E-Dagang Berpotensi Memasarkan Produk Ke Peringkat Antarabangsa – Tiong Lai


Oleh rmf

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh statista.com, 40 peratus pengguna internet diseluruh dunia membeli-belah melalui internet. Dianggarkan seramai 1.2 bilion pengguna pada tahun 2015 membuat pembelian melalui internet dan dijangkakan akan terus meningkat.

Pada tahun 2013 jumlah transaksi e-dagang adalah sebanyak AS$1.2 trilion yang diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat

Penggunaan teknologi canggih ini kian mendapat tempat dan ianya dikatakan  dapat memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga yang sentiasa berada ditalian.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Baru baru ini . Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah merasmi serta meyempurnakan  Pelancaran Global Union & Grow Global yang berlangsung di Wisma MCA Kuala Lumpur dengan jayanya. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh betapa perkembangan teknologi telah memudahkan segala urusan urusniaga  dalam memasarkan produk tempatan.

Sasaran terbesar yang diakui mempunyai pasaran yang tinggi iaitu  memasarkan produk ke Negara China yang mana merupakan  sebuah negara yang kian meningkat ekonominya..

Difahamkan bahawa Negara China akan memberikan kerjasama yang  sebaiknya dengan Malaysia dalam akitiviti pemasaran produk tempatan yang berasaskan makanan dan juga berasaskan pertanian.

“Kita menyeru mana-mana syarikat mahupun pihak swasta untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan platform yang baharu dilancarkan ini.”

Tambahnya lagi, platform tersebut juga diyakini dapat menembusi pasaran yang besar di China sekaligus menjadikan nilai pasaran tempatan meningkat naik.

Bukan sahaja di China tetapi platform bercirikan aset digital dan laman sesawang (website) itu juga dijangka dapat menembusi pasaran-pasaran di peringkat global.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.

Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang mana semakin hari menjadi budaya jual beli yang semakin digemari oleh banyak pihak.

Image | This entry was posted in E-Dagang Berpotensi Memasarkan Produk Ke Peringkat Antarabangsa – Tiong Lai and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s