DCA Gantung Sementara Operasi Rayani Air


Oleh rmf

Bersama promosi besar-besaran Rayani Air sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang telah menggunakan kaedah Patuh Syariah yang pertama diperkenalkan dalam sistem penerbangan tambang murah dalam negara ini.

Sambutan pada peringkat awalnya amat mengalakan dengan konsep yang diperkenalkan dan rata rata dikalangan penumpang amat  selesa dengan penerapan nilai patuh syariah yang dibuat secara menyeluruh dalam kepelbagaian aspek termasuk makanan.

Hari ini, syarikat penerbangan tersebut sedang menghadapi masalah paling sukar dimana syarikat ini dikatakan terpaksa mengantungkan operasi mereka dengan alasan untuk melakukan penstrukturan semula organisasi syarikat tersebut.

Rayani Air sebuah syarikat penerbangan tambang murah kini telah beroperasi selama 4 bulan sedang berhadapan dengan masalah dimana terpaksa menangguhkan beberpa siri penerbangan susulan tindakan juruterbang pesawat telah melancarkan mogok disebabkan masalah dalaman.

Susulan tindakan juruterbang tersebut, Rayani Air terpaksa menangguhkan beberapa penerbangan dan menyebabkan kerugian operasi berlaku. Kegagalan Rayani Air melunaskan gaji para juruterbang telah menyebabkan tindakan mogok dilancarkan.

DCA dalam satu surat yang telah dihantar kepada syarikat penerbangan tambang murah ini telah mengantungkan  operasi sementara berikutan permasalahan dalaman  yang dihadapi oleh syarikat penerbangan Rayani Air.

Pengantungan ini ekoran kegagalan Rayani Air memenuhi syarat DCA..Rayani tidak dibenarkan untuk menggantung perkhidmatan mereka sendiri tanpa sebarang permohonan..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melahirkan rasa kesal dengan syarikat Rayani yang menggantung operasi mereka sendiri tanpa permohonan kepada DCA..

Liow turut kesal kerana kegagalan Rayani untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Tindakan Rayani mengantungkan operasi penerbangan  tambang murah sedikit sebanyak telah menjejaskan prestasi syarikat tersebut.

Kekerapan penangguhan operasi adalah sesuatu tindakan yang bakal menyebabkan kepercayaan pelangan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rayani Air terjejas. Untuk memingkatkan semula kepercayaan ini  ianya memerlukan perbelanjaan promosi .

Ketetapatan konsep patuh syariah yang menjadi  tagline Rayani Air adalah bertepatan dan masalah yang sedang dihadapi sekarang dalam membayar gaji juruterbang seharusnya diselesaikan dengan segera. Perjalanan masih panjang Rayani Air mungkin dalam masa terdekat akan dapat meyelesaikan masalah yang tinbul dan memulakan operasi seperti sediakala.

Perkhidmatan yang berkualiti seharusnya diteruskan dan kebajikan pekerja adalah keutamaan , ini merupakan kunci kejayaan Rayani Air untuk terus terbang jauh dimasa akan datang.

Image | This entry was posted in DCA Gantung Sementara Operasi Rayani Air and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s