FELDA Terus Memacu Ekonomi Peneroka Melalui SAWARI


Oleh rmf

FELDA satu nama yang cukup termasyhur dalam bidang perladangan dan telah menjadi pemain dalam industry ini, kini mengorak langkah langkah kemajuan dengan menyertai kepelbagaian bidang di serata dunia.

Kejayaan yang dicapai bukan diambil dalam masa yang  singkat, malah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh FELDA untuk membangunkan sector perladangan dengan penuh gigih. Kini Felda boleh berbangga dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang.

Dengan nilai asset  yang berbillion ringgit, Felda terus memaju ekonomi dan mengembangkan sayapnya diserata dunia.Bidang hartanah, perladangan, pengilangan dan banyak lagi yang diceburi oleh Felda demi mengukuhkan  jaringan perniagaannya.

Hari ini, Felda sekali lagi telah mengorak langkah dalam usaha  memasarkan dan mempromosikan produk keluaran Felda dengan pembukaan outlet julan terbarunya di Menara Felda.

SAWARI berasal dari singkatan istilah Program ‘Satu Wilayah, Satu Industri’ yang telah dimulakan oleh FELDA pada tahun 2004

Cadangan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dimana satu idea dikeluarkan agar dapat membantu dan  menambah pendapatan generasi penoroka di lakukan. Ianya adalah bertujuan dan memperomosikan produk keluaran pengusaha FELDA  disamping ianya akan merancakkan  ekonomi peneroka serta memperkenalkan produk ke peringkat yang lebih meluas.

Dengan demikian, melalui saranan Perdana Menteri itu,Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengorak langkah kehadapan dalam usaha memasarkan melalui pembukaan outlet jualan terbaharu SAWARI di Menara FELDA dan sekaligus memperkenalkan produk baharu dengan kualiti pasaran antarabangsa.

Majlis perasmian dan pelancaran telah disempurnakan oleh Dato’ Amir Hamdan Hj Yusof, Pengarah Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA pagi tadi di Lobi Menara FELDA, Platinum Park, di sini.

Dalam ucapan perasmiannya, Amir menyatakan bahawa Program SAWARI oleh FELDA akan terus komited untuk membina potensi ekonomi komuniti peneroka FELDA yang mantap, dinamik, inovatif, bertaraf antarabangsa dan menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

.“Dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Usahawan pada tahun 2005, Program SAWARI secara terus menerus dikembangkan dan ditambah baik sehingga menjadikannya antara program pembangunan keusahawanan terbaik dan paling berjaya oleh sebuah agensi kerajaan.”

“Bidang pembangunan usahawan FELDA ini telah dikategorikan kepada tujuh kluster industri yang merangkumi industri perusahaan makanan, perusahaan kraf, perniagaan, perkhidmatan, ternakan, tanaman dan akuakultur. Sehingga kini, terdapat seramai 22,420 orang usahawan yang dibimbing oleh FELDA,” katanya.

Program SAWARI telah dimulakan dengan peningkatan mutu dan keupayaan pengeluaran, dan diteruskan dengan menaik taraf pembungkusan dan penjenamaan.

Ini membolehkan produk-produk dipasarkan dengan lebih komersil melalui Outlet SAWARI di Kuala Lumpur dan seterusnya ke pasaran hypermarket utama di seluruh negara.

Pada tahun 2012, FELDA telah berjaya mengeksport produk peserta program SAWARI ke pasaran United Kingdom, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China menggunakan jenama FELDA Best.

Bersandarkan kepada kejayaan yang telah dicapai, FELDA kini memberi penekanan kepada strategi pengukuhan pasaran domestik dan antarabangsa, justeru pelan pembukaan Outlet SAWARI baharu di lokasi-lokasi strategik seluruh negara.

Lokasi outlet terbaharu di Menara FELDA Platinum Park akan dijadikan jendela untuk memperkenalkan produk terbaik keluaran usahawan FELDA bukan sahaja kepada kepada pelanggan niaga tempatan malah kepada pelanggan niaga antarabangsa.

Berkonsepkan Butik Outlet, pelbagai produk makanan, kraftangan dan tekstil warisan bermutu tinggi tetapi dengan harga berpatutan akan dijual dan lebih mudah didapati oleh pelanggan sasaran yang terdiri dari pelancong luar, expatriate, pelawat Ibu Pejabat FELDA dan orang awam.

Melalui penjenamaan antarabangsa FELDA Best, lima jenis resipi baharu makanan ringan tradisi Malaysia akan diperkenalkan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Resipi baharu tersebut adalah Traditional Banana Chips, Natural Sweet Banana Chips, Black Pepper Tapioca Chips, Salted Tapioca Chips dan Unsalted Tapioka Chips.

Kesemua resipi tersebut telah mendapat maklumbalas dan sambutan yang amat baik setelah dipromosikan di beberapa Ekspo Makanan Antarabangsa terbesar antaranya Gulfood (UAE), Finefood (Australia) dan SIAL (Paris).

Menurut Amir, FELDA akan lebih giat untuk mendapatkan pesanan antarabangsa untuk produk-produk tersebut disamping memasarkannya kepada pelanggan-pelanggan tempatan yang terpilih.

“Strategi ini dijangka boleh menggandakan nilai jualan pengusaha SAWARI dan menyemarakkan semangat untuk mencapai standard antarabangsa FELDA Best,” katanya menambah.

Maklumat lanjut mengenai produk-produk keluaran SAWARI dan jenama FELDABest boleh diperolehi di  www.feldasawari.com.my dan www.feldabest.com.my

Selain merasmikan Butik Outlet SAWARI yang baharu dan melancar lima resipi produk baharu FELDA Best, Dato’ Amir Hamdan turut mengambil kesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan antara Jabatan untuk tema Bulan Keusahawanan.

Image | This entry was posted in FELDA Terus Memacu Ekonomi Peneroka Melalui SAWARI and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s