DEMO BUKAN CARA- Pemandu Teksi Mesti Tingkat Mutu Perkhidmatan dan Mengamalkan Budaya Saing Yang Sihat


Oleh rmf

Jika kita lihat dan imbas kembali ke belakang, terlalu banyak yang telah dilakukan oleh SPAD terhadap kebajikan  pemandu teksi dalam negara ini. Malahan kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif bagi  mengurangkan beban  yang ditanggung oleh pemandu teksi .

Baru baru ini satu tindakan mogok yang dilakukan oleh pemandu teksi di Jalan Bukit Bintang telah menyebabkan berlakunya kesulitan terhadap pengguna jalanraya yang lain. Tindakan tersebut adalah sebagai bantahan terhadap pemandu Uber dan GrabCar yang menjalankan operasi sebagai kereta sewa.

Seharusnya pemandu teksi yang sedia ada berfikiran positif dan berdaya saing dalam mempamerkan khidmat mereka yang terbaik kepada pelanggan, Ini bukan cara untuk memprostes setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan  oleh orang lain lebih baik dari apa yang ditawarkan.

Seharusnya pemandu teksi bersaing dan memenuhi permintaan perkhidmatan yang cekap dan terbaik. Dengan cara ini baru lah pelanggan mempunyai pilihan berdasarkan perkhidmatan. Tindakan mengadakan demontrasi adalah bukan cara yang terbaik.

Pernah atau tidak semua pemandu teksi berfikir, pada hari demontrasi itu dilakukan, berapa banyak  mereka kehilangan pelanggan dan  semestinya ianya dikaut oleh pemandu Uber dan Grabcar.

Perkara yang sedang dihadapi oleh pemandu teksi sekarang ialah persaingan perkhidmatan. Persaiangan yang menyebabkan berlakunya perlumbaan untuk menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan.

Kita imbas kembali pada tahun 2015 dimana satu kenaikan tambang teksi telah buat oleh  SPAD . Pada waktu itu SPAD telah menjadi mangsa kepada kritikan pengguna dan juga kritikan pihak pembangkang dengan mengaitkan dengan kos sara hidup.

Pernah atau tidak diwaktu itu, keseluruhan pemandu teksi bertindak membela tindakan SPAD dalam memastikan tambang teksi tersebut terus tidak mendapat kritikan.

Pada hemat saya, tindakan pemandu teksi merasa teraniaya adalah disebabkan oleh mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka  masih berada ditahap kurang memuaskan. Justeru itu adalah jalan terbaik keseluruahan pemandu teksi terus meningkatkan usaha untuk memberikan keyakinan perkhidmatan terhadap pelanggan.

Sikap semula jadi manusia , setiap perkhidmatan yang mereka mahukan seharusnya yang memberikan keselesaan kepada  mereka. Peningkatan pelanggan  menggunakan khidmat Uber dan Grabcar adalah kerana keselesaan dan ketepatan masa dan tidak  menghadapi banyak penipuan yang dilakukan oleh sebilangan pemandu teksi yang menipu pelanggan.

Bekerja lah  dengan berhemah dan memberikan perkhidmatan tanpa memilih  destinasi pelanggan. Itu satu perkara yang perlu diambil berat dalam memastikan tiada ruang yang dikatakan menindas pemandu teksi jika segalanya dilakukan dengan baik.

Jadi tak perlulah pemandu teksi  diseluruh negara  menjadikan Uber dan Grabcar sebagai alasan untuk dikatakan dianiaya dan menutup periuk nasi. Sebenarnya pelanggan melihat ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan diberikan.

Justeru itu seluruh pemandu teksi mesti berani berhadapan dengan budaya persaingan sihat dalam memberikan perkhidmatan. Bukan  dengan cara mengadakan demontrasi yang hanya merugikan diri sendiri.

Image | This entry was posted in Pemandu Teksi Mesti Tingkat Mutu Perkhidmatan dan Mengamalkan Budaya Saing Yang Sihat and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s