TAWARAN BARU DAP Untuk SARAWAK – Sudahkah Rakyat Sarawak Bersedia Menghadapi MALAPETAKA KEZALIMAN DAP?


Oleh rmf

aaa

Tawaran Baru untuk Sarawak – Itu lah kata DAP sebelum mendapat kuasa, tawaran demi tawaran yang akan diberikan kepada rakyat sesabuah negeri untuk meraih sokongan. DAP terkenal sebagai sebuah parti yang memutar belit kata kata dan janji akan melakukan apa sahaja untuk kuasa politik.

Rakyat Sarawak tidak seharusnya terpengaruh dengan apa yang diperkatakan dijanjikan. Lihat sahaja bagaimana orang Melayu di Pulau Pinang ditipu hidup hidup oleh DAP dengan berbagai janji dibuat sebelum PRU13.

Berbagai janji termasuk bantuan warga emas yang hanya sekali diberikan itu pun didalam tokong. Setiap pemberian yang dibuat oalh DAP , natijahnya ialah sebuah negeri akan hancur dikerjakan oleh mereka. DAP sebuah parti yang dikenali sebagai sebuah parti perosak dan pemusnah alam sekitar yang amat dasyat.

Seharusnya rakyat Sarawak tidak akan terpengaruh dengan apa yang dijanjikan terutama bila mereka bercakap mengenai hasil bumi, tanah adat dan juga bantuan. JANGAN PERCAYA DAP sama sekali. Cukup Pulau Pinang menjadi saksi KEZALIMAN DAP terhadap rakyat dalam Malaysia.

Kini DAP sedang menjanjikan penurunan kuasa kepada rakyat Sarawak. Penurunan kuasa itu adalah salah satu taktikal dimana apabila mereka dapat memenangi kerusi Sarawak sekali gus kuasa memilih itu adalah hak rakyat Sarawak akan tetapi pernah atau tidak  rakyat Sarawak terfikir bahawa penutus  keputusan itu datangnya dari yang memegang kuasa tersebut ialah  mana mana parti yang mmemenangi kerusi pilihanraya Negeri Sarawak?

Jadi apakah akan berlaku? Rakyat Sarawak akan ditipu dan akan dipaksa bersetuju dengan apa juga keputusan dibuat oleh DAP pada masa itu. Kajian prilaku dan ideology DAP seharusnya dibuat untuk memastikan setiap sokongan akan memberikan impak yang terbaik untuk rakyat Sarawak. TETAPI BUKAN PARTI DAP.

DAP memperkatakan tentang percukaian, Kesihatan perbandaran dan lain lain yang mana semuanya melibatkan kuasa pemutus hak keputusan. TIDAK BENAR sama sekali DAP mampu melakukannya.

Cuba kita imbas apakah yang sedang dilakukan DAP terhadap Pulalu Pinang pada masa ini terhadap rakyat , semua tindakan dibuat, semua keputusan dibuat hanya kepentingan bangsa DAP sahaja. DAP dalam sejarah perjuangan mereka tiada ada satupun tindakan yang mementingkan nasib rakyat.

Pilihan raya 2016 negeri Sarawak bakal menyaksikan penzahiran peningkatan kebencian di kalangan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan  DAP di bawah pimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mana sememangnya dikenali sebagai kepimpinan Diktator yang amat kejam dalam Malaysia.

Pada kali ini  DAP sedang menghasut dan menjanjikan  penurunan kuasa kepada negeri dalam bidang pendidikan, kesihatan, polisi perbandaran, pengangkutan, disokong oleh perkongsian cukai yang lebih tinggi antara kerajaan persekutuan dan Sarawak (mengambil kira 50 peratus cukai pendapatan yang dikutip oleh negeri diberikan kepada negeri)

Diantara baris ayat diatas, kajian harus dibuat, cuba lihat pada baris ayat  “penurunan kuasa kepada negeri” apakh maksud ayat ini? Bukan kah ianya bermaksud “Memberikan kuasa pemutus kepada kerusi majoriti membuat keputusan” – Jika DAP memenangi- Maka bersiap sedialah rakyat Sarawak untuk berhadapan dengan MALAPETAKA YANG AKAN DIBUAT OLEH DAP.

Tidaklah terlalu sukar difahami, kebanyakan rakyat Sarawak TELAH MELIHAT KEKEJAMAN DAP  terhadap rakyat Pulau Pinang . DAP sebagai subuah pati yang  sememangnya dikenali sebagai kerajaan yang  memerah cukai serta hasil sumber bumi yang berharga dari Pulau Pinang. Lihat sahaja mana bahagin Pulau Pinang yang satu ketika dahulu cukup hijau dihadapan mata kini hilang sekelip mata.

Kemudian DAP akan menggunakan tanah yang dihapuskan kehijauannya atau warisannya dan digunakan untuk projek-projek mewah yang menelan belanja tidak masuk akal, sedangkan rakyat  Pulau Pinang  terus kekal hidup dalam kesengsaraan, kemiskinan dan pembangunan negeri yang amat perlahan dan pembangunan rancak untuk golongan yang kaya raya. Ini kah TAWARAN BARU untuk rakyat Sarawak.

Meskipun BN tidak popular, Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib dengan begitu cermat berterusan menjaga struktur kuasa yang berpusat di Sarawak tanpa menyentuh isu berkaitan tanah adat dan terus melakukan pembangunan yang dirancang.

Kerajaan BN memiliki keazaman politik untuk memikirkan semula bagaimanakah kuasa yang lebih luas dapat diturunkan kepada negeri bagi menggalakkan penyertaan rakyat dalam merangka dasar-dasar awam dalam kerangka yang lebih demokratik. Hal ini hakikatnya mampu mengukuhkan Sarawak dan mengelakkan isu pemisahan melibatkan Semenanjung Malaysia dan negeri di kepulauan Borneo ini.

Perkara ini telah pun dilakukan secara beransur ansur oleh Putrajaya dan telah dilaksanakan oleh KM Sarawak untuk membangunkan Sarawak dengan acuan Kenyalang. Apakah DAP mampu lakukan sedangkan negeri sebesar Pulau Pinang hampir hancur DENGAN SKANDAL MEGA DAP yang pada kebanyakannya menyusahkan rakyat Pulalu Pinang kecuali bangsa DAP.

Kepada Rakyat Sarawak apa juga TAWARAN BARU, yang diperkatakan DAP semua itu adalah pembohongan. Tolak DAP sebuah parti yang amat Diktator, kejam dan zalim terhadap rakyat harus dibuat secara total.

CUKUP PULAU PINANG sebagai fakta jelas keangkuhan dan kezaliman DAP. DAP bukan parti yang mampu mensejahterakan rakyat malah DAP sebuah paerti yang akan memusnahkan apa sahaj asalkan menjadi wang dan menghasilkan keuntungan.

Image | This entry was posted in TAWARAN BARU DAP Untuk SARAWAK - Sudahkah Rakyat Sarawak Bersedia Menghadapi MALAPETAKA KEZALIMAN DAP? and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s