SPAD Lakukan Penyelarasan dan Penyusunan semula BNR (Bas  Henti Henti) Bagi Koridor Sungai Besi


Oleh rmf

Banyak kajian yang telah dijalankan  dalam beberapa negara maju  menunjukkan bahawa perlaburan dalam memajukan pengangkutan awam memberikan kesan yang signifikin kepada kemajuan dan perkembangan ekonbomi sesabuah negara.

Pertumbuhan ekonomi berkait rapat dengan sitem pengangkutan yang tersedia  dan membolehkan kelancaran  urusniaga berjalan denbagan lancar. Dari sudut lainnya pula pengangkutan yang baik akan menjurus kepada penghapusan kemiskinan luar Bandar.

Atas kesedaran itu  SPAD sentiasa berusaha dalam melakukan penambahbaikan infrastruktur , pengurusan serta melihat kelemahan yang sedia ada  dilaluan laluan yang sedang beroperasi atau menguwujudkan operasi baru.

Justeru itu, beberapa kelemahan yang telah dapat dikesan oleh SPAD dalam melakukan penambahbaikn laluan  dan melakukan penyusunan semula untuk memastikan kelancaran dan kesukaran tidak berlaku di pihak pengguna.

Satu kenyataan akhbar telah dibuat , memaklumkan bahawa beberapa perubahan dan penyelarasan telah dibuat untuk lalulan BNR bagi beberapa koridor.

PENYELARASAN SEMULA LALUAN BAS 501, 540, 570 DAN T571 DI BAWAH Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR) BAGI KORIDOR SUNGAI BESI BERKUATKUASA 7 APRIL, 2016

Penyelarasan semula ini juga melibatkan Laluan 502 dan Laluan 541.

Kuala Lumpur, 6 April 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyelaraskan semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penumpang di kawasan yang terlibat.

Penyelarasan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan oleh Suruhanjaya untuk menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR).

Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya. Laluan yang diselaraskan adalah seperti berikut:

  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.
  3. Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  4. Laluan T571 (Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.

Berikut adalah dua laluan yang terlibat dalam penyelarasan semula (Laluan 502 dan Laluan 541):

  1. Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501. Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
  2. Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5. Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 – Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

SPAD ingin memberi jaminan kepada penumpang bahawa setiap langkah proaktif sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu operasi pada kadar yang segera. Sekaligus, SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS). SPAD akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas.

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti ini bukanlah satu pelaksanaan yang statik. Oleh itu, pihak Suruhanjaya sentiasa terbuka kepada penyemakan semula dan penambahbaikan laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna.

Orang ramai digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan mereka atau e-mel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial diwww.facebook.com/SPAD.my dan Twitter – @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan bas, jadual bas dan senarai pengendali, sila layariwww.spad.gov.my/bnr T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my

Image | This entry was posted in SPAD Lakukan Penyelarasan dan Penyusunan semula BNR (Bas  Henti Henti) Bagi Koridor Sungai Besi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s