Yang Klasik !! Yang Hangat !! Yang Gempak !! Sudah Pastinya Dari McDonald’s Yang DiJamin Halal.


Oleh rmf

gempak

Penguasaan bidang perniagaan adalah bergantung kepada berapa luasnya produk pasaran yang dipasarkan .  Pemasaran dilakukan dalam beberapa kaedah promosi yang dijalankan dengan berstrategi untuk menarik pengguna kepada hasil produk.

McDonald’s  dalam kepelbagaian usaha pemasaran dan mempromosikan produk dan jenama terus menerus mengambil peluang yang disediakan dan menyertai pelbagai program yang menjurus kearah  peningkatan pemasaran  untuk masa akan datang.

Dalam usaha memperluaskan sasaran pengguna, McDonald’s dengan penuh yakin dengan hasil produk  dan perkhidmatan yang ditawarkan kini  bergerak seiring dengan syarikat syarikat yang lain telah mengambil bahagian dalam pameran MIHAS yang telah berlangsung baru baru ini.

Bukan setakat itu sahaja, promosi dijalankan melalui media cetak, media elektronik dijalankan seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Pengiktirafan terhadap kumpulan kerna yang  sentiasa memperkenalkan dan mempromosikan produk tidak dilupakan.

e79937e1-e88e-474c-bab6-d8094d2ed397

McDonald Malaysia menganjurkan malam penghargaan media di McDonald Mutiara Damansara pada Selasa April 5, 2016.Kumpulan media dalam kepelbagaian bidang telah diraikan oleh McDonald’s disamping menghargai kerja yang telah dilakukan demi mempopularkan produk McDonald’s.

Pada malam tersebut, McDonald’s dengan penuh megah dan bangganya telah memperkenalkan produk yang cukup membuat peminat makanan cepat saji  teruja untuk mencubanya. Cukup hebat!!

Ringkas, Beraroma,  “yang klasik” tetap klasik, bahang terasa hangat sudah tentunya yang menyajikan kehangatan “yang hangat” berbisa, Gempaq !!! digrill sempurna dengan aroma yang menikam jiwa, sudah pastinya “yang Gempaq”bergrill produk keluaran tiga rasa terulung McDonald’s.

Pada malam penghargaan tersebut McDonald’s  mempamerkan burger ayam ikonik McDonald dengan tafsiran yang unik. McDonald dipaparkan ‘Yang Klasik!’ – McChicken yang dijual, ‘Yang Hangat!’ – Spicy

Yang Klasik’!McChicken diberi jolokan klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Antara menu burger paling awal diperkenalkan, ia sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut,  ditambah pula salad dan juga mayonis.

‘Yang Hangat’!McDonald’s turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular, tak lain tak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe! Rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera!

‘Yang Gempak’!Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? Peminat GCB jangan gusar lagi, GCB kini kembali dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam  yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga!

Semua produk berasaskan daging ayam terbaik dan dijamin halal  dan disahkan oleh pihak pemantauan dalaman McDonald’s  dan JAKIM sudah pastinya peminat makanan cepat saji dalam negara ini memilih MCDonald’s sebagai pilihan utama yang mementingkan kesegaran produk makanan secapt saji yang segar dan terbaik.

McDonald’s adalah di antara jenama terkemuka di lebih 36,000 lokasi seluruh dunia dengan kira-kira 69 juta pelanggan di lebih 100 negara setiap hari. Di Malaysia, McDonald’s telah bertapak sejak tahun 1982 lagi dan terus kekal sebagai pilihan utama rakyat tempatan. Dengan lebih 30 tahun pengalaman,

McDonald’s sentiasa berusaha memperkenalkan pelbagai konsep baru bagi memikat hati pelanggan menerusi seluruh cawangan restorannya di seluruh negara.

Adakah anda masih ingat saat pertama kali anda berkunjung ke McDonald’s? Ataupun kenangan menikmati hidangan McDonald’s pertama anda? Keriangan zaman kanak-kanak dan membesar bersama McDonald’s semestinya menggamit memori indah. Sesungguhnya, keseronokan dan kepuasan tak mengenal usia.

Kalau dahulu, tiada telefon pintar untuk berkongsi saat-saat indah bersama, tetapi kini tidak lagi. Dengan dunia tanpa sempadan, pastikan anda bersiap sedia dengan kamera dan telefon pintar di tangan sebab tak lama lagi anda akan menghadiri satu sesi reunion bersama rakan-rakan!

Teristimewa untuk anda, McDonald’s membawakan satu sesi makeover khas untuk kesemua koleksi burger ayam yang ada – McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB. Tiga kegemaran, tiga pengalaman unik.

Semestinya konsep terbaru yang bakal diketengahkan oleh McDonald’s memberikan anda lebih keseronokan dan kepuasan!

Image | This entry was posted in Yang Klasik !! Yang Hangat !! Yang Gempak !! Sudah Pastinya Dari McDonald’s Yang DiJamin Halal. and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s