikan sindiket klon kenderaan yang memasuki negara ini telah menyebabkan negara kerugian kira-kira RM30 juta pada tahun ini kerana sindiket berjaya mengelak daripada membayar cukai dan turut memalsukan dokumen kenderaan.

Melalui operasi yang dijalan sebanyak 371 kenderaan pelbagai yang diklon telah disita sejak November 2014 hingga November 2015  dengan dua anggota sindiket berjaya ditahan. Penguatkuasaan berterusan akan dilakukan untuk memastikan kenderaan klon tidak menapak dalam negara ini.

JPJ juga telah mengintegrasikan sistem jabatan itu dengan semua syarikat insurans di negara ini bermula Jun 2015 lepas kerana mendapati ada sebilangan pekerja insurans turut berkomplot dengan sindiket kenderaan klon.

Hasil integrasi dengan syarikat insurans ini,  pihak kerajaan melalui JPJ dijangkakan akan dapat menutup ruang yang membolehkan sindiket ini terus beroperasi , bukan itu sahaja  pihak JPJ juga akan mengadakan kerja sama dengan SPRM bagi membendung kegiatan rasuah yang berlaku dimana mana pihak yang mana menyebabkan sendikit ini  daripada terus berleluasa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa Permit Masuk Kenderaan bagi kenderaan luar negara akan dilaksanakan pada tahun ini.Ia merupakan satu petanda baik untuk memastikan beberapa masalah kenderaan asing di negara kita dapat diselesaikan..

Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk kenderaan asing yang masuk ke Malaysia akan dilaksanakan pada tahun ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kereta klon yang banyak menjalar dijalanraya di Malaysia terutama di Johor.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem itu akan diperkenalkan dalam masa terdekat tetapi tiada tarikh sebenar ditetapkan memandangkan ‘butiran akhir sedang diusahakan’.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa “The Belt and Road Initiative: The China-Asean Relations” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, Sabtu.

Setelah nanti pelaksanaan VEP dilaksanakan maka setiap kenderaan yang masuk ke Malaysia akan didaftarkan dan sebarang saman akan direkodkan.Ini adalah merupakan satu langkah yang amat baik dilakukan kerajaan bagi membasmi sendikit kereta klon yang amat membahayakan pemandu kerana sekali gus ianya tidak dilindungi insuran.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Johor dan Singapura menyambut baik cadangan mengenakan VEP ini. serta memalumkan bahawa sistem VEP ini dapat dilaksanakan pada seawal Jun tahun ini.

Mempercepatkan pelaksanaan VEP ini perlu dilakukan dengan segera memandangkan cadangan ini sudah banyak kali tertangguh sekali gus ianya  memberi kebaikan kepada negara dalam usaha membasmi kesalahan jalan raya oleh kenderaan negara luar.

Image | This entry was posted in Perlaksanaan Sistem VEP Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini- Liow and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s